11 December 2008

Disebalik blog yang bersawang..



Salam alaik...


Rasanya sudah seminggu lebih aku tidak 'mengepost' entry di ruang Gemersik Sufi ini.Bukannya apa,i'm lacking of idea.Tak tahu nak tulis apa..huhu..Kadang-kadang idea datang terlalu banyak sampai dah tak tahu nak tulis apa..blank!Too many to write orang kata.



Apa yang penting,aku lebih tekun untuk belajar untuk menukar layout baru blog ini.I have to admit,layout blog ini adalah salah satu alasan kenapa aku biarkan blog ini bersawang.Sebab layoutnya tak attractive langsung!Aku jeles tengok design blog yang cantik-cantik.Yelah,sebagai orang yang meminati seni,of course i want my blog looks artistic..(pada mata aku la).So resultnya,i have come out with PINK..yes,PINK layout.Why pink?Why not?I love pink so much.Cakaplah aku childish ke,girly ke...tak kisah la...janji aku ada mood balik untuk operate blog ni kelak..:D






Wassalam............~~~

CONTINUE >>>

01 December 2008

Kenapa perlu berhijab?



"Aida...why are you muslims have to wear those thing?",tanya kawan lelakiku dari Botswana,Africa sambil menunjukkan tudung di atas kepalaku.

"Aida...kenapa aida pakai tudung?Bukankah Tuhan itu telah menciptakan wanita itu indah,kenapa harus menutupnya?",tanya kawanku suatu ketika dulu yang juga merupakan seorang cina-indonesia.



Soalan yang pertama ditanya sewaktu aku sangat tidak tahu erti sebenar tudung yang kupakai di atas kepalaku pada waktu itu.Lantas,jawapan yang ku beri kepada kawanku itu sangat tidak memberikan erti sebenar hijab bagi perempuan muslim.Sehingga sekarang aku kesal,dan jika diberi kesempatan,aku mahu bertemu dengannya lagi dan memberitahu jawapan sebenarnya.

Soalan yang kedua ditanya sewaktu aku sudah mengerti dan dapat menghayati erti sebenar tudung di atas kepalaku.Tetapi,isi jawapanku pula tidak berapa mantap.Tapi kali ini aku tidak kesal dengan jawapan yang ku lontarkan.Sekurang-kurangnya aku sudah dapat menghayati erti 'hijab' itu berbanding dulu.

Jika selepas ini,ada yang akan bertanya kepadaku Kenapa harus pakai tudung,aku akan bersedia..InsyaAllah

Apa guna Allah cipta tubuh wanita yang cantik dan rambut yang cantik kalau kita tidak boleh menunjukkannya kepada orang lain?

Justeru kerana cantiklah ianya harus dilindung bimbang akan timbul fitnah dan terjadi perkara yang tidak diingini kelak.Hanya orang yang membayar mahar kepada kita sahaja yang berhak keatas kita selain daripada muhrim kita.Kerana dia yang akan menjaga kita dan kita wajib melaksanakan tanggungjawab zahir dan batin kepadanya.

Lah...bukankah memang sudah fitrah yang perempuan itu cantik?

Sebab itulah kita tidak boleh tayang sewenang-wenangnya.Nanti perempuan akan dijadikan subjektif.Orang akan menilai kita dari luaran,bukannya fikiran dan hati kita.Kita tak mahu lelaki pandang kita dengan nafsu haiwan.

Tapi,tak panaskah apabila memakai tudung?

Kalau kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas,InsyaAllah kita tidak akan merasa kepayahannya.

Tapi ada juga yang bertudung,tapi berpegangan tangan dengan lelaki dan melakukan maksiat juga.Tak semestinya yang bertudung itu baik.

Benar.Tapi,anda harus tahu yang tudung itu kan mudah untuk didapati dan semua orang mampu untuk membelinya.Bahkan pelacur(maaf) juga boleh membelinya dan pakai untuk kepentingan sendiri.Itu urusan mereka dengan Allah kalau mereka bertudung bukan kerana Allah.Sesiapa yang bertudung kerana Allah,mereka pasti tidak akan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah dirinya dan mendatangkan kemurkaanNya.

Persoalan dan jawapan diatas aku perolehi daripada drama Islamik dari Indonesia dan kurasakan jawapannya 'straight to the point' dan mudah bagi orang-orang non-muslim untuk memahami.Namun,jikalau orang muslim yang bertanya soalan-soalan tersebut..hmm..eloklah dihidangkan kepada mereka senaskah Al-Quran sahaja untuk mereka.

Namun,sekarang orang ramai yang menganggap tutup aurat itu hanyalah mengenakan sehelai kain ke atas kepalanya manakala yang lain tidak diambil kira.Astaghfirullah...Maka terjadilah kes pakai tudung tapi berlengan pendek,berpakaian ketat dan pendek dan bermacam-macam lagilah.Kalau disebut,7 hari 7 malam pun belum habis.Harap-harap Allah memberikan hidayah kepada mereka.Amiin..

Mari kita saksikan pula talkshow antara 3 wanita yang berbeza penampilannya:Hijab,Niqab and NOTHING! but they all are Muslims..



So,kalau sahabat-sahabat mempunyai jawapan-jawapan yang relevan dan mantap tentang persoalan ini..sudi-sudilah berkongsi ilmu ye..^_______^

CONTINUE >>>

27 November 2008

Para munsyid serata dunia

Salam alaik kepada sahabat-sahabatku sekalian,

Kali ini saya ingin mengulaskan sedikit sebanyak tentang dunia seni nasyid.Kita lupakan sejenak para munsyid dalam negeri kita iaitu Malaysia.Apa kata kita jelajah dunia sebentar.Sebenarnya banyak lagi para nasyid di luar sana dan kebanyakan daripada mereka menjadi favourite saya.Melalui nasyid juga kita dapat berdakwah dan bila kena irama dan liriknya,jiwa kita akan tersentuh dan tidak mustahil pintu hati kita akan terbuka untuk menerima hidayah Allah.So,siapa kata nasyid itu taste budak kampung?siapa kata nasyid itu hanya untuk orang-orang yang alim sahaja?Boleh saya katakan,taraf nasyid lebih tinggi daripada muzik-muzik lain yang melalaikan.Jom kita tengok siapa para munsyid antarabangsa!! :D



a)Sami Yusuf


Saya sangat meminati lagu-lagu beliau terutamanya Al-muallim.Bagi saya penyampaiannya sangat ikhlas dan jujur dari hati.Ianya terpancar pada wajahnya ketika beliau menyanyi.Rentak nasyidnya variety namun lebih kepada muzik ala-ala Arab seperti Ya Mustafa,Ya Muhammad,Hasbi Rabbi dan Allahu.Namun ada juga yang bercorakkan pop dan ballade seperti Asmaa Husna.Kebanyakan video clip beliau mempunyai maksud-maksud yang tersirat seperti unsur-unsur nasihat dan dakwah.
Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan munsyid yang bernama Sami Yusuf ini!

Sami Yusuf (born July 1980) is a British Muslim singer-songwriter of Azeri descent.He was born in Tehran, Iran to Azeri Muslim parents and raised in London.
Signed to Awakening Records, his first album Al-Mu'allim was self-produced and released in July 2003 which attained huge success. His second album, My Ummah, which was released in 2005, comes in two versions, a musical version and one with just percussion. Yusuf's music comprises mostly of songs to do with Islam and being a Muslim in today's world. He also deals with many social and humanitarian issues in his music. Presently, he is fast becoming a very popular figure in the Islamic world, having made videos for several of his tracks.A third album, entitled 'Without You', is planned for release during mid-2008. Sami performed two of the songs from his upcoming album in his Wembley concert (21 October 2007), and during his US tour, organised by Islamic Relief.


Antara lagunya adalah:My Ummah,Allahu,Meditation dan banyak lagi.Video di bawah memaparkan lagu Al-Muallim.Hayatinya!;D



www.samiyusuf.com



b)Mesut Kurtis


Saya mula mengenali beliau apabila saya mendengar Selawat Burdah yang telah dinasyidkan.Muziknya sangat 'catchy' dan ala Arabic juga.Hanya kedengaran bunyi gendang berserta alunan suaranya yang 'lemak',sudah cukup untuk membakar semangat jihad para muslimin.Video klip Selawat Burdahnya juga sarat dengan mesej tersirat.You should watch it!
Mari kita mengetahui tentang beliau dengan lebih lanjut.

Mesut Kurtis was born in July 1981. He was born and brought up in a Muslim family. He spent his childhood in Skopje, Macedonia.He went onto study at an Islamic college in Skojpe that allowed him to go to the UK to study for a degree in Human Sciences with Islamic Studies.
Mesut would describe his music as having a mix influences from Eastern and Western styles. He sings mainly about putting love into peoples hearts towards Allah and Mohammad. He says in general, his music represents a way of life and its philosophy. He is currently working on new songs and practicing current songs for his concerts around the world. Islam has had a direct impact upon his music. He uses the Qur'an as an example whereby every letter has a different melody and style of pronunciation, just like the sounds of nature do on the Earth. He reflects on who "The Creator" is when working upon his music.


Jom tonton video clip beliau iaitu Selawat Burdah di bawah..;)




Antara lagunya:Salawat,Never Forget,Alayka,No one but Allah dan banyak lagi.

www.mesutkurtis.com



c)Yusuf Islam



Yusuf Islam (born Steven Demetre Georgiou on 21 July 1948), best known by his former stage name Cat Stevens, is a British musician of Greek Cypriot and Swedish ancestry. He is a singer-songwriter, multi-instrumentalist, educator, philanthropist and prominent convert to Islam.
Stevens reverted to Islam at the height of his fame in 1977. The following year, he adopted his Muslim name Yusuf Islam, sold his possessions at auction,and left his music career to devote himself to educational and philanthropic causes in the Muslim community. He has been given several awards for his work in promoting peace in the world, including 2003's World Award, the 2004 Man for Peace Award and the 2007 Mediterranean Prize for Peace. In 2006, he returned to pop music, with his first album of new pop songs in 28 years, entitled An Other Cup.


Antara lagu Yusuf Islam adalah:I look I see,Bismillah,Life of the last prophet,Heaven where true love goes dan banyak lagi.

www.yusufislam.org.uk



d)Zain Bhikha



Sebelum ini saya pernah mendengar namanya di kalangan para munsyid yang lain tapi baru sekarang saya berkesempatan mendengan hasil dakwahnya.Rupa-rupanya lagu Praise to the Prophet itu nyanyiannya!Subhanallah!Suaranya sangat merdu.Kebanyakan muziknya hanya berlatarbelakangkan gendang,rebana dan bongo sahaja.Suaranya yang merdu itu memudahkan pendengar untuk menghayati lirik-lirik yang disampaikan.Rentak nasyidnya pula bersahaja dan hanya mementingkan cara penyampaian agar pendengar dapat 'lekatkannya' di dalam hati.
Siapa Zain Bhikha sebenarnya?Jom kita siasat...:)

Zain Bhikha, born August 9, 1974, is a South African singer-songwriter, who has achieved fame as a performer of nasheed songs. Tied to other prominent Muslim entertainers, including Yusuf Islam and Dawud Wharnsby Ali, Bhikha has collaborated on albums with other artists, and has released several solo albums as well. He has written several religious albums concerning Islam.
Bhikha may best be known outside of the Muslim community by his performance with his drummer and several backup vocalists who are most famous for being the African singers in the famous Disney cartoon movie The Lion King.
Bhikha's music almost exclusively follows Islamic themes, with only voice and drums being used, since the use of musical instruments other than the voice and the drum is an area of debate in Muslim jurisprudence, considered harām, or "unlawful" by a significant number of people in the Muslim community. His voice is unmistakable; it is high and sweet, with an overall feeling of gentleness. He has mastered the art of harmony, and is proficient as both a lead vocalist and as a singer of backing vocals. While not a falsetto, the timbre of his voice sounds higher than that of most performers. It has been compared to the singing voice of Western pop musician Michael Jackson.


Antara lagu Zain Bhikha adalah:A is for Allah,Allah knows,Praise to the prophet,heart of a Muslim dan banyak lagi.Di bawah,saya sertakan lagu Praise to the Prophet,tapi ini bukan video klip beliau.Saya memilih lagu ini kerana,
YOU SHOULD LISTEN TO IT..IT'S SUPERB!:D



www.zainbhikha.com


e)Dawud Wharnsby Ali



Penyanyi nasyid ini pula kebanyakan lagunya berlatarkan bunyi gitar.Genre muziknya pula lebih kepada pop dan ballade.Iramanya sangat relaks dan bersahaja.Seronok untuk didengar.
Sedikit sebanyak maklumat tentang beliau.....

Dawud (David) Wharnsby Ali (born June 27, 1972) is a Canadian singer-songwriter, poet, performer, educator and television personality. He is best known for his pioneering efforts in the musical/poetic genre of English Language nasheed. Dawud Wharnsby is also lyricist, vocalist and guitarist of the folk music duo Dawud & Idris, alongside composer Idris Phillips.Wharnsby makes a strong differentiation between the application of Qur'anic teachings to his life-style and what he perceives as a general misconception that he "converted" from the "religion" of "Christianity" to the "religion" of "Islam" in 1993.
Wharnsby's songs have also found their way onto the recordings of other notable artists. His popular children's songs "Sing, Children of The World!" and "Al Khaliq" were both covered by Yusuf Islam & Friends on the 2004 CD "I Look I See" (Jamal Records) and his song "A Whisper of Peace" was included by Canadian children's performer Chris McKhool on the CD "Celebrate!".


Antara lagu beliau adalah:Out seeing the fields,Full of humility,Madinah tun Nabi,What did I do today? dan banyak lagi.

www.wharnsby.com


f)Ahmad Bukhatir



Penyanyi nasyid yang berasal daripada Tanah Arab ini mempunyai suara yang unik!Suara 'husky' dan sangat lain dari yang lain.Imejnya yang sentiasa berjubah mampu untuk membuka mata semua orang yang beliau juga mampu menyanyi.Genre muziknya pula lebih cenderung kepada ballade disamping liriknya yang kebanyakkannya berbahasa Arab,namun terdapat juga beberapa lagu yang berbahasa Inggeris.
Jom kita kenal lebih dekat Ahmad Bukhatir!^__^

Ahmed Bukhatir was born in Sharjah where he studied and lived all his life. He graduated in 1999 from Al-Ain University and he achieved the bachelor degree in management information system. He is currently working with his father in Bukhatir group and his family is well known and has great remarks in the development of this country.
He started singing in 1989 and his albums reached a wide fame within a short period of time. His first solo album was released in November 2001. From his albums : Fartaqi and Samtan which had very high sales in different countries in the world, plus the albums Entasaf al Lail and Al Quds Tonadeena which he participated in with other singers.


Antara lagunya adalah:Last breath,Dust in your bed,Zaujati dan banyak lagi.



g)Native Deen



Jangan terkejut kalau group hip-hop ini sebenarnya adalah artis nasyid antarabangsa.Mereka mahu mendekati anak muda sekarang supaya mengenali dan menghayati Islam.Bukan mudah untuk berdakwah.So siapa yang suka rentak hip-hop tapi pada yang sama perlukan hiburan Islami,cubalah dengar lagu Native Deen!
Siapa pemuda hip-hop Islamik ini?

They consist of three young Muslim men who were born and raised in America. Joshua Salaam, Naeem Muhammad, and Abdul-Malik Ahmad who grew up in Washington, DC. Their music seeks to inspire young people to keep their faith amid the pressures and temptations of modern life.
Their music is hip-hop style, with lyrics on Islam and several of their songs focus on living as a Muslim in America amidst pressures and temptations.Their music typifies the subgenre "positive hip-hop".The main instruments are drums, synthesized percussion instruments, and vocals.


Antara lagu mereka adalah:Not afraid to stand alone,Small Deeds,My intention,Sakina dan banyak lagi.

www.nativedeen.com



h)Outlandish



Outlandish juga merupakan grup hip-hop nasyid.Subhanallah!Melalui hip hop juga kita boleh berdakwah..Walaupun rentaknya catchy dan hip hop,liriknya sarat dengan dakwah.Grup ini terkenal dengan colaborationnya dengan artis nasyid lain seperti Sami Yusuf.So youngsters..we can bring Islam wherever we go!;)
Jom kita dekati siapa mereka...

Outlandish are a multi-award winning hip-hop group based in Denmark. Formed in 1997, they consist of Isam Bachiri (born in Denmark and of Moroccan background), Waqas Ali Qadri (born in Denmark and of Pakistani background), and Lenny Martinez (born in Honduras, and is of Cuban and Honduran descent.). All three members are devoutly religious, Isam and Waqas being Muslims, and Lenny being Catholic. The band members live in Brøndby Strand.
Outlandish's hip-hop/R&B/soul music sound takes influences from their various backgrounds (Moroccan/Arab/Amazigh, Pakistani/Punjabi and Latin American), and although their songs are primarily in English, they usually feature lyrics in Spanish, Urdu/Punjabi, Danish, and Arabic. All these influences make the music of Outlandish somewhat unique and this is easy to notice from the variety of genres covered in their albums. Outlandish often include themes about Islam and contemporary issues facing young Muslims in the west in their music, and sometimes their songs define a unique nasheed-like urban genre.


Antara lagunya adalah:Aisha,Look into my eyes,I only ask of God dan banyak lagi.


i)Nazeel Azami



Kali pertama saya mengenali beliau apabila saya mendengar lagu Rahmanur Rahim.MasyaAllah,lagunya sangat bagus dan catchy!Memandangkan beliau berasal daripada India,beliau telah menyelitkan unsur muzik dari sana melalui lagu-lagunya.Kebanyakkan lagu beliau mempunyai rentak yang menghiburkan disamping liriknya yang penuh dengan dakwah.Siapa yang sukakan nasyid yang catchy dan lain daripada yang lain,you should listen to him.
Berikut adalah sedikit sebanyak tentang munsyid daripada India ini..^__^

Nazeel was born in August 1981. He was born into a Muslim family and continues to follow it having read up on it and, more importantly, having spent time with good Muslims. He grew up in London and Manchester, UK.These days, he has discovered many more meaningful songs that really move him. Mainly these are uplifting songs by people like: Sami Yusuf, Kareem Salama, Angelis, Garth Brooks, Raihan, Il Divo, Jackson Browne, Muhammad Husayan, Outlandish and Ronan Keating.
He has been taught aspects of 'Islam' since childhood, and says he considers it to have a role in his music. A role that he sees as one that will unite communities in mutual benefit rather than divide them.His music at times has some specific messages; different people will pick up different things. Generally speaking though, the songs are about human values that have kept us going in the world. He believes these values originate from God and at other times, it is just a feeling.


Antara lagunya:Rahmanur rahim,realisation,ishara,salam,traveller dan banyak lagi.
Di bawah adalah video klip Rahmanur Rahim.



www.nazeelazami.com


Inilah sebahagian daripada para munsyid antarabangsa.Selain yang saya sebut di atas,ada banyak lagi antaranya Mecca to Madina,Rashid Bikha,Muhammad al-Husayn,Muhammad Ubaid,Soldier of Allah dan banyak lagi.
So kesimpulannya,nasyid adalah hiburan rohani yang boleh mendidik jiwa.Melalui nasyid juga kita boleh menghayati Islam dengan lebih dekat,menambahkan rasa cinta dan rindu pada Sang Khaliq dan Muhammad utusan terakhir.
Dulu,saya mengakui saya tidak berapa meminati nasyid kerana bagi saya muziknya ketinggalan,rentaknya yang terlalu sinonim dan mendayu serta tiada unsur 'hip n enjoy'.Tetapi setelah diberi hidayah dan dibukakan pintu hati,saya mula sedar yang hiburan yang 'hip n enjoy' itulah yang telah membawa saya jauh dari landasan sebenar,jauh dari Pencipta saya.Muzik yang keterlaluan dan lirik yang lagho(lalai) itu mampu menghitamkan hati sedikit demi sedikit tanpa kita sedari kerana kita sering mengalunkan 'zikir-zikir lagho' itu iaitu lirik-lirik lagu yang melalaikan.Bagi saya,memilih muzik @ hiburan juga perlu teliti sebagaimana kita teliti terhadap permakanan kita kerana jika kita tersilap 'makan',hati akan gelap.Jadi,marilah kita mendekati nasyid :)

Wallahu'alam...

CONTINUE >>>

25 November 2008

'Siblings Day Out'


24 Nov 2008

Family day out.Emm...more to siblings day out actually because mama tak ikut sama.Kami ke Dataran Pahlawan Melaka untuk menonton cerita Madagascar 2.Pada mulanya,bila abah menyuarakan hasratnya untuk membawa kami ke wayang,saya agak kaget sebab mengikut apa yang saya tahu,kita tak digalakkan untuk ke panggung wayang.Ini kerana tempatnya yang gelap,bercampur dengan ajnabi dan macam-macam lagi lah.Tapi bila memikirkan yang 'aktiviti' ini untuk mengeratkan silaturrahim kami adik-beradik,saya akur juga dengan harapan niat baik saya tidak disalahertikan.


Adik-adik saya sangat suka dengan Madagascar.Memang tabiat kami apabila masa lapang,kami sering berkumpul di depan televisyen dan menonton bersama.Tidak kiralah yang komedi,seram,aksi atau yang lain.Bagi kami,masa inilah kami bergurau-senda dan erat.Bukannya tiada aktiviti lain yang boleh merapatkan silaturrahim kami,tapi ini adalah salah satunya.Bila menonton cerita komedi,kami ketawa bersama.Bila menonton cerita seram,kami kadang-kadang berkongsi bantal!(kerana adik saya penakut..huhu).Terasa rapat sangat ukhuwah antara kami walaupun kami sering bertengkar(biasalah tu...:P).Kadang-kadang saya cuba mengambil kesempatan untuk hidangkan mereka dengan hiburan untuk nurani samada di astro oasis ataupun di mana saja.Terpulanglah samada mereka terima atau tidak,tetapi sekurang-sekurangnya saya tidak mahu mereka terus leka dengan hiburan dunia yang boleh melalaikan.

Saya sebagai anak sulung,saya amat merasakan tanggungjawab saya untuk menjadikan manusia yang berjaya dunia dan akhirat.Kadang-kadang,saya lebih tegas berbanding ibubapa saya..huhu.Tapi ibubapa saya tidak menegur saya kerana mereka tahu tanggungjawab saya pada mereka.Hmm...yang penting bukan mudah untuk 'mengajar' mereka..kerana saya tidak ada bakat untuk menjadi murabbiah..huhu..
To my siblings,ana uhibbukum!:D

CONTINUE >>>

31 October 2008

Isteri solehah..



Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati
penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan (istri cerdik yang sholehah)
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan (istri cerdik yang sholehah)

Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
ia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

CONTINUE >>>

29 October 2008

Sekejapnya masa berlalu..




26 Oktober 2008



Buat pertama kalinya aku menghadiri majlis perkahwinan kawanku sendiri!Sebelum ini,hanya sanak saudara saja..Memang tak percaya..Ya,memang tak percaya yang masa berjalan terlalu pantas!Sekejap saja umurku dah menjejaki 21tahun.Terasa baru semalam saja aku mengakhiri zaman persekolahanku...:)

"Huh,ida dah nak kahwin?",tanya sahabatku menerusi YM.


"Yela..kenapa,tak percaya eh?hehehe..,"jawabku spontan.Lucu dengan reaksinya yang terkejut itu.




Tak terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan Selamat pengantin baru buat sahabatku yang pernah satu kelas denganku sewaktu sekolah menengah dulu,Norhidayah Othman dan suaminya.Tak sangkakan,jodohnya datang pada usia yang muda...:) Moga jadi isteri solehah ya sahabatku....

Maklumlah,bila kawan lama buat majlis,yang hadir mestilah kawan-kawan lama juga.Ramai juga kawan-kawan lama yang kujumpa di majlis itu.Boleh dikira reunion jugalah...:D Masing-masing sebenarnya excited dan terkejut dengan pernikahan kawan kami ini.Tak lama lagi,seorang lagi kawan kami akan melansungkan perkahwinannya pula...Huhu,,kami bukan budak kecik lagi rupenya....!Hiks..


"Aida ko bila lagi?,"sergah kawanku dengan soalan cepumasnya.Memang lumrahlah,bila dilihat seorang dah 'jalan dulu',yang lain pasti ditanya.


"Aku?Eh..lambat lagila...,"jawabku spontan.


"Eleh,lambat lagi konon..dah ada calon belom?"


Aduh...soalan inilah yang paling malas untuk aku jawab.


Bila ditanya tentang aku..ya,terus terang aku katakan dulu aku pernah merancang untuk menikah awal.Tapi,sekarang bila difikirkan semula..biarlah dulu.Mungkin lagi 4 atau 5 tahun nanti baru aku fikirkan.InsyaAllah,aku hanya mampu merancang..DIA juga yang menentukan.


Kenapa?



Aku anak sulung dalam keluarga,sudah tentu tanggungjawabku banyak.Lagipun,seperti yang aku ceritakan dalam postku sebelum ini,aku masih ingin belajar lagi..Masih banyak perkara yang mahu aku laksanakan dulu.Tidaklah aku katakan selepas nikah aku tak boleh buat semua benda tu,boleh aja kalau nak..tapi...biarlah aku capai impianku dulu kerana aku tahu,bila dah berumah tangga nanti kehidupannya lain seperti yang aku jangkakan.Sebelum nikah memanglah kita ingat nikah tu seronok etc. tapi sebenarnya banyak lagi benda lain yang perlu kita tahu.Bak kata orang tua-tua,kahwin ini bukan setakat pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin je..


So,bila aku sendiri tengok kawan aku bersanding hari itu,automatik aku rasakan aku belum bersedia lagi...Honest to say,aku masih rasa aku ni masih budak lagi..Hehehe...:P Tapi aku kagum dengan kawan sekolah aku dulu yang sekarang sudahpun punya seorang anak yang baru berusia 5 bulan.Zetee hebat!I salute u..Memangla naluri keibuanku dah membuak-buak.Lebih-lebih lagi bila tengok baby atau budak kecik depan mata.Aduh!Silap hari bulan aku boleh mengalirkan air mata!Sebab apa?sebab aku terharu sangat bila tengok budak kecil ni..tak tahu kenapa..Tapi,as i said earlier...biarlah dulu.Biar aku kumpul ilmu untuk mendidik anakku nanti.Membesarkan anak memang mudah,tapi untuk mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah!Sabar ye ayesha dan umar...hehehe:P



So kesimpulannya...Me?Lambat lagi....Jawapan yang sangat klise...Hehe...So lepas ini siapa lagi kawan-kawan yang nak kahwin ye?Jemputla saya ye...saya suka makan nasi minyak orang ni...hehehe... ^______^ oh,lepas ni pakcik kesayanganku pula akan menikah dengan bakal makcik yang paling best!heheh..Cepat2 ayah su dan kak sarah...weee....:D

CONTINUE >>>

23 October 2008

Interior Design + Islam = ?

Isometric of my final project



Entah kenapa tiba-tiba dapat idea nak gabungkan minat aku dalam seni or rather i say interior design dengan Islam..Memang dah terfikir dari dulu pun sebenarnya.Sejak final sem lagi.Projek aku pun masa tu aku buat 'Chinese Islamic Art Gallery'.Tapi ciri-ciri keislaman tu kurang diterapkan dek kerana lecturer aku reject design aku.Katanya tak semestinya kena masukkan ciri-ciri islamik dalam bangunan islamik.Entahla...aku pun tak faham.Ikut je la katanya,dah dia yang akan bagi markah kat aku.huhu...Sir Ramesh...how are u ya?Mesti seronok dengan wife baru dia..Newly weds la katakan..hehehe:P

Aku dah suarakan hasratku kat abah dan mamaku...



Mula-mula kaget juga mereka.Masakan tidak,daripada kos seni aku nak ambil kos agama pula.Jauh bezanya!Tak semena-mena aku kena brainwash dengan abahku...huhu...Katanya dia tak kisah aku nak ambil kos agama,nak sambung degree,nak pergi Mesir,nak jadi ustazah sekalipun...tapi dia minta aku supaya tetapkan matlamat hidup.Dia tak mahu aku terkeliru atau tangkap muat je.Dia lah yang bagi idea kat aku supaya gabungkan Seni dengan Islam tu..Kebetulan aku memang teringin nak ambil kos Al-Quran dan Sunnah(tak tau la jadi atau tak..ada rezeki atau tak..InsyaAllah,doakanlah),so aku terfikir sebuah idea untuk menghias sesebuah ruang mengikut Al-Quran dan Sunnah.Biasa orang dengar Feng Shui,kali ini aku nak tunjukkan Islam pun ada caranya tersendiri.Contohnya,susun atur perabot,kaki katil jangan menghadap ke kiblat,warna kegemaran Nabi,ruang solat,pengudaraan,'sungai yang mengalir di bawahnya' dan banyak lagi lah!Tapi masalahnya sekarang ialah,kat mana aku nak ambil kos tu?Requirement dia kena ada bahasa Arab pula tu!aduh...aku mana pernah sekolah agama..so aku kenalah ambil kursus bahasa Arab dulu.Itu pun belum tentu dengan sijil tu akan melayakkan aku untuk ambil kos tu.Payah juga ya.Agak-agak bila lah aku boleh ambil kos tu..Macam lama lagi je...

Sambil-sambil itu aku puas cari kerja.Banyak juga tempat Interior Design yang aku dah pergi.1 interview aku dah tempuhi.Well,aku hampir dapat kerja tu,tapi dia memerlukan seseorang yang boleh buat 3Dmax pula..Aduh,aku tak punya skill tu!So,dia suruh aku pergi belajar dulu,then baru datang jumpa dia semula.Agak-agak korang,aku dapat tak kerja tu?huhu...Wallahua'lam..
So sekarang ni,plan aku nak belajar 3Dmax,Bahasa Arab,kerja,ambil dip Al-Quran dan Sunnah dan InsyaAllah sambung degree dalam kos Interior Design.Fuh...plan sikit punya baik!Boleh tercapai ke tak nih...entahlah,.cuba je lah!:D

CONTINUE >>>

Doa qudusku..

ya Allah ya Tuhanku,
seandainya dia dicipta untuk ku
maka dekatkanlah hati ku dan hatinya
agar kebahagiaan ini terjalin mesra
ya Allah ya Tuhan ku,
seandainya dia dicpita bukan untuk ku
maka berilah daku kekuatan
agar dapatku melontarkan bayangannya
jauh ke dada langitMu
agar aku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya.
ya Allah ya Tuhan ku,
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkan yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya.
ya Allah ya Tuhan ku
cukuplah Engkau yang menjadi pelindungku
dari segala kemungkaran
yang menjurus kepada kemaksiatan
maka kurniakanlah aku zuriat yang soleh…

CONTINUE >>>

Adam mengertilah...

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji,
Hawa sering tewas...tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan ygterbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri inisebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri daritabarruj..perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah..
.setiap kali 'sms' diterima..Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayangAllah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawasebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

CONTINUE >>>

25 August 2008

Pengalaman berharga itu....

Hujan renyai-renyai petang jumaat itu...Aku baru tiba di stesen bas shah alam.Sendirian daripada Melaka semata-mata untuk menghadiri kelas agama oleh pakcikku yang kubahasakan dirinya Ayah Li.Tidak lama kemudian,dia tiba untuk menjemputku.Dalam perjalanan ke rumahnya di Sementa,Klang,banyak yang kami bualkan....



Aku sempat bertanya apa yang akan diajar nanti disana dan sebagainya.Ayah Li sempat menyuarakan usahanya dan kawan-kawannya untuk mengadakan sebuah kelas khas untuk pelajar IPT untuk mendalami ilmu agama yang juga dikenali sebagai 'pondok moden'.Setiap pelajar akan diberi sijil pengikhtirafan oleh Tok Guru tanda mereka layak untuk menyebarkan ilmu yang diperoleh dan juga bagi yang berhasrat untuk mendalami ilmu agam seterusnya.Tak semestinya sesiapa yang mengikuti kelas itu akan menjadi ustaz atau ustazah,ilmu yang diajar akan cuba diterapkan dalam kerjaya masing-masing untuk menghasilkan tenaga-tenaga dari pejuang-pejuang Islam kelak.

"Ayah Li buat semua ni utk akak la..",katanya.Terharu juga mendengarnya.

"Macam mana akak nak kaitkan interior design dengan Islam?ada kena mengena ke?",tanyaku.

"Semua ilmu datang dari Allah.Pasti semuanya ada kaitan dengan Islam.Kalau interior design,akak boleh design sesebuah ruangan mengikut hukum syarak Islam.Contohnya pemisahan bilik antara anak lelaki dan anak perempuan,posisi tempat beribadah,warna yang sesuai,pengudaraan dan cahaya,"terangnya panjang lebar.Kalah lecturer aku.heheh...

"Air yang mengalir di bawahnya,ayat tu datang dari mana?,"tanyanya kepadaku.

"Syurga..",jawabku spontan.

"Justeru itu,sekarang ni ramai yang nak buat mini pond dalam rumah tak kisah la rumah melayu ke cina,mereka sebenarnya dapat ilham daripada Islam!Dah diketahui yang air itu dapat menenangkan jiwa.Akak boleh simbolikkan ciri-ciri keindahan yang diterangkan dalam Al-Quran dalam design akak.Secara tak langsung akak dah dikira berdakwah,"dia asyik berhujah sedang aku pula termenung jauh memikirkan kata-katanya yang banyak betulnya.

Sedar tak sedar kami pun sudah tiba di perkarangan rumahnya.Deretan rumah yang biasa sahaja,yang dikelilingi pohon-pohon rimbun.

Ayah Li dan anaknya Isyraq

"Zuhudnya.....",bisik hatiku.

Kemudian aku bersalaman dengan makcikku,Che Ti dan anak-anaknya.Kelas mula jam 9malam,jadi sempat aku bersuai-kenal dengan keadaan sekeliling.Che ti memperkenalkan aku dengan jiran-jirannya.Rupa-rupanya deretan rumah yang hanya ada lebih kurang 10buah rumah itu didiami oleh orang warak-warak belaka!

"Yang sebelah rumah ni kami panggil dia Ummi,isteri kepada Tok Guru Tengku.Dia ada seorang baby",dia memperkenalkanku.Dengar sahaja bahawa rumah itu ada baby,aku terus mengajaknya kesana.

Aku bersalaman dengan ummi.Dia mengendong seorang bayi yang kurasakan raut wajahnya sangat comel.Terus aku menghulur tangan untuk mendukung bayi itu.Dia memberi respons!Bayi bertukar tangan.
Nur Aqilah Darwisyah




"Nama baby ni Nur Aqilah Darwisyah.Dia ni nak kat orang yang pakai tudung je,kalau tak,dia tak nak!",Che ti memberitahu.

"Pandainya dia!!",aku menciumnya.

Kemudian kami dan ummi pergi pula ke rumah jiran-jiran yang lain.Aku berjalan di belakang mereka.

'Macam tak percaya akhirnya aku dalam golongan mereka sekarang',monolog hatiku apabila aku melihatkan semuanya bertudung labuh ke paras punggung belaka.Terasa semacam suatu perasaan tenang dan lega menyelinap di dalam qalbiku.

Setelah berkenalan dengan semua,kami pulang ke rumah dan aku berehat.Aqilah masih ada dalam pangkuanku.Umminya ingin solat sebentar.



'Comel sungguh baby ni.Bukan calang-calang baby pula tu',bisik hatiku.

"Kakak Nadia,Aqilah kan,pandai sebut Allah!,"jerit anak-anak Che Ti kepadaku.

"Yeke???!,"bukan main kaget aku.Masakan tidak,budak tu baru berumur 7bulan.

"Ye,kalau dia main sorang-sorang kan nati dia sebut Allah,Allah,Allah,"terangnya lagi.

"Suruhla dia cakap,akak nak dengar,"paksaku.Tapi bukan rezki,Aqilah tak nak buka mulut.

***********************************


"Kakak,mereka dah sampai,"bilang Che ti padaku.Housemate aku dah pun tiba.Berdebar-debar juga.Di perkarangan,ku lihat seorang muslimat berniqab sibuk mengeluarkan bagasinya.

'Subhanallah.Bagai mimpi jadi kenyataan!',monologku.Tak sangka sungguh aku bakal bersahabat dengan muslimah berniqab.Dia memperkenalkan dirinya,Rafeah.Seorang Ustazah di Sabak Bernam.Kemudian kami menempatkan barang-barang di dalam rumah yang disediakan untuk kami.Kemudian kami berkenalan.Dia merupakan bekas pelajar syariah dan berusia 26tahun.Aku bertanyakan pengalaman dia berniqab.Keluarganya memang menyokongnya,bahkan menyuruhnya.Seronok sungguh!Aku turut berkongsi pengalaman yang aku juga ada juga cuba-cuba untuk berniqab.Tapi keadaan tak mengizinkan sungguh jadi aku terpaksa tangguhkan niatku.Dia bersimpati.

Kemudian kami bergegas ke surau untuk solat Isya' berjemaah.Setibanya di sana,ku lihat pelajar-pelajarnya tak lah begitu ramai.Dalam berbelas sahaja.Kata Ayah Li,selalunya ramai,tapi program ini dibuat khas untukku,jadi ikutkan masa,ramai yang tak boleh hadir.Aku yang paling muda di sana.Kebanyakkannya 25 ke atas.Jiran-jiran di sana pun turut menyertainya.

Kelas bermula.

Memandangkan program ini dipanggil 'Program Intensif Tauhid',kami diperkenalkan dengan asas-asas tauhid dulu.Apa makna Deen,bagaimana nak menghatinya,apa peranan kita sebagai hamba Allah dan sebagainya.Melihatkan suasana dan cara pengajarannya yang berkonsepkan pondok,aku jadi kekok kerana aku belum pernah menghadiri kelas pondok sebelum ini.Tapi aku cuba fokus.Tak lama kemudian,tiba seorang muslimat.Kami berkenalan,namanya Aini Nabihah 25tahun.Dia merupakan seorang lagi housemateku dan Kak Rafeah.Selesai kuliah pada jam 12malam.Kemudian kami pulang ke bilik.

'Banyak lagi rupanya yang aku belum tahu',hatiku gusar.Rasa nak menangis pun ada.Tapi kutahan.

Setibanya di bilik,kami berta'aruf.Rupa-rupanya aku dan Kak Aini saling mengenali cuma tak pernah bersua muka!Kecil sungguh dunia.Kak Aini rupanya dah pun bertunang dan tunangnya juga menghadiri program ini.Begitu juga Kak Rafeah yang sudahpun mempunyai calon yang juga hadir kuliah ini.Seronok melihat mereka menceritakan pengalaman masing-masing.Masing-masing mencari pasangan kerana Allah,Alhamdulillah.Kemudian kami bercerita tentang latar belakang kami.Aku bercerita tentang nasibku yang sentiasa "keseorangan".

"Takpe,Kak Aini jadi kawan Aida ye!",pujuk Kak Aini.Hatiku terharu.
Che Ti,Ummi,Kak Rafeah,aku,Kak Aini.
(muslimin:tunang Kak Aini)




Tiba-tiba telefonku berdering,ada mesej.Sahabatku bertanyakan tentang keadaanku dan juga program tersebut.Takut-takut ilmu yang diajar itu menyeleweng katanya.Tiada apa yang perlu ditakut,everything will be fine don't worry InsyaAllah.Terima kasih kerana risaukan diriku.

Dah lewat.Kami bertiga pun lelap.

****************************************


Kuliah hari ini pula tentang Sifat 20. Segala sifat-sifatNya diterangkan satu persatu.Bagaimana untuk meyakinkan kita dan manusia yang Allah itu wujud.Semuanya hanya dengan hati kita yang membenarkannya dan logik akal.Tidak mungkin alam yang terbentang luas tiada penciptanya.Setiap ciptaan,ada penciptanya.Entah mengapa aku masih tak dapat nak fokus.Ada sesuatu yang menghijab hatiku.Ku cuba istighfar berkali-kali.Alhamdulillah lama-kelamaan aku mula fokus.Kulihat semua pelajar boleh dikatakan warak-warak belaka.Jauh benar beza aku dan mereka.Aku rendah diri sangat.

Selesai kuliah,kami berehat untuk solat dan makan.Begitu juga aktiviti seterusnya sehinggalah habis kuliah.Kata Che Ti aktiviti untuk esok adalah tazkirah bersama Ummi.Tapi memandangkan Kak Aini dan Kak Rafeah nak pulang awal,tazkirah itu tak jadi.Che ti menemani kami ke bilik.Sempat dia memberi sedikit tazkirah.Kebanyakannya tentang perjuangan seorang muslimah dalam Islam.Ianya bukan mudah seperti disangka.Lebih-lebih lagi kalau dah berumah tangga.Hubungan antara suami perlu dijaga sebaik-baiknya.Sedikit kemarahan suami,mardhotillah semakin jauh.

"Che ti masa baru-baru nikah dengan Ayah Li dulu,Che ti biasa-biasa je.Ayah Li selalu marah Che Ti.Ada sekali tu,Ayah Li bermasam muka dengan Che ti,puas Che ti tanya kenapa.Bersalah benar Che ti.Rupa-rupanya hanya kerana berebut sejadah.Tengok,walaupun hanya sedikit sahaja kesalahan,kita dah boleh melukakn hati suami kita tanpa disedari.Betapa sukarnya nak jaga.Masa dulu Che ti pun ingat seronoknya dapat suami baik,nak jadi isteri solehah lah.Tapi bila dah lalui,bukan mudah!Che ti hampir give up.Tapi che Ti tau ni ujianNYA.Pantang ada tak kena,Ayah Li akan tengking.Ada sekali tu,Ayah Li tengking,"Ni la isteri akhir zaman!".Che ti menangis.Tapi lama kelamaan baru Che ti sedar yang Ayah Li buat mcm tu sebab nak didik jiwa Che Ti supaya kental seperti seorang mujahidah.Supaya Che Ti berubah jadi lebih baik.Itulah ciri-ciri suami yang sebenar jika nak bawa isterinya ke syurga.Kalau suami tak marah dan tak tengking isteri,lelaki itu dayus!Alhamdulillah sekarang Ayah Li dah ok dan jadi lembut dengan Che ti."Mcm ni lah isteri awal zaman",gurau Ayah Li,"kami tersentap sesentap sentapnya mendengar pengalaman Che ti.Lebih-lebih lagi aku dan Kak Aini.Kak Rafeah pula,bakal suaminya memang mendidik dia dengan cara begitu pun.Dia dah lali.Aku dah lah sensitif,apatah lagi nak ditengking diherdik sedemikian rupa!

"Ee...kalau mcm tu Aini tak nak kahwin la!,"kata Kak Aini sayu bercampur takut.

"Akak pun......,"aku pun turut mengeluh.

"La....Che ti bukan nak takut-takutkan.Ini pengalaman supaya korang bersedia.Tak semestinya ujian Che ti nanti sama macam ujian korang,"pujuk Che ti.

"Tapi perlu ke diorang nak tengking-tengking kite?",aku tak berpuas hati.

Bagiku,kekasaran bukanlah cara untuk mengajar.Tapi mungkin itu cara Ayah Li.

"Kalau macam tu,lebih baik Aini sorang-sorang berjuang,tak payah nak susahkan siapa-siapa,"terbit keluh kesah di hati kami berdua.

"Diorg kene buat mcm tu untuk didik kita.Kalau tidak nanti kite lembik sampai bila-bila.Baru sikit ujian nak mengaku kalah.Dia marah tanda sayang,"pujuknya lagi.

Mata kami dah bergelinangan.

"Memang la macam tu Kak Aini.Faiz kawan saya pun dia dah layan saya macam tu sebelum saya jadi isteri dia lagi.Memang itu tanggungjawabnya.Seseorang muslimin yang berasakan seseorang muslimah itu layak menjadi isterinya,dia akan menjadi tegas kepada muslimah tu,"terang Kak Rafeah.

Kami berdua sugul.

"Takpelah,korg boleh laluinya.Che Ti doakan.Masing-masing dah pun dapat calon yang baik.InsyaAllah korang ok,"nasihat nya.

Entahlah....mintak-mintak bakal zauj ku tidaklah menengkingku lebih-lebih,silap hari bulan aku angkat kaki baru padan muka!



Sebaik Che Ti pulang,kami masing-masing dilanda kegelisahan yang tak terkata bila mengenangkan tentang pengalaman Che Ti.Macam-macam bermain di fikiran.Fikiranku kacau malam itu lalu tanpa aku sedar aku dahpun melukakan hati seorang sahabatku.Ana asifun jiddan.Ana sungguh tak berniat.

****************************************


Keesokan harinya,Kak Aini dan Kak Rafeah dahpun bersiap untuk pulang.Kami berpelukan.Entah bila boleh berjumpa lagi.AKu bersyukur aku telahpun dapat sahabat-sahabat ang berjiwa Islam.

Mereka pun berlalu.

Aku pula ke rumah Che Ti kerana tiket bas ku pada pukul 9 malam.Ayah Li pula ada kursus haji pagi ni.Sambil Che Ti menggosok baju Ayah Li,aku sempat berkongsi masalah.

"Akak susah nak istiqamahla Che Ti.Masa tu dahla akak takde sape-sape.ambah-tambah lagi akak takde kawan-kawan yang soleh yang boleh sokong akak.Akak takut dan sedih sangat mase tu,"luahku.Ada titisan air di kelopak mataku.Ku cuba tahan cepat-cepat.

"Itulah ujian namanya kak.Allah nak uji akak.Akak kene bersyukur akak dah berubah.Mungkin ni berkat doa nenek moyang akak kan.Moyang akak kan Tok Guru,mungkin dia dah doakan kebaikan untuk 7keturunan.Sebab tu bila kita buat dosa sikit,Allah tarik kita balik.Itu berkat doa mereka lah."sebak sungguh hatiku tak terkata.

"Mungkin lah..Sebab masa akak berubah dulu,kalau nak ikutkan,takde sapa yang dorong akak,akak takde kawan yang soleh,keluarga pulak biasa-biasa,tak pernah join usrah dan dalam keadaan akak study kat limkokwing pula tu....Mungkinlah tu doa nenek moyang akak.....",luahku.

"Tapi Alhamdulillah sekarang Mama Abah dah sokong akak untuk belajar agama kan?",pujuknya.

"Tu lah..Alhamdulillah.Akak pun tak sangka diorg bagi sokongan".

Perbualan kami terhenti disitu kerana Ayah Li dah pun nak keluar.

**********************************************


"Nanti sebentar lagi adik jiran Che Ti hantar akak ke Shah Alam ye...Nak jumpe Ummi dulu tak?",beritahu Che Ti.

"Boleh gak!Nak jumpe Aqilah....",entah kenapa walaupun baru 3 hari jumpa dengan Aqilah,aku dah pun mula sayang kepadanya.Sayang sangat!

"Aqilah dah tidur...",kata ummi sebaik saja aku tba di rumahnya.

"Ala.......boleh tak nak cium dia je?".

"Nanti dia jaga....",tegah Che Ti.

Aku menghiraukannya.

Nyenyak sungguh Aqilah tidur..Perlahan-lahan kukucup dahinya.Entah bila lagi aku kan jumpa dia memandangkan dia akan pulang ke halamannya di Terengganu.Hatiku sayu.Sebak.Cepat-cepat ku tahan,takut Che Ti dan Ummi nampak.Malu aku.

Aku bersalaman dengan Ummi.Sempat dia memberi tazkirah dan nasihat buatku.

Aku tak tertahan lagi.

Air mataku bergelinang lagi..Biarlah...Biar mereka nampak.Aku dah tak sanggup nak tahan lagi.

Kereta dahpun sampai untuk hantarku ke Shah Alam.

Kami bersalaman buat kali terakhir.

Sebuah pengalaman berharga yang kuperoleh di sana takkan ku lupa sampai bila-bila.Kalau ada kesempatan lagi,inginku hadir dan cuba untuk mengajak sahabat-sahabatku untuk mereka seperti apa yang aku rasa....

Permata itu semakin hampir.Dan aku akhirnya dapat menyentuhnya semula.....


CONTINUE >>>

24 July 2008

GRADUATION OF INTERIOR DESIGN DIP. COURSE

Sabtu ini (26 Julai 2008),merupakan tarikh konvokesyenku. Wah,akhirnya!!Setelah 3 tahun saya hidup bergelumang dengan macam2 ujian kat Limkokwing University itu,akhirnya tibalah masanya untuk saya melambaikan tangan kepadanya.Tak dinafikan,selama 3 thn saya study sini,macam2 pengalaman saya dapat. To be honest,saya rasakan kehidupanku di Limkokwing bagaikan langkah2 penghijrahan buat diri saya.

Apa yang saya dapat sepanjang saya berada di Limkokwing?

Jawapanku ialah....Macam-macam!!betul!macam-macam jenis orang saya jumpa,berbeza bangsa,rupa,agama,kekayaan,perangai,fesyen...ish macam-macamla.Kalau nak cerita,esok pun tak habis.Siapa yang pernah ke sana, mungkin tahu apa yang saya cuba maksudkan. Tak dinafikan juga saya pernah terkena Culture Shock bila di sana. Alhamdulillah saya sedar cepat,kalau tak....tak tahulah.

Dari segi pelajaran pula,at least i got a picture what Interior Design actually is!Although i think i still need to learn a lot. Duit pun banyak melayang..Well i have to admit that my course is quite costly. Tapi tak mengapa,perjuangan.

Persediaan untuk konvo?

Tak tahulah. Banyak rakan2 saya yang SMS menanyakan,

"Grad nanti u nak pakai baju apa?"

"Hmm..nak pakai apa lagi?Jubah i je la..huhu.", jawabku.

Penting ke pemakaian masa konvo nanti?Nak kena shopping ke untuk baju baru?To be honest,saya memang teringin sangat pun nak shopping baju baru.Tapi abah saya tak benarkan,takkan saya nak memberontak pula kan?Beli kain buat tudung je la.Baru juga kan?Tudung baru.hehe..

Besok, (25 Julai 2008), rehearsal kami. Tak sabar sungguh!:P Doakan saya berjaya 'menaiki pentas dan menyambut segulung sijil tu ye"!hehehe..salam

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...