12 May 2009

Review:Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

"Ee...bestnya Qani'ah dapat suami macam Dr.Muslih....Masih ada lagikah lelaki acuan al-Quran seperti itu di akhir zaman ini?Ah,aku nak yang hebat-hebat sahaja,tapi diri tak sehebat manapun..Tidak mengapa,aku akan berubah dan InsyaAllah aku akan bertemu dengan 'jelmaan' Dr.Muslih itu dengan izin Allah"



Itulah monolog hati saya setelah tamat membaca buku hasil nukilan Fatimah Syarha ini.Buku yang setebal 88 muka surat ini saya habiskan tidak sampai satu hari pun.Balik sahaja daripada kedai buku,terus baca dan terus habis.hahaha..Tak sabar punya pasal!:P



Perghh!Ternyata...memang mantopppp seperti karya-karya beliau yang sebelum ini.Sinopsisnya simple sahaja tapi bagi saya amat padat dengan moral dan semangat.Betapa 'mahal'nya Qani'ah sehinggakan beliau telahpun menolak beberapa lamaran daripada sang kumbang.(ada orang tu,baru dirisik sekali,dah menggelabah tak tentu pasal..huhu).Ternyata,Allah hendak menghadiahkan kepada hambaNya yang sabar dengan 'sesuatu' yang amat berharga.Untungnya si isteri yang dihadiahi seorang suami soleh,begitu juga sebaliknya.

Kehidupan 'pengantin baru' Qani'ah dan Dr.Muslih sangat islamik.Mereka mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan harian mereka,halaqah di waktu lapang,solat dan tadabbur al-Quran bersama dan bermacam-macam lagilah.(Saat itu,saya dah terbayang macam-macam dalam kepala saya..huhu..).Terharu sungguh apabila masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing-masing.Ternyata ya,

"Si kekasih boleh menjadi kekasih,tetapi jarang dan sukar untuk menjadi KEKASIH,manakala si KEKASIH pula boleh menjadi KEKASIH dan juga kekasih"

Ayat diatas bermaksud,si kekasih yang bersifat loving,caring,romantic (dan segala macam yang menjadi kriteria WAJIB bagi seorang perempuan dalam mencari kekasih) amat jarang sekali untuk membuktikan yang mereka boleh menjadi KEKASIH,iaitu kekasih ALLAH.Kekasih yang sentiasa mendambakan cinta daripada Pemberi Cinta dan mencuba sedaya upaya untuk melakukan sesuatu demi mencapai mardhotillah(keredhaanNYA).

Manakala si KEKASIH ini pula,selain daripada menjadi pemuja cinta Ilahi,mereka juga boleh menjadi si kekasih yang bersifat lovely,caring,sweet,romantic dan bermacam-macam lagi.Kenapa?Kerana mereka tahu,

Sabda Nabi saw:

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang berbuat baik terhadap isterinya" (Riwayat Tarmizi:3895)

Buku ini sangat sesuai untuk para-para remaja diluar sana yang sedang asyik 'bertuhankan' CINTA NAFSU itu!Pasangan yang sedang asyik mengikut trend couple-maple,cintan-cintin,dating-datung dan segala macamlah.(pada saat ini,saya telahpun merasakan perasaan geli yang mencapai tahap dewa-dewi).Masakan tidak,bagaimanakah kemanisan kehidupan selepas alam rumah tangga seperti yang dijanjikan Allah dapat dinikmati,jika manusia sudahpun berani 'mencubanya' dahulu sebelum termetrainya ijab dan kabul?
Ah,kalau mahu sentuh bab ini memang sampai esok tak habis.Renung-renungkanlah.

Selain daripada golongan yang disebut diatas,buku ini juga sangat disyorkan kepada bakal-bakal pengantin baru (sayakah?eceh..:P),pengantin baru,para suami dan isteri serta ibubapa.Memang sesuai untuk semua golongan.

Karya Fatimah Syarha kali ini ingin menerangkan dan membuktikan keindahan cinta selepas nikah,seperti beliau sendiri lalui.(Kak ha,Selamat Pengantin Baru!!hehehe).If you preventing zina on the early stage,you will be rewarded with someone who exactly does the same thing too!Kalau kita bantu Allah,nescaya Allah akan bantu kita semula.
Yakinlah dengan janji Allah,

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Ok2,i'll leave you wondering about the beautifulness of the book and i am quite sure you are about to run to the nearest bookstore at the moment.hihi..you won't regret it.InsyaAllah..;)


6 comments:

Fairytopia said...

hehehe:) I am a bookworm!nyit~nyit~

cLoVer4miza said...

hehe sy baca sampai part dorang lumba lari je.. coz pinjm kwn huhu...

Fairytopia said...

hihi..maknanya awk kena beli satu la tu...best tau!Sekarang ni akk tgh baca buku Umar al-Khattab pulak..InsyaAllah kalau ada masa,akk ltk reviewnya pulak..huhu

Anonymous said...

salam ziarah..

terima kasih bagi info pasal novel ni :)

salam aidilfitri :)

ezzat said...

saya lebih gemar tgk gambar2 dan perkara2 visual berbanding membaca...so ntah camne, saya boleh terbaca novel ni dan trus membaca sampai habis dalam 1 malam *_*!
anyway, nice novel. simple story telling.
and it tells a side of love that not many are familiar with, a side more beautiful, pure and so real~

Zuraimah Ismail said...

salam kenalan,
agree...saya pun dah baca....

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...