26 September 2009

Funny but creative ads!

Salam..

I dont know why i keep ignoring all the advertisements everywhere:along the road,on the public transportations,billboards-ANYWHERE!

Hm..maybe it's not attracting enough?I mean like,who would stare and stand still at the boring advertisements,huh?

Well,i guess,if u find any other ads just like in this vid below,i am pretty sure you won't move your eyeballs from it.haha..

what a brilliant thought! ^_^

CONTINUE >>>

18 September 2009

SALAM AIDILFITRI




SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI..



TULUS IKHLAS DARI,
AIDA NADIAH BTE ABDULLAH SEKELUARGA ^_^

CONTINUE >>>

06 September 2009

Kembali kepadaNYA


Aku tidak sabar menanti hari jumaat (4/9/09),kerana aku merancang untuk berjumpa dengan rakan-rakanku di UKM.Tapi hampa,semuanya busy dengan hal masing-masing.Aku tersangat kecewa!Mana taknya,aku akan bercuti panjang (nuzul quran).Memang sengaja aku tidak pulang ke melaka semata-mata untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakanku disana.Teringin benar untuk merasa beriftar dan terawih disana bersama mereka.

Aku tidak putus asa.Aku cuba menghubungi rakan usrahku dulu di MMU cyberjaya.Sebenarnya aku dah lama benar tidak menghubunginya.Tapi dek kerana imanku dengan dasyatnya dahagakan pengisian,aku hubunginya dengan harapan dia masih mengingatiku.Harap-harap adalah apajua program keagamaan yang boleh kusertai cuti-cuti ini.

"owh aida..ingat lagi:) insyaAllah kami ada forum kemerdekaan sabtu ini di shah alam.jom join!"

Aku tersengih kegirangan.Pantasku aturkan rancangan untuk kesana walaupun aku menghadapi kesukaran transportation.

Pada malam jumaat tersebut,aku sudahpun siap sediakan pakaian untuk dipakai.Selepas itu aku terus tertidur kerana kepenatan.Dalam jam 11 malam,telefonku berdering.Abahku telefon..



"Assalamualaikum,kak.Weekend ni akak balik rumah tak?"

"Waalaikumsalam.Tak kot bah..",jawabku yang masih dalam keadaan mamai.

"Nenek dah takde ni....."

"Hah???!",biji mataku yang sedari tadi layu terus terbeliak mendengarkan berita tersebut".

"Innalillahi wa innailaihi roji'un...bila bah?"

"Ni baru je ni..Petang tadi nenek tak sedarkan diri,nafasnya tersekat-sekat.ustaz datang untuk doakannya dan menyuapnya beberapa titis air zam-zam,selepas itu,dia terus pergi begitu saja....abah ambil akak malam ni juga yer.lepas itu terus ke uitm seri iskandar ambil diana pula"

'Nenek meninggal dalam keadaan tenang,pada hari jumaat yang mulia dalam bulan ramadhan yang mulia...eh,nanti sekejap,abah nak ambil aku lepas tu straight ambil diana di perak?jauh tu!!pergi balik,mau esoknya sampai jam 11 pagi!kasihan abah...',aku monolog sendirian.terpaksa...

Kali terakhir aku bertemu nenekku ialah pada minggu lepas.Keadaannya yang lemah akibat terkena stroke kali kedua membuatkan dia tidak mampu berdiri lagi.Aku,mama dan adik datang membantu makcikku untuk memapah nenek untuk dimandikan.Tetapi pada waktu itu juga,rakanku di perak telefon untuk menyelesaikan masalah yang timbul antara kami.Lantaran itu aku hanya sempat menolong sedikit sahaja iaitu menyuapkan nenek air.Agak terkilan juga......

Aku terus memberitahu rakan-rakanku tentang perkhabaran tersebut dan mereka mengucapkan takziah.

Tapi entah kenapa,air mataku tidak mengalir.Keras benarkah hatiku ini?atau aku dah kebal bilamana arwah atuk pun baru sahaja syawal 2 tahun lalu meninggalkan kami semua?entah,aku buntu.

Kubuka almari untuk mengemas pakaian.Lama aku duduk bertungku di depan almari.Tak tahu nak buat apa.Macam-macam aku fikirkan.Ku pasang lagu "Harapan padaMu subur kembali" nyanyian Nazrey Johani.Ini salah satu cara untuk aku 'melembutkan' hatiku.
Ternyata berjaya...aku teresak-esak.Aku bukan menangis kerana pemergian nenekku,tapi lirik lagu tersebut benar-benar menginsafkan aku.

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini


Dikala aku benar-benar memerlukan tarbiah yang mendidik jiwa,ku sanggup mencari peluang di UKM dan MMU.Pelbagai masalah yang menimpa,ternyata ada hikmah disebalik semuanya.Rupa-rupanya DIA sendiri yang mahu menghadiahkanku tarbiah yang paling berharga iaitu KEMATIAN.

Biar diriku insaf sekali lagi melihatkan jenazah dimandi dan dikafankan.
Biar jiwaku layu sekali lagi melihatkan jenazah diusung ke dalam keranda.
Biar nuraniku menangis sekali lagi mengiringi jenazah ke kubur.
Biar hatiku gerun sekali lagi melihatkan jenazah dimasukkan kedalam liang lahad lalu ditimbuskan.
Biar imanku tersentap sekali lagi mendengarkan TALQIN yang dibacakan.

Tetapi hampa,aku tidak dapat merasai peluang tersebut sebagaimana pemergian arwah atukku dulu.Aku tiba lewat.Jenazah sudahpun dibawa ke kubur dan sedang ditanam.Aku kecewa,kenapa mereka tidak menunggu kami sedangkan mereka tahu kami hampir tiba.Aku terkilan tidak dapat melihat wajah nenek buat kali terakhir.Aku tidak sempat mengucupnya...

Nenek sudah selamat ditanam bersebelahan dengan kubur arwah atukku.Kini tibalah bacaan talqin.Aku hanya mendengar dan menundukkan kepala sambil airmata mengalir teramat deras.

Kubur nenek dan datukku



Dari jauh ku terlihat ada 2 orang cina memberi penghormatan terakhir kepada nenekku.Aku kenal mereka.Mereka ialah cucu saudara nenek.Nenekku dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa cina.Tetapi sejak dilahirkan lagi nenek telah diberikan kepada keluarga melayu untuk dijaga.Tetapi hubungan nenek antara adik-beradik kandungnya masih erat.

Usai acara pengebumian,kami bangun untuk pulang.Sempat aku menziarahi kubur atukku disebelah.Kini,kedua-dua atuk dan nenekku sebelah Melaka sudah tiada lagi..Dan di kawasan perkuburan ini,ada 2 kubur ahli keluargaku.Arwah Pak Long Naim (Pakcik Saudaraku) dan Arwah Cik Rokiah (Makcikku iaitu kakak kepada emakku).Kedua-duanya sudah kembali kepadaNya sebelum aku dilahirkan lagi.

Cukup 7 langkah kami semua berundur,lalu turunlah malaikat munkar dan nakir untuk menjalani tugas mereka.

Selamat berehat nenekku..
Entah bila,kami pula akan menyusul....

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...