13 April 2009

Spreading Islam thru Photography:Ustaz Azhar

Salam..
Kalau saya tanya pendapat kalian,
Bagaimanakah imej seorang ustaz?
Pasti ramai yang berpendapat,

"Oh,mereka berjanggut dan berjubah"

"Mereka asik duduk di surau-surau sahaja!"

"Kerja mereka berdakwah"

"Perwatakan mereka serius dan hanya memikirkan ukhrawi sahaja"



Tidak dinafikan memang ada benar pendapat-pendapat sedemikian,tetapi,medan dakwah itu luas.Kita tidak boleh terhadkan dengan satu cara sahaja walhal manusia ini mempunyai ragam dan cara hidup yang pelbagai.Justeru itu,corak dakwah mestilah searus dengan cara dan 'pattern' manusia agar mereka tidak rasa kekok dan mudah 'masuk'.Itulah mencabarnya tugas dakwah ini.Bukan semua juga boleh terima dakwah kita,tetapi Allah itu tidak menilai kegagalan atau kejayaan hambaNYA,tetapi DIA melihatkan kepada usaha kita.

Justeru itu,saya ingin memperkenalkan seorang ustaz yang pada saya,dia HEBAT!
Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu.

Ya,beliau berjubah dan berjanggut.

Beliau juga berdakwah dengan memberi ceramah agama kesana kemari.

Tetapi,beliau juga menjadikan medan Fotografi sebagai satu lagi cabang dakwahnya.

Saya secara peribadinya sangat mengkagumi hasil karyanya.Sangat cantik dan banyak dikaitkan dengan alam semesta,kehidupan manusia dan berbagai lagi.Lebih unik lagi,beliau juga menyelitkan unsur-unsur humor dalam sebahagian fotografinya.Kenapa?
Mungkin juga kerana pandangan stereotaip manusia kepada golongan ustaz sepertinya yang mengatakan ustaz mestilah berperwatakan serius,tidak mudah untuk didekati dan pelbagai lagi.Tetapi beliau membuktikan yang ustaz juga boleh melawak dan hidup seperti biasa seperti kalangan manusia-manusia lain juga.Cuma yang membezakan ialah,mereka lebih mementingkan kehidupan ukhrawi berbanding duniawi.Ini cuma pendapat peribadi saya,mungkin juga Ustaz Azhar punyai sebab tersendiri.

Lihatlah sendiri hasil karya beliau,memang clueless!Tak sangka seorang ustaz juga punya bakat besar dalam Seni Fotografi!Mabruk ya Ustaz!Moga Allah mengiringi perjuanganmu...


Inilah Ustaz Azhar.Tak dapat tengok muka?Tengoklah colour mode picture ni.Cantikkan?




Haha..ini bukan Ustaz Azhar,tapi sahabatnya barangkali yang juga dikenali sebagai Pok Man



Untuk view lebih banyak lagi hasil beliau,layari:
Digital Mukmin

atau jika anda punya kemusykilan tentang agama,layari website beliau yang ini,disana banyak disediakan maklumat tentang agama.
Ustaz Azhar

Jangan lupa tonton ceramah beliau di YouTube.Search sahaja nama Ustaz Azhar.Memang seronok,isi yang mantap dan dekat dengan remaja.Memang sempoi.

Saya juga ada linkkan website beliau di dalam column 'Islamic Art Sites' saya.So,rajin-rajinkanlah jari anda untuk menge'klik'nya yah!

Ingatlah dakwah itu bukan hanya pekerjaan para ustaz atau alim ulama sahaja.Tetapi ianya adalah tugas kita semua yang bergelar muslim!Kita dihantar kedunia dengan dua tujuan iaitu,menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah.Maka,adalah tugas kita untuk meneruskan perjuangan Para nabi untuk menegakkan agama kita yakni Islam ad-deen.Janganlah sempitkan fikiran anda yang "Kerja dakwah ini hanya kerja ustaz.Biar mereka sahaja yang berdakwah!".Tanamkan semangat jihad dalam diri kita supaya kita menjadi da'ie muda seterusnya memperjuangkan agama tercinta.

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dua kaki anak Adam itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."

Salam perjuangan dari saya....

2 comments:

helang timur said...

salam ziarah..
betul2..
fotografi leh jugak dijadikan platform utk sebarkan dakwah..
apa2 bidang pun kalau bijak mengadaptasikan dalam agama..
mmg x secara langsung jadi ikutan yg baik kepada org sekeliling..
(^_^)

psst***napa x dpt pun bukak link ustaz azhar?

Fairytopia said...

Betul tuh,as long as ada kesedaran pada diri utk menyebarkan keindahan islam walau dengan apa cara sekalipun...^______^ insyaAllah.

Eh,awk xdpt buka ke link tu?akak dpt je...
cube tekan kuat2 sket link tu..lalalala~ :P

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...