16 February 2009

Menjejakkan kaki ke usia 22 tahun..:)





Hari ini merupakan hari lahirku.16 febuari 1987..itulah detik pertama telingaku disajikan dengan suara azan daripada seorang lelaki yang bernama abah.Dan hari ini..aku sudahpun 22 tahun berada di atas muka bumi Allah ini,meneruskan perjalanan permusafiranku sebagai hambaNya yang lemah.


Selama 22 tahun ini jugalah aku seringkali jatuh bangun sepanjang perjalananku.Adakalanya aku lelah dan adakalanya semangat mujahidah kembali menerjah.Namun ku akur itu adalah adat orang berjuang.Acapkali juga aku sering menyalahkan diriku kerna tidak tabah menghadapi ujian.Namun,jika aku menyalahkan diriku berterusan,syaitan pasti akan tertawakan,melihat seorang yang mahu mendekati Allah akhirnya imannya ketandusan.

Namun sepanjang perjalanan permusafiranku,tarikh keramat yang akan ku ingat sampai bila-bila ialah pada 2 Februari 2006 dan 10 Julai 2007.Dimana kedua-dua tarikh tersebut merupakan tarikh Allah menunjukkan kasih sayangNya pada diriku.

Pada 2 Februari 2006,itulah kali pertama aku merasakan betapa indahnya hidayah Allah.Pada hari itulah bermulanya titik pertama penghijrahanku.Ya,aku sendiri tidak sangka..tapi aku bersyukur.

Pada 10 Julai 2007,tarikh dimana Allah mengambil semula daripadaku cinta seorang lelaki yang kuanggap boleh membimbingku mendekatiNya dan Dia menggantikan dengan cintaNya yang lebih agung dan indah daripada segala cinta yang pernah kurasa.Mula daripada saat itulah aku cuba menghayati erti 'Hidayah' itu..dimana sebelum ini aku kurang menghayatinya.Indah.Cukup indah perasaan itu..tiada kata-kata yang mampu digambarkan.

Dan sekarang..Alhamdulillah.Gaya hidupku sudah jauh berubah daripada yang dulu dan aku sangat berharap agar diriku istiqamah di dalam landasan hidayahNya ini.Aku seringkali berdoa kerna aku tersangat takut kalau-kalau aku tergelincir daripada landasan hidayahNya ini.

Akhir kalam,tiada apa yang kuharapkan daripada kalian dan sahabat-sahabatku,selain mendoakan supaya 'hadiah' yang paling berharga yang menjadi impian setiap umat Islam ini terus kekal didalam nuraniku.Moga Allah terus panjangkan umurku agar aku sentiasa dapat memperbaiki diri dan mengumpul bekalan untuk perjalanan ke akhirat.Dan jikalau kematian adalah jalan yang terbaik untukku,maka matikanlah aku dalam iman dan Islam..
Amin ya Rabbal 'Alamin....

2 comments:

~najihah faizah~ said...

salam..
sanah hilwah ya gamilla..
eid milad..hehe..
smg Allah iringi setiap langkah akak..
dmudahkan urusan, panjang usia utk b` ibadah kpd-Nya..
dikuatkan hati&perasaan...
:D
la tahzan wala takhauf, Innallahama` ana..
Allahuma Ameen..

♥AidaNadia♥ said...

syukran laki ya uhkti..
dats very thoughtful of u..;)
moga doamu itu mnjdi hadiah yg berhrga di hari lahirku ini..
salam ukhuwah fillah abadan abada sis..;)

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...