08 May 2009

Senibina Islam:'Masjid mahal'

Masjid merupakan 'rumah Allah',tempat umat Islam menghambakan diri kepada Sang Pencipta.Sesebuah masjid memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan keselesaan kepada pengunjungnya.Bukan sekadar faktor kebersihan,malah susun atur dalamannya(interior design) dan juga rupa bentuknya(architecture).Malah reka bentuk yang bersesuaian juga dapat mewujudkan 'spritual feeling' kepada seseorang ketika hendak beribadah dan ini amat penting untuk menimbulkan kekusyukan beribadah.Mungkin ramai yang beranggapan rupa bentuk sesebuah masjid tidak penting.

Hakikatnya,mereka terlepas pandang.Tidak dinafikan adakalanya sebuah masjid/surau yang usang juga dapat memberi impak maksima dalam beribadah dek kerana suasana kezuhudannya itu.Tetapi,Allah itu indah dan sukakan keindahan.Jadi,tak salahkan untuk kita mencantikkan rumah Allah?Tapi bagi saya,biarlah kita berpada-pada untuk menghiasinya,cukuplah dengan bersederhana,kerana bimbang akan timbul fitnah pula.
Tetapi,masjid yang saya akan perkenalkan ini merupakan masjid yang bagi saya cantik tapi agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan konsep 'kesederhanaan'.
Tujuan saya adalah untuk memperkenalkan kepada kalian masjid-masjid yang ada di seantero dunia dan pendapat kalian tentang senibina islam ini...

Jom kita jelajah!.....:)


Najaf (Masjid Imam Ali)



Najaf merupakan tempat ibadah bagi pengikut syi'ah di Selatan Iraq.Bagi pengikut syi'ah disini,Masjid Imam Ali di dalam Najaf merupakan makam yang paling suci yang ketiga di dunia selepas Mekah dan Madinah.

Pusat utama Najaf ialah Masjid Imam Ali yang juga dikenali sebagai Meshed Ali.Masjid ini terbina di atas makam(samada makam sebenar atau simbolik) Imam Ali,yang merupakan menantu kepada Rasulullah s.a.w yang mati syahid.

Walaupun rekabentuk masjid ini kelihatan biasa sahaja,tapi ia boleh dikira antara masjid yang paling mahal.Ini kerana hampir semua bahagian masjid dibina daripada emas tulen!!Masjid ini tersergam indah dengan dengan kilauan emas.Sebanyak 7,777 jubin emas tulen menutupi kubah dan 2 menara setinggi 35 meter yang diselaputi 40,000 keping jubin emas!Manakala di bahagian dalam masjid tersebut,ia dihiasi dengan rekabentuk mewah selari dengan masjid-masjid para pengikut syi'ah yang lain.Lampu-lampu neon digunakan untuk memberi refleksi daripada jubin cermin dan perak yang terdapat di dinding-dinding masjid.I'm sure to build this mosque needs a huge budget because it is way expensive!Membazir...huhu:P

Rekabentuk dinding yang diselaputi jubin perak



Kilauan kubah masjid Najaf


Mimbar masjid


Well,i can't help wondering how those peoples perform their prayers?Can they concentrate while they realized they have been surrounded by GOLD?Takut-takut mereka tidak menumpukan perhatian pada Allah swt,tapi untuk mencuri emas-emas tersebut!:P Nauzubillah...

So,apa pandangan kalian semua?
Masjid mahal/Masjid cantik tapi sederhana/masjid biasa-biasa sahaja?:)
Apa pula pandangan kalian tentang 'masjid cantik' kita di Putrajaya dan Kuala Terengganu (Masjid Kristal)?
Berikan pendapat kreatif anda ^_^


*ps:Yang penting kita jadi 'ulat masjid'..hihi

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...