21 December 2012

Dunia baru aku.

Salam brothers & sisters,

Sesungguhnya mengupdate blog adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.Memerlukan ketabahan dan konsistensi betul.Blergh~

Anyway.Apa khabar korang semua?(berangan konon-konon ada orang baca blog ni).Seperti title di atas,DUNIA BARU.Apa maksudnya?Cer teka?Kalau korang sebut kahwin..aku akan kata "Meh..takde benda lain ke dalam kepala korang?".Dunia baru yang dimaksudkan ialah dunia....

OUTDOOR SPORT!

Sebelum aku mula story,aku nak tegaskan.Niat aku berkongsi cerita ini adalah untuk mengajak korang untuk cuba benda baru/outdoor sports juga.Tiada niat langsung untuk mendabik dada.Takde apa yang nak dibanggakan sebab aku pun baru bertatih.Masih mentah.

Ok,back to story.Ya.Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh terjebak dalam dunia yang agak berisiko ni.I guess,semuanya gara-gara ramai kawan aku dah kawin,jadi aku diantara yang masih single ni termanggu-manggu sorang-sorang tak tau nak buat apa.Oleh kerana buntu dan agak kesunyian (ecece),tiba-tiba wujud satu perasaan nak cuba benda-benda yang sebelum ni aku tak pernah cuba.Mula nak mencabar diri sendiri.Yelah,sebelum aku disunting dan bakal menggalas tanggungjawab yang lebih berat,time yang masih solo dan takde komitmen ni lah masa yang sesuai.Tiba-tiba aku teringin nak jungle trekking.Sebab masa aku sekolah dulu aku pernah ikut camping.Oleh kerana rindu untuk pijak lecak,hirup udara segar dicelah-celah hutan belantara,aku mula mencari mana-mana aktiviti yang aku boleh join.Aku mana ada contact,serius tak tau nak cari camne.Takkan nak ikut camp sekolah adik aku pulak?Memang tak lah!


CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...