19 April 2009

Antara Pesta Buku dan menziarahi sahabat di hospital



Niat di hati,semalam ingin sahaja saya singgah di PWTC dan melihat pameran buku disana.Memandangkan sudah kebetulan saya di KL,tiada halatuju pula tu.Ceritanya begini,saya ke KL untuk melawat kawan saya excident di Hospital Klang.Saya ke KL dengan abah saya yang kebetulannya dia ada kelas di Universiti Malaya setiap sabtu.Sempatlah abah teman saya melawat kawan saya di hospital itu.Selepas itu beliau terpaksa bergegas ke UM dan terpaksa meninggalkan saya.Jadi,saya kena pandai-pandailah bawa diri.Dah biasa berseorangan..


"Lepas ni kau nak kemana?",tanya abah.

"Akak nak pergi pwtc.Ada pameran buku.",jawabku merengek.

"Kau tahu macam mana nak kesana ke?"

"Tak.Ada train tak kat sini?",jawabku selamba.

"Ada,tapi kat Port Klang lah.Jauh juga dari sini"

"Hm...akak try telefon iqa dulu lah.Mana tahu dia boleh tumpangkan",saya tiba-tiba terfikirkan sahabat baikku sewaktu di Limkokwing dulu.

Looks like Iqa pun ada agendanya tersendiri.Jadi dia hanya boleh menemaniku seketika cuma.Alahai,terliurlah saya nak ke Pameran Buku ni nanti!
Tiba-tiba kawanku,azya mesej ke telefonku dan mengajakku datang ke dormnya di Uitm shah alam,kemudian dia berhajat untuk melawat sahabatku di Hospital Klang itu.Haish......terpaksalah ubah plan ni.Nampak gayanya,tak jadilah saya untuk ke Pameran Buku,memandangkan waktu pun dah petang.Saya memikirkan kesukaran untuk kesana dengan menaiki pengangkutan awam yang sudah tentu sesak!Tambahan pula saya berseorangan.Walaupun berani,tetapi kenalah tengok keadaan juga.Tidak mengapalah,pasti ada hikmahnya saya tidak jadi ke PWTC hari ini.Kesimpulannya,saya hanya melawat kawan saya yang terlantar sakit di Hospital Klang.


1 comment:

Hanh said...

siapakah sahabat itu..jeng jeng

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...