11 December 2008

Disebalik blog yang bersawang..



Salam alaik...


Rasanya sudah seminggu lebih aku tidak 'mengepost' entry di ruang Gemersik Sufi ini.Bukannya apa,i'm lacking of idea.Tak tahu nak tulis apa..huhu..Kadang-kadang idea datang terlalu banyak sampai dah tak tahu nak tulis apa..blank!Too many to write orang kata.



Apa yang penting,aku lebih tekun untuk belajar untuk menukar layout baru blog ini.I have to admit,layout blog ini adalah salah satu alasan kenapa aku biarkan blog ini bersawang.Sebab layoutnya tak attractive langsung!Aku jeles tengok design blog yang cantik-cantik.Yelah,sebagai orang yang meminati seni,of course i want my blog looks artistic..(pada mata aku la).So resultnya,i have come out with PINK..yes,PINK layout.Why pink?Why not?I love pink so much.Cakaplah aku childish ke,girly ke...tak kisah la...janji aku ada mood balik untuk operate blog ni kelak..:D






Wassalam............~~~

CONTINUE >>>

01 December 2008

Kenapa perlu berhijab?



"Aida...why are you muslims have to wear those thing?",tanya kawan lelakiku dari Botswana,Africa sambil menunjukkan tudung di atas kepalaku.

"Aida...kenapa aida pakai tudung?Bukankah Tuhan itu telah menciptakan wanita itu indah,kenapa harus menutupnya?",tanya kawanku suatu ketika dulu yang juga merupakan seorang cina-indonesia.



Soalan yang pertama ditanya sewaktu aku sangat tidak tahu erti sebenar tudung yang kupakai di atas kepalaku pada waktu itu.Lantas,jawapan yang ku beri kepada kawanku itu sangat tidak memberikan erti sebenar hijab bagi perempuan muslim.Sehingga sekarang aku kesal,dan jika diberi kesempatan,aku mahu bertemu dengannya lagi dan memberitahu jawapan sebenarnya.

Soalan yang kedua ditanya sewaktu aku sudah mengerti dan dapat menghayati erti sebenar tudung di atas kepalaku.Tetapi,isi jawapanku pula tidak berapa mantap.Tapi kali ini aku tidak kesal dengan jawapan yang ku lontarkan.Sekurang-kurangnya aku sudah dapat menghayati erti 'hijab' itu berbanding dulu.

Jika selepas ini,ada yang akan bertanya kepadaku Kenapa harus pakai tudung,aku akan bersedia..InsyaAllah

Apa guna Allah cipta tubuh wanita yang cantik dan rambut yang cantik kalau kita tidak boleh menunjukkannya kepada orang lain?

Justeru kerana cantiklah ianya harus dilindung bimbang akan timbul fitnah dan terjadi perkara yang tidak diingini kelak.Hanya orang yang membayar mahar kepada kita sahaja yang berhak keatas kita selain daripada muhrim kita.Kerana dia yang akan menjaga kita dan kita wajib melaksanakan tanggungjawab zahir dan batin kepadanya.

Lah...bukankah memang sudah fitrah yang perempuan itu cantik?

Sebab itulah kita tidak boleh tayang sewenang-wenangnya.Nanti perempuan akan dijadikan subjektif.Orang akan menilai kita dari luaran,bukannya fikiran dan hati kita.Kita tak mahu lelaki pandang kita dengan nafsu haiwan.

Tapi,tak panaskah apabila memakai tudung?

Kalau kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas,InsyaAllah kita tidak akan merasa kepayahannya.

Tapi ada juga yang bertudung,tapi berpegangan tangan dengan lelaki dan melakukan maksiat juga.Tak semestinya yang bertudung itu baik.

Benar.Tapi,anda harus tahu yang tudung itu kan mudah untuk didapati dan semua orang mampu untuk membelinya.Bahkan pelacur(maaf) juga boleh membelinya dan pakai untuk kepentingan sendiri.Itu urusan mereka dengan Allah kalau mereka bertudung bukan kerana Allah.Sesiapa yang bertudung kerana Allah,mereka pasti tidak akan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah dirinya dan mendatangkan kemurkaanNya.

Persoalan dan jawapan diatas aku perolehi daripada drama Islamik dari Indonesia dan kurasakan jawapannya 'straight to the point' dan mudah bagi orang-orang non-muslim untuk memahami.Namun,jikalau orang muslim yang bertanya soalan-soalan tersebut..hmm..eloklah dihidangkan kepada mereka senaskah Al-Quran sahaja untuk mereka.

Namun,sekarang orang ramai yang menganggap tutup aurat itu hanyalah mengenakan sehelai kain ke atas kepalanya manakala yang lain tidak diambil kira.Astaghfirullah...Maka terjadilah kes pakai tudung tapi berlengan pendek,berpakaian ketat dan pendek dan bermacam-macam lagilah.Kalau disebut,7 hari 7 malam pun belum habis.Harap-harap Allah memberikan hidayah kepada mereka.Amiin..

Mari kita saksikan pula talkshow antara 3 wanita yang berbeza penampilannya:Hijab,Niqab and NOTHING! but they all are Muslims..



So,kalau sahabat-sahabat mempunyai jawapan-jawapan yang relevan dan mantap tentang persoalan ini..sudi-sudilah berkongsi ilmu ye..^_______^

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...