07 April 2009

Review:Syabab Musafir Kasih


Syabab musafir kasih...

Novel ini ku beli sewaktu berlangsungnya Karnival Halal di MITC Melaka ahad lepas.

"Kak,jomlah ke MITC.Ada pameran buku tau!Banyak novel.Kau mesti suka!!",beritahu Amir,adik bujangku berseloroh.

"Pameran buku??Novel?!JOM!!!!",saya tidak berlengah lagi.Memang saya suka benar membaca novel..lebih-lebih lagi novel islamik.

Alhamdulillah buku yang kucari,'Syabab musafir kasih daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin' selamat dalam genggaman tanganku.Saya tersengih kegirangan.Puas rasanya!



Saya terus mula membuka lembaran buku tersebut.Tabiatku,kalau isi ceritanya menarik,pantang masa terluang saya pasti terus membaca.Itulah responku terhadap 'Syabab musafir kasih' ini.Ternyata 'taring' Fatimah Syarha masih berbisa dalam penulisan dan butir dakwahnya,sehinggakan mataku 'melekat' tidak berganjak menilik sehelai demi sehelai muka surat novel itu sehinggakan saya hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk menghabiskannya.Hebat!

Buku ini mengisahkan seorang anak yatim yang bernama Syabab.Beliau sering diperlekehkan orang kampung dek kerana hidupnya yang daif dan penampilan yang comot.Namun,ada insan yang masih merasakan Syabab membawa sebutir permata yang berharga,iaitu Nur Mumtazah.
Boleh dikatakan beliau membesar dengan bimbingan Nur Mumtazah,lebih daripada didikan ibunya sendiri.Walaupun beliau pernah tersungkur,namun 'penyungkuran' itu beliau jadikan iktibar dan kekuatan untuk bangkit lebih tinggi lagi.Akhirnya,bersinarlah permata seorang pemuda yang bernama Syabab,iaitu Syabab agama.Keberanian dan kewibaannya sebagai daie muda sangat mengagumkan dan memberi semangat kepada saya.Moga Allah pertemukan kepada saya dan semua muslimat seorang syabab seberani SYABAB.Amin...

Pada permulaan cerita,cara penyusunannya agak santai supaya pembaca dapat merasai watak dan suasana ceritanya dahulu.Ternyata,pada klimaks dan penghujung cerita novel ini amat memberi suntikan mujahadah,kesedaran dan keinsafan yang amat dalam sehingga membuatkan saya teresak-esak membacanya.Tidak tertahan lagi rasa kerdil saya di 'mataNYA'.

Harapan saya agar syabab-syabab islam diluar sana menjadi seberani dan setabah Syabab di dalam novel ini.Jika 'Tautan Hati' hasil daripada penulis yang sama,sesuai untuk muslimat,'Syabab Musafir Kasih' ini pula sangat sesuai untuk muslimin untuk meningkatkan semangat mujahid mereka.

Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penulis FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN kerana berjaya menghasilkan karya yang sangat bagus dan dekat dengan jiwa para remaja.Butir-butir dakwah ukhti sangat 'berbisa'!Teruskan usaha.Mabruk alaiki!!

Fatimah Syarha Mohd Noordin

3 comments:

cLoVer4miza said...

best sgt ke? sy pon dgr camtu..

so, sy beli buku ni n hadiah kat org yg sy syng..

teringin gak nk bc.. >.<

Fairytopia said...

mantop!!
buku fatimah syarha mmg sgt bagus..
belila..n bace ^^

cLoVer4miza said...

hehe da la... dah bg kat org pon..
tp sy sendiri pon terigin nk bc..

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...