22 July 2009

Pengalaman selama 3 hari..

Salam alayk..

Aduh,lama sangat rasanya saya tak update blog saya ni.Bukannya apa,saya dilanda penyakit malas dan tiada mood untuk update,memandangkan tiada cerita hangat lagi sensasi untuk dikongsikan.hehe..

Baru-baru ini,saya mulakan lagi travel saya berseorangan ke,urmmm...UKM,Puchong dan KL.Ye,UKM.Maaf sangat-sangat pada sahabat-sahabat yang lain kerana saya tidak memberitahu kalian saya ke sana.Masa sangat suntuk,saya bimbang tidak sempat untuk bertemu dengan semua sahabat-sahabat kesayangan saya disana.Saya punya hajat memulakan 'travel' saya ke KL ini...



Saya ada interview di Puchong pada hari isnin,20 Jul lepas.Jadi alang-alang ke KL,saya berkeputusan untuk bermalam sehari dua di UKM.Kenapa UKM?Entahlah...saya seolah-olah merasakan ketenangan yang luar biasa bila kaki saya jejak disitu.(Jangan tersenyum sinis ya wahai adikku-N****** :P) Tapi keadaan jadi sebaliknya pula apabila kaki saya sampai sana.Jadi tak tentu hala pula kepala ini.Pelik dan terkejut N****** tengok saya.Huhu..maafkan akak ye dik.Ada masanya,perangai akak ni sukar dijangka.So,inilah Aida Nadiah.Si 'pelik' yang awak labelkan akak tuh.Apelah,semuanya tentang akak,kelihatan pelik sahaja di mata awak eh...:P Takpelah,yang pelik itulah menjadikan kita sahabat karib.Betul tak?hihi..



Tak bahayakah berjalan jauh berseorangan??

Hurm...

Tak dinafikan,memanglah bahaya.Lebih-lebih lagi sebagai muslimat,kita diharuskan membawa muhrim sebagai teman apabila hendak keluar.Tapi dalam kes saya,tiada siapa yang boleh teman saya.Lagipun saya tidak mahu menyusahkan orang lain.Lagipun kalau jalan bersendirian,kita bebas untuk buat apa sahaja dan tak terikat dengan janji atau masa.

Alhamdulillah..
Temuduga yang saya hadiri di Puchong Jaya tersebut,berjaya.Tapi majikan memberi saya peluang untuk berfikir.Harus consider tempat tinggal,transport,dan sebagainya.Sekarang saya masih tempoh untuk berfikir.Patutkah saya terima tawaran tersebut.Tak dinafikan,saya amat sukakan working environment di sana dimana pekerja-pekerjanya terdiri daripada orang-orang muda sebaya saya!Friendly dan team-work pula tu..Lebih-lebih lagi,semua kerja akan saya handle sendiri.Tak seperti tempat kerja saya sekarang,majikan tak membenarkan saya untuk melawati tapak pembinaan dan bertemu dengan client.Uhh!Macam mana nak jadi interior designer yang hebat kalau seharian suntuk asyik memerap di dalam ofis dan memandang komputer 24 jam?Saya benar-benar excited apabila saya dibveri peluang untuk menjadi interior designer yang sebenar!!
Tapi,masalah terbesar saya ialah,
saya tak sanggup berjauhan dengan family saya.Terutamanya mama...:( Saya mudah sangat rindukannya.Alangkan baru di KL selama 2,3 hari,saya dah mula rindukannya.Aduh,macam mana ni....:( Saya memang benar-benar ingin kejar cita-cita saya sebagai Interior Designer.Saya sudah impikannya sejak di bangku sekolah lagi.Saya nak buktikan kepada mereka,saya juga boleh jadi hebat seperti mereka.InsyaAllah,saya perlu berkorban.Saya tak nak jadi manja dan cengeng.Mujahidah kena kuat!

Masalah kedua pula,
Bila saya dah bekerja di KL nanti,apa khabar iman saya?Macam mana dengan amal ibadah saya nanti?Saya tak akan bawa 'Interior Design' hingga ke liang lahad.Saya cuba untuk mencari tempat yang 'strategik'.Ada.Sebuah flat murah dan usang,tapi sangat berhampiran dengan sebuah masjid yang tersergam indah,di mana banyak aktiviti-aktiviti ilmiah diadakan di sana!Saya amat sukakan masjid.Saya sanggup berjalan jauh untuk ke sana.Tapi,kawasan flat ini sangat sangat sangat bahaya.Warga asing ramai menyewa di sana.Indon,bangla,nepal,pakistan,ah...sebut sahaja!Bimbang nanti jadi bahan fitnah pula apabila saya ke masjid berseorangan pula.Aduh....:(

Entahlah...beri saya masa untuk berfikir.Moga ALLAH memberi petunjuk.Ameen.

1 comment:

helang timur said...

sebenarnya..jauh tu lah mengeratkan..=p
hehe....smg bjaya..!!
slmt b`istikharah..

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...