25 February 2009

Berkembang lagi umat Baginda Rasulullah SAW




Baru-baru ini makcikku telah selamat seorang bayi sulungnya yang comel setelah beberapa kali mengalami keguguran.Berkat kesabarannya,Allah telah mengurniakannya seorang bayi yang sangat comel.Bayi itu beruntung kerana dilahirkan dalam suasana yang penuh islamik.Setibanya bayi dan makcikku kerumah....



mereka disambut dengan selawat ke atas nabi,ditiupkan doa ke kedua-dua telinganya dan ubun-ubunnya.Terharu dan sayu aku melihat suasana yang sebegini.Kebanyakkan yang kulihat,hanyalah bisikan.."Eh baby ni rupa sape ye?","Lahir macam mana?normal ke operate?" dan macam-macam lagi.Tidaklah aku mengatakan yang kami tidak bertanyakan soalan tersebut.Sudah tentulah itu antara soalan yang wajib,tapi dek kerana tidak sabar untuk bertanya soalan tersebut,kebanyakkan lupa bahawa bayi yang lahir itu merupakan pejuang Islam,justeru itu haruslah kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran.

Usai sesi pembacaan doa dan tahnik,kaum hawa sibuk ke dapur dan berbual dengan yang lain.Tinggallah aku yang setia merenung wajah mulus bayi itu.Tidak berkedip aku memandangnya yang lena tidur dalam pangkuan nenekku yang kupanggil dengan panggilan 'mok'(nenek sebelah kelantan).

'Comelnya....',monolog hatiku.Seperti biasa,mataku pun mula berair.Haish...entahla,terharu sungguh bila melihat seorang bayi baru lahir ke dunia.
Ku terus tenung bayi yang belum diberi nama itu.

Tak lama kemudian aku pinta untuk mendukungnya.Fuh...dah lama sungguh tak mendukung bayi baru lahir,sudah kira-kira 8 tahun lamanya!Kekok pula!

"Ha,dah boleh pegang baby tu,dah bolehlah kahwin!,"celah mok.

Terkejut aku.Aku hanya mengiyakan dengan senyuman sahaja.Tak lama kemudian bisan kami pun sampai.

Mok yang excited mendapat cucu baru itu seraya berkata kepada bisannya..
"Ni cucu awak yang nombor 1 kan?Ni cucu saya yang ke 31!",mereka tertawa.

Memang tak dinafikan,cucu mok memang ramai.Cuma cicit sahaja belum ada lagi.

"Cicit sajelah takde lagi.Tengah tunggu ni hah!",katanya sambil menunjuk ke arahku.

"Eh,akak pula..Kak long Raihan dulu,lepas tu Abe Iqi..ha barulah akak",aku menjawab selamba sambil melibatkan nama saudara-saudaraku yang lebih tua daripada aku.Alah,tua 1,2 tahun sahaja.Memang tak lama pun nak tunggu.Huhu...

Sebenarnya,memang terbit rasa kasihan bila melihatkan umur mok dan ayah sudahpun lanjut,tapi belum ada rezeki untuk menimang cicit lagi.Tapi apakan daya,cempedak menjadi nangka(?? apakah??)..haha..Biar dululah mok.InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana.....:)

Bila difikir-fikirkan,apakah ciri-ciri suami idamanku ya?
Aku bukanlah puteri raja mahupun seorang yang alim ulama'...sudah tentu aku tidak boleh demand sangat..cukuplah jika aku mengatakan sekurang-kurangnya biarlah bakal zauj ku itu...:



1.Yang paling penting...TAK MEROKOK!!Keturunan kami bukan keturunan PEROKOK!!
2.Layak menjadi imam buatku dan anak-anak.
3.Beriman dan bertaqwa kepada Allah,Rasul dan agama.
4.Dah tentulah solat tidak tinggal.Kalau selalu solat sunat,lagi bagus.
5.Pandai baca Al-Quran secara bertartil.Ni penting,supaya bila aku nak tidur atau sedang mengandung,bolehlah dia bacakan ayat-ayat suci itu untukku.Sebagai penenang jiwa.
6.Ilmu agamanya mesti lebih tinggi daripada aku.So bila aku dalam kejahilan,dia mampu mendidikku.
7.Mempunyai sifat kebapaan..
8.Kelakar dan periang.Aku ni jenis tak suka serius sangat.Takut dan bosan jadinya.
9.Pandai buat kerja rumah.Kira boleh tolerate lah..Tidaklah mengharapkan aku sepanjang masa.
10.So yang lain-lainnya:
* bila kupandang wajahnya,kuteringatkan Allah
* bila kumendengar kata nasihatnya,semangat mujahidahku membara.
* bila kupandang akhlaknya,kuteringatkan mati.

Sekian..Kalau nak ditulis banyak-banyak memang tak cukup.Jadi ini adalah antaranya.

Hmm..agak-agaknya ada lagi ke lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang kusebut itu?
Could be..Allah knows best!:)


No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...