01 December 2009

Bye "Nur Kasih"


Salam alayk..

Apabila hari Jumaat tiba sahaja,pasti saya excited,tersengih lebar,berdebar-debar.Tetapi yang pasti selepas ini,Jumaat saya tidak akan berseri lagi.Huhu..kerana..NUR KASIH dah habisssss!!!! >< T_T



Saya bukanlah big fan drama ini pada mulanya.Saya BUKAN PENGIKUT DRAMA TV!Tapi satu hari tu,saya tak sengaja buka TV,TV3 dan kebetulan pada masa itu Nur Kasih sedang ditayangkan..Ntah kenapa tiba2 saya rasa melekat..Tak boleh nak bergerak!Dan penyakit ni berlanjutan pada minggu seterusnya bilamana saya setia menunggu di depan TV untuk mengikuti Nur Kasih...

Apa yang membuatkan saya tertarik?

Pertama2 sekali ialah ISLAMIK.Walaupun ada yang berpendapat drama ini sebenarnya bukan Islamik tetapi hanyalah adat melayu.Mengajar mengaji,solat lima waktu dan bertudung.
Tetapi bagi saya,lama-kelamaan nilai Islamiknya semakin kelihatan.Lebih daripada adat melayu itu sendiri.Bilamana ada ayat2 Quran diselitkan,mempamerkan keindahan bumi Anbia,wanita bertudung litup,kesabaran seorang isteri,tawaqal kepada Allah,erti taubat Nasuha...banyak lagilah.Memang terserap juga dakwah2nya kedalam hati saya.

Faktor kedua pula ialah SHOOTING SKILLS yang berkonsepkan photography shot.Huiyyyoooo!!Memang every angle yang disnap memang cun!Terliur juga saya melihatnya..huhuhuh..

Faktor ketiga,lagu NUR KASIH yang dinyanyikan YASIN.Memang best sangat lah iramanya..

Faktor keempat,PLOT YANG SIMPLE.tak seperti drama2 melayu yang lain yang selalunya berkisarkan tentang bisnes keluarga,perebutan harta,dengki mendengki,...macam-macamlah.Klise!Nur Kasih simple je,seorang anak nakal yang telah insaf dan suka duka rumah tangga.There!Simple but catchy.hehehe..

Dengar kata,NUR KASIH bakal difilemkan!Ape lagiiii??saya nak tengok!hehehehe :P

1 comment:

hOney n' cLOver said...

salam...ahaks..cerita ni mmmng best..
saya pn mula tngok cerita ni sbb tertngok ketika bercuti bulan 8...^^
tp bg saya endingnya agak mengecewakan sedikit..huhu..

=^.^=

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...