Salam alayk..
Maaf kerana dah lama tidak terupdate blog ini.Semenjak dah berhijrah ke KL ni,langsung tidak ada kesempatan buat saya untuk 'meninggalkan' sesuatu di sini.Kebetulan cuti merdeka ini,saya pulang ke Melaka.Bolehlah melepaskan 'gian' terhadap internet ni..hehe..
Tajuk kali ini ialah "Drama Melayu:Nur Kasih"..
Drama yang hangat diperkatakan orang sekarang ni..Kalau nak ikutkan saya pun baru je 'terminat' pada karya seni ini setelah secara tak sengaja tertonton.Apa yang membuatkan saya 'melekat' sampai episod terbaru ini ialah kerana plotnya dan teknik penggambaran yang berkonsepkan 'photography'.Memang cun!
Kalau nak diikutkan memanglah mesej islamik(mungkin juga tema drama ini ialah kehidupan masyarakat melayu) yang hendak disampaikan itu agak kurang mantapnya,(pelakon wanitanya sekejap bertudung dan tidak,bertudung tidak cukup syarat,adegan berpelukan yang terlampau) tapi sekurang-kurangnya ada mesej yang hendak disampaikan.Contohnya,beza anak yang mengikut didikan agama dan tidak,ketaatan seorang anak terhadap penciptaNya dan ibubapa,kehidupan seorang insan terkeluar dari landasan agama,hikmah cinta selepas nikah,dan bermacam lagilah.Memang plot yang simple,tapi memikat penonton untuk terus menonton.
Dari segi sudut penggambaran pula,memang berbeza daripada shot-shot yang lain di Malaysia ini.Ada 2 pengarah di Malaysia yang mempunyai kreativiti sendiri dalam penggambaran ini iaitu:Allahyarmah Yasmin Ahmad dan Khabir Bhatia sendiri.Identiti Khabir Bhatia lebih kepada shot yang fokus pada subjek tertentu dengan diselitkan teknik photography iaitu teknik silhoutte dan color tone yang cantik.Memang ternganga juga mulut saya melihatkan teknik yang digunakan.Sebagai seorang yang sangat meminati photography,saya akui sangat jeles dengan skillnya =__________=" huhu..
Ni ada beberapa shot yang cantik,sedutan daripada drama tersebut:
Selain daripada plot yang menarik,teknik penggambaran yang kreatif,lagu tema yang digunakan juga sangat 'berhantu'.Nur kasih yang dinyanyikan oleh Yasin.Memang sangat sedap lagunya.Ramai yang mencari full version lagu ini,tapi hampa memang tidak ada!So kalau siapa yang nak tu,kenalah beli cd original yasin.Baru ada.Huhu..
Akhir sekali,pandangan peribadi saya,kalaulah nilai islamik itu dilebihkan lagi dengan pengisian yang menonjol,pasti lebih hebat.Contohnya,banyakkan scene bersolat jemaah,berdoa,tazkirah dan banyak lagi lah aktiviti dakwah adn of course perisian tentang islam dengan lebih mendalam.Bukan tiada aktiviti tersebut dalam drama ini,cuma agak kurang.Tapi,ini juga sudah merupakan langkah yang baik.Berjaya atau tidak penyampaian tersebut,hanya Allah yang layak menilai ^_^ Lagipun mungkin drama ini bukan drama islamik.Tapi at least ada mesej islamik daripada tiada.
Di bawah saya bagi cenderamata kepada anda,trailer Nur Kasih..Enjoy!
30 August 2009
Drama:Nur Kasih
22 August 2009
Penghijrahan dalam Ramadhan
Salam Ramadhan buat semua..
Moga Ramadhan kali ini dapat menambahkan ibadah kita kepadaNya,mendekat diri denganNya dan membersihkan hati kita daripada segala kotoran yang selama ini kita lakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak.Di kesempatan ini,saya ingin memohon seribu kemaafan kepada kalian semua.Secara jujurnya,
Ramadhan kali ini besar maknanya bagi saya.Saya akan berhijrah untuk mencari 'sesuatu' yang dinamakan iman dan hidayah.Entahlah,saban hari saya merasakan semakin lama semakin jauh saya dengan Yang Maha Esa.Saya tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan,jika saya tidak berbuat sesuatu,kemungkinan besar saya akan kembali kepada kehidupan saya yang dulu!
Saya terpaksa berkorban meninggalkan keluarga saya yang sangat memerlukan saya ketika ini.Saya tidak sampai hati.....tetapi saya lebih tidak sampai hati melihatkan iman saya meronta.Saya perlu berkorban.Dan kerana itulah saya sanggup untuk tinggal jauh dan berulang-alik setiap hari.Mereka selalu bertanya,"kenapa duduk jauh?".Saya tidak ada jawapan untuk itu,hanya saya sahaja yang tahu.
Saya yakin tempat yang saya pilih itu adalah tempat yang terbaik untuk mendekatkan diri dengan Yang Esa.Saya rindukan Ramadhan yang saya lalui dahulu sewaktu saya masih menuntut di universiti.Keadaan yang sama dimana saya ulang-alik dari tempat yang jauh ketika praktikal.Tetapi pengorbanan itulah yang saya rasakan tersangat manisnya iman dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Kini,saya ingin mengulanginya semula.Saya mahu dapatkan semula 'perasaan dan ketenangan' itu.Kerana itulah saya sanggup berulang-alik!Saya mahu cari semua itu semula!Biarpun saya terpaksa bersusah payah..Terpaksa bersendirian lagi setiap masa kesana dan kesini..Kalau dengan cara itulah saya dapat semula 'iman mutiara' itu,saya sanggup berusaha..
Saya juga ingin merayu kepada sesiapa,janganlah mengambil kesempatan lagi kepada diri saya dalam keadaan saya seperti ini.Memberi harapan yang tinggi bila saya benar-benar memerlukan seorang 'teman' untuk mendekatiNYA.Jangan beri saya harapan palsu lagi!Kalau niat anda adalah untuk memperguna dan mempermainkan saya,lebih baik biarkan saya seorang diri mencari teman..jangan berpura-pura untuk menjadi teman pendamping saya.Hati saya terlalu rapuh dan mudah terluka.Saya lebih sanggup bersendirian daripada hati saya terus dilukai........!
Kepada rakan-rakan semua,
Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah..
Doakan saya sentiasa tabah mengharungi dugaan hidup. CONTINUE >>>
19 August 2009
My 'transformation'
tiada apa yang nak ditulis dalam entry kali ini,kerana tersangatlah kekurangan idea.Sebab itulah ianya tak terupdate setelah sekian lama.huhu..harap-harap entri merapu ini sekurang-kurangnya dapat menghapuskan segala sawang-sawang yang ada dalam blog ini....
Dengan rasminya,saya sudah tidak memakai spec berwarna purple lagi!!kerana saya sudah tukar angin kepada spec berwarna hitam pula.Sudah terlalu lama spec purple itu menjadi sebahagian daripada anggota badan saya.haha..tibalah masanya untuk saya menukar kepada organ yang baru..jeng jeng!
itu saja untuk kali ini..
merepek kan?? =_______________=
saya janji lepas ini saya akan cari idea untuk mengupdate blog saya..huhu..
T_T
13 August 2009
My Photography:''Kampungku"
It's been a while i haven't posting any of my photography.Recently,i went back to my village at Kelantan.What i like the most about my village here is----the SAWAH!(paddy field).Here are my captures...:)
Hmmmhh....suasana di kampung sangat menenangkan.Saya lebih suka kampung dari bandar.Bila saya dah berkeluarga nanti,kemungkinan besar saya tidak memilih untuk tinggal di kota-kota besar.Bagi saya,"NATURE IS THE BEST TEACHER"..^_^ CONTINUE >>>
04 August 2009
Islamic cartoon:NINJABI
Salam alayk
I found a very interesting blog that presenting of her own drawing of a cute lil' hijabi.She called the hijabi,Ninjabi.The cartoon is basically about conversations between the ninjabi and other people who always being stereotype,discriminating and judgementing about niqabis and of course----ISLAM.I am pretty sure that the author of this cartoon is trying to spread the message in the simplest way as she mix it up with some acceptable humors to avoid a strict yet serious way of presenting.Although there's a few of her artwork contains a very sensitive issue,like the Arabics and sort of it,i personally think that is based on the author's experience and every people have their own mind.So,let me introduce you,who is Ninjabi..^_^
Who is Ninjabi?
Ninjabi comes from the combination of the terms “ninja” and “hijabi.” A hijabi is a Muslim girl that covers her hair. The term ninjabi is meant to be a fun way to refer to hijabis in the Muslim culture. The ninjabi in this editorial cartoon is a fusion of this and a Texan identity. She reflects the voice of many Muslims who have experienced discrimination and struggle with defining their identites post-9/11. Currently the cartoon appears every Tuesday in the Daily Texan.
Pretty awesome huh?^________^
Westerns always insulting and make fun of Islam by creating cartoons with jokes(you can find plenty of it when you're googling!!).They think it's hilarious,but for us,there's no way to tickle our tummy in that villain way.
So here how the author speaks for us!
You can visit her blog for more Ninjabis
NINJABI