30 August 2009

Drama:Nur Kasih


Salam alayk..
Maaf kerana dah lama tidak terupdate blog ini.Semenjak dah berhijrah ke KL ni,langsung tidak ada kesempatan buat saya untuk 'meninggalkan' sesuatu di sini.Kebetulan cuti merdeka ini,saya pulang ke Melaka.Bolehlah melepaskan 'gian' terhadap internet ni..hehe..

Tajuk kali ini ialah "Drama Melayu:Nur Kasih"..
Drama yang hangat diperkatakan orang sekarang ni..Kalau nak ikutkan saya pun baru je 'terminat' pada karya seni ini setelah secara tak sengaja tertonton.Apa yang membuatkan saya 'melekat' sampai episod terbaru ini ialah kerana plotnya dan teknik penggambaran yang berkonsepkan 'photography'.Memang cun!



Kalau nak diikutkan memanglah mesej islamik(mungkin juga tema drama ini ialah kehidupan masyarakat melayu) yang hendak disampaikan itu agak kurang mantapnya,(pelakon wanitanya sekejap bertudung dan tidak,bertudung tidak cukup syarat,adegan berpelukan yang terlampau) tapi sekurang-kurangnya ada mesej yang hendak disampaikan.Contohnya,beza anak yang mengikut didikan agama dan tidak,ketaatan seorang anak terhadap penciptaNya dan ibubapa,kehidupan seorang insan terkeluar dari landasan agama,hikmah cinta selepas nikah,dan bermacam lagilah.Memang plot yang simple,tapi memikat penonton untuk terus menonton.

Dari segi sudut penggambaran pula,memang berbeza daripada shot-shot yang lain di Malaysia ini.Ada 2 pengarah di Malaysia yang mempunyai kreativiti sendiri dalam penggambaran ini iaitu:Allahyarmah Yasmin Ahmad dan Khabir Bhatia sendiri.Identiti Khabir Bhatia lebih kepada shot yang fokus pada subjek tertentu dengan diselitkan teknik photography iaitu teknik silhoutte dan color tone yang cantik.Memang ternganga juga mulut saya melihatkan teknik yang digunakan.Sebagai seorang yang sangat meminati photography,saya akui sangat jeles dengan skillnya =__________=" huhu..

Ni ada beberapa shot yang cantik,sedutan daripada drama tersebut:







Selain daripada plot yang menarik,teknik penggambaran yang kreatif,lagu tema yang digunakan juga sangat 'berhantu'.Nur kasih yang dinyanyikan oleh Yasin.Memang sangat sedap lagunya.Ramai yang mencari full version lagu ini,tapi hampa memang tidak ada!So kalau siapa yang nak tu,kenalah beli cd original yasin.Baru ada.Huhu..

Akhir sekali,pandangan peribadi saya,kalaulah nilai islamik itu dilebihkan lagi dengan pengisian yang menonjol,pasti lebih hebat.Contohnya,banyakkan scene bersolat jemaah,berdoa,tazkirah dan banyak lagi lah aktiviti dakwah adn of course perisian tentang islam dengan lebih mendalam.Bukan tiada aktiviti tersebut dalam drama ini,cuma agak kurang.Tapi,ini juga sudah merupakan langkah yang baik.Berjaya atau tidak penyampaian tersebut,hanya Allah yang layak menilai ^_^ Lagipun mungkin drama ini bukan drama islamik.Tapi at least ada mesej islamik daripada tiada.

Di bawah saya bagi cenderamata kepada anda,trailer Nur Kasih..Enjoy!





1 comment:

irwan shah said...

best gak laa drama ni, terutama kes menutup aurat diutamakan..

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...