13 May 2009

Ayat al-Quran bersulam

Biasanya kita melihat al-Quran yang dicetak normal dengan menggunakan dakwat bukan?Ataupun ada yang menggunakan kreativiti untuk menulisnya dengan menggunakan berus.Itupun selalunya untuk tulisan khat sahaja.Tetapi,pernahkah kalian melihat senaskah al-Quran yang disulam!Ya,setiap bait-bait indah kalamullah itu disulam satu persatu!MasyaAllah,begitu tingginya kreativiti hamba Allah ini untuk membuktikan cinta agungnya pada Sang Khaliq.Jom lihat betapa kreatifnya hamba Allah ini..:)



Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang dipamerkan di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung.


LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi.

Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat dari bahan yang dibakar.

Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta berusia bertahun-tahun, selepas kematian Nabi Muhammad, tetapi salinan Al-Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak dicipta.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui, ada senaskah al-Quran, dipercayai satu-satu seumpamanya yang wujud di dunia, yang ayat-ayatnya dihasilkan dengan sulaman benang.

Quran ini dibahagikan kepada 30 bahagian, keseluruhannya disimpan rapi dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Pegawai protokol masjid itu, Muhammad Yousuf, berkata Quran itu ditemui selepas kematian pembuatnya, Attar Mohamed, seorang rakyat biasa, tiga hari selepas ia menyelesaikan kerja-kerja sulaman.

Berasal dari Lahore, Attar berusia 40 tahun, mengambil masa 10 tahun menyulam Quran itu mulai 1966, kata beliau.
Attar melakukan sulaman itu demi mendapatkan ketenangan jiwa.
Hari ini, ramai mengunjungi masjid itu untuk melihat Quran yang disulam indah itu.

Sumber:Klik sini

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...