28 February 2009

Kejutan yang mengejutkan!

Hari rabu lepas,
kawan saya telah selamat mengeposkan hadiah hari lahir kepada saya.Memang dia sering sahaja membahagiakan kawan-kawannya.Walaupun saya baru dua tahun mengenalinya dan hanya sekali sahaja bersua muka,tapi dia terlalu baik hati pada saya dan saya senang berkawan dengannya.

Saya memang tertunggu-tunggu juga,apalah hadiah yang bakal saya terima daripadanya kali ini.Akhirnya bungkusan tersebut telahpun sampai.Sebaik sahaja pulang daripada pejabat,saya terus melulu ke bilik dan mengambil bungkusan coklat di atas almari saya...

Dup..dup..
(Sebenarnya dah tau dah apa isi di dalamnya...:p saja mensaspenkan diri.Baru dramatik sikit)

Jeng..jeng..Kek kukus masam manis yang dibuat oleh dia sendiri!Kawan saya seorang ini memang terkenal dengan kepakaran memasaknya.Lebih-lebih lagi 'pembikinan' kek.Sungguh,saya pun kalah!(benci!!) Tak pernah dibuat orang kan??Pos kek?haha..saya pun rasalah keknya...
Aummm........

Kunyah lagii..
Dan lagi...
Lagi..
Emm...
NAK LAGI!!!!:D

sedap keknya..lembut sahaja...

Kepada si penghantar kek tersebut,
i would like to thank u from the bottom of my heart.
Syukran!

p/s:Maaflah tak boleh nak sebut namanya disini.Cukuplah saya seorang sahaja yang tahu siapa.:D

CONTINUE >>>

2nd hit from miza.I'm tagged!Ngee~

Describe 10 things about the person who tags me.

1. Budak comey namo miza deh.

2. kenal die mase pergi seminar perbandingan agama kat Ukm bulan 11 thn lps.Sgt kebetulan.Dah habis sesi yang pertama baru jmpe.So the next sesi,we went together-gether.How sweet...:P

3. Pernah tido kt bilik die 1 malam,tido satu katil lagi.Jgn jelos..huhuhuhu..

4. Hmm,,die ni leh dikatekan serupa je dgn sy.Got it,miza?:D

5. Gila-gila dan menggilakan.Owh mcm sy jugak!hehe

6. Nick die clover...die suke cite totally spies kot!btw,i like clover too..ahaks~

7. Ape lg ek,bru je kenal die sbnrnye..hmm..hah,die syg sgt ISI UKM die tuh..haha

8. Die pernah 'mengheret' sy menghadiri jamuan raya ISI UKM yg pd wktu tu sy langsung xdijemput dan tak kenal pon ahli2 die...huhu

9. Dia suke berusrah.Budop juruh nis..:)

10. InsyaAllah akan jumpa pada konsert nasyid bln dpn di UKM.Miza...aku rindu padamu!!!!





Describe 10 things about myself.


1. Nick saya:- Fairytopia.Tp tu nick untuk art la...Klau islamic,ayesha..heheh


2. Ex-student Limkokwing university.

3. Ada satu kelemahan:Susah nak cam dan hafal jalan.Alangkan,dalam melaka pun selalu je sesat,apetah lagi luar melaka.Slalu kene bebel dgn mama dan abah.T______T


4. Bekerja sbg Interior designer yang masih sgt mentah di Melaka.


5. Owh...sy suke sgt music box yg ade patung pusing2 kat dalam tu.Lebih2 lagi music box kat Memory Lane....Sukenye!!!!!Nak belilah...


6. Sebelum tido,sy suka pandang bintang2 yang sy tampal kat siling bilik sy..Nanti nk tambah lagi.:P


7. Tak sabar nk tggu umur 24-25thn.ngee...~ Apelah akan jadi time tu yer?


8. Kalau jalan-jalan sy suke pegang orang.Orang yang selalu sy kepit dan pegang adalah abah saya..hehe.Kalau tak dapat abah pun,adik2 saya.Diorang dah lebih tinggi dari sy,so sedaplah utk dikepit.:P Mama takleh,sebab mama terlalu 'comel'.:P


9. Sukakan buku!!Nak beli buku ape pulak psni eh......


10. Sy sebenarnya tgh sakit............sakit sgt.......... :(


10 people been tags by me.

1. Wanz

2. Mira aida

3. Azma

tu jela...mlas nk byk2...:D

CONTINUE >>>

27 February 2009

Cinta itu buta?Siapa yang buta sebenarnya?


Siapa yang buta sebenarnya?Cinta atau manusia?


Memang tak dinafikan adakalanya saya agak bersetuju bahawa cinta itu memang buta.Tapi adakalanya manusia sendiri yang buta.Buta menilai peribadi seseorang kerana tertipu dek 'cinta sejatinya',buta menilai kelemahan diri,buta melihat realiti apabila cinta mereka 'ditaburi bunga-bunga cinta'.



Lebih menjelekkan,saya pernah terbaca satu artikel mengenai sepasang kekasih yang akan berkahwin,lalu si 'buayafriend'nya(meminjam istilah saifulislam.com) mengatakan si 'gelifriend'nya itu sangat unik kerana dia tidak tahu memasak!Apakah??Inilah yang dinamakan 'buta'.Dek kerana cinta,kononnya lautan api sanggup diredah.Aduh...cubalah fikir,adakah perempuan itu masih unik dikala kamu terlantar sakit di atas katil dan tiada siapa yang akan menguruskan makan minum kamu.Jikalau dia masih unik bagimu,ya,kamu berdua memang tersangat 'unik'!

Ramai juga yang beranggapan pernikahan itu mestilah atas dasar 'i like,u like me' atau 'i love,u love me,let's get married!'.Apakah?Jadi perkahwinan itu atas dasar cinta kepada pasangan semata-mata??Bagaimana kalau cinta itu telah pudar?Adakah akan terjadi 'i hate u,u hate me,let's get divorced!'.Nauzubillah.Entahlah.

Sepatutnya bagi mereka yang sudah terlalu mencintai pasangan mereka itu berfikiran jauh.Apakah yang akan terjadi 10 tahun akan datang jika mereka berkahwin.Apakah mereka betul-betul bersedia untuk menghadapi ujian yang mereka sendiri tidak tahu apakah bentuknya?Apakah mereka sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri/ibu/ayah/anak/menantu dan yang paling penting hambaNYA?Apakah mereka benar-benar akan sehidup semati dan bertemu di syurga firdausi?Bukannya fikirkan tentang dimana destinasi percutian untuk bulan madu,mahu berapa orang anak,apakah nama yang paling sedap untuk anak-anak dan berbagai-bagai lagi unnecessary things.So pesanan saya,agak-agaklah kalau nak 'buta' sekalipun.Janganlah terus buta,kalau rabun tidak mengapa.

Saya ada terbaca artikel daripada saifulislam.com yang bertajuk 'aku dibius cinta'(kalau saya tidak silap),artikel beliau sangat bagus dan sesuai untuk menjadi renungan bagi mereka yang mahu melayari bahtera perkahwinan mahupun yang telah dibius cinta!Moga-moga ia dapat memberi kesedaran kepada kita semua termasuk diri yang menulis artikel ini.InsyaAllah..

Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:


SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

1.Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2.Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

3.Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

4.Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

5.Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

6.Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

7.Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?



SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

1.Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

2.Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

3.Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

4.Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

5.Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

6.Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?


7.Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?


Pernikahan yang terbaik adalah pernikahan yang dilakukan kerana Allah


Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

CONTINUE >>>

25 February 2009

Berkembang lagi umat Baginda Rasulullah SAW




Baru-baru ini makcikku telah selamat seorang bayi sulungnya yang comel setelah beberapa kali mengalami keguguran.Berkat kesabarannya,Allah telah mengurniakannya seorang bayi yang sangat comel.Bayi itu beruntung kerana dilahirkan dalam suasana yang penuh islamik.Setibanya bayi dan makcikku kerumah....



mereka disambut dengan selawat ke atas nabi,ditiupkan doa ke kedua-dua telinganya dan ubun-ubunnya.Terharu dan sayu aku melihat suasana yang sebegini.Kebanyakkan yang kulihat,hanyalah bisikan.."Eh baby ni rupa sape ye?","Lahir macam mana?normal ke operate?" dan macam-macam lagi.Tidaklah aku mengatakan yang kami tidak bertanyakan soalan tersebut.Sudah tentulah itu antara soalan yang wajib,tapi dek kerana tidak sabar untuk bertanya soalan tersebut,kebanyakkan lupa bahawa bayi yang lahir itu merupakan pejuang Islam,justeru itu haruslah kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran.

Usai sesi pembacaan doa dan tahnik,kaum hawa sibuk ke dapur dan berbual dengan yang lain.Tinggallah aku yang setia merenung wajah mulus bayi itu.Tidak berkedip aku memandangnya yang lena tidur dalam pangkuan nenekku yang kupanggil dengan panggilan 'mok'(nenek sebelah kelantan).

'Comelnya....',monolog hatiku.Seperti biasa,mataku pun mula berair.Haish...entahla,terharu sungguh bila melihat seorang bayi baru lahir ke dunia.
Ku terus tenung bayi yang belum diberi nama itu.

Tak lama kemudian aku pinta untuk mendukungnya.Fuh...dah lama sungguh tak mendukung bayi baru lahir,sudah kira-kira 8 tahun lamanya!Kekok pula!

"Ha,dah boleh pegang baby tu,dah bolehlah kahwin!,"celah mok.

Terkejut aku.Aku hanya mengiyakan dengan senyuman sahaja.Tak lama kemudian bisan kami pun sampai.

Mok yang excited mendapat cucu baru itu seraya berkata kepada bisannya..
"Ni cucu awak yang nombor 1 kan?Ni cucu saya yang ke 31!",mereka tertawa.

Memang tak dinafikan,cucu mok memang ramai.Cuma cicit sahaja belum ada lagi.

"Cicit sajelah takde lagi.Tengah tunggu ni hah!",katanya sambil menunjuk ke arahku.

"Eh,akak pula..Kak long Raihan dulu,lepas tu Abe Iqi..ha barulah akak",aku menjawab selamba sambil melibatkan nama saudara-saudaraku yang lebih tua daripada aku.Alah,tua 1,2 tahun sahaja.Memang tak lama pun nak tunggu.Huhu...

Sebenarnya,memang terbit rasa kasihan bila melihatkan umur mok dan ayah sudahpun lanjut,tapi belum ada rezeki untuk menimang cicit lagi.Tapi apakan daya,cempedak menjadi nangka(?? apakah??)..haha..Biar dululah mok.InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana.....:)

Bila difikir-fikirkan,apakah ciri-ciri suami idamanku ya?
Aku bukanlah puteri raja mahupun seorang yang alim ulama'...sudah tentu aku tidak boleh demand sangat..cukuplah jika aku mengatakan sekurang-kurangnya biarlah bakal zauj ku itu...:



1.Yang paling penting...TAK MEROKOK!!Keturunan kami bukan keturunan PEROKOK!!
2.Layak menjadi imam buatku dan anak-anak.
3.Beriman dan bertaqwa kepada Allah,Rasul dan agama.
4.Dah tentulah solat tidak tinggal.Kalau selalu solat sunat,lagi bagus.
5.Pandai baca Al-Quran secara bertartil.Ni penting,supaya bila aku nak tidur atau sedang mengandung,bolehlah dia bacakan ayat-ayat suci itu untukku.Sebagai penenang jiwa.
6.Ilmu agamanya mesti lebih tinggi daripada aku.So bila aku dalam kejahilan,dia mampu mendidikku.
7.Mempunyai sifat kebapaan..
8.Kelakar dan periang.Aku ni jenis tak suka serius sangat.Takut dan bosan jadinya.
9.Pandai buat kerja rumah.Kira boleh tolerate lah..Tidaklah mengharapkan aku sepanjang masa.
10.So yang lain-lainnya:
* bila kupandang wajahnya,kuteringatkan Allah
* bila kumendengar kata nasihatnya,semangat mujahidahku membara.
* bila kupandang akhlaknya,kuteringatkan mati.

Sekian..Kalau nak ditulis banyak-banyak memang tak cukup.Jadi ini adalah antaranya.

Hmm..agak-agaknya ada lagi ke lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang kusebut itu?
Could be..Allah knows best!:)


CONTINUE >>>

16 February 2009

Menjejakkan kaki ke usia 22 tahun..:)





Hari ini merupakan hari lahirku.16 febuari 1987..itulah detik pertama telingaku disajikan dengan suara azan daripada seorang lelaki yang bernama abah.Dan hari ini..aku sudahpun 22 tahun berada di atas muka bumi Allah ini,meneruskan perjalanan permusafiranku sebagai hambaNya yang lemah.


Selama 22 tahun ini jugalah aku seringkali jatuh bangun sepanjang perjalananku.Adakalanya aku lelah dan adakalanya semangat mujahidah kembali menerjah.Namun ku akur itu adalah adat orang berjuang.Acapkali juga aku sering menyalahkan diriku kerna tidak tabah menghadapi ujian.Namun,jika aku menyalahkan diriku berterusan,syaitan pasti akan tertawakan,melihat seorang yang mahu mendekati Allah akhirnya imannya ketandusan.

Namun sepanjang perjalanan permusafiranku,tarikh keramat yang akan ku ingat sampai bila-bila ialah pada 2 Februari 2006 dan 10 Julai 2007.Dimana kedua-dua tarikh tersebut merupakan tarikh Allah menunjukkan kasih sayangNya pada diriku.

Pada 2 Februari 2006,itulah kali pertama aku merasakan betapa indahnya hidayah Allah.Pada hari itulah bermulanya titik pertama penghijrahanku.Ya,aku sendiri tidak sangka..tapi aku bersyukur.

Pada 10 Julai 2007,tarikh dimana Allah mengambil semula daripadaku cinta seorang lelaki yang kuanggap boleh membimbingku mendekatiNya dan Dia menggantikan dengan cintaNya yang lebih agung dan indah daripada segala cinta yang pernah kurasa.Mula daripada saat itulah aku cuba menghayati erti 'Hidayah' itu..dimana sebelum ini aku kurang menghayatinya.Indah.Cukup indah perasaan itu..tiada kata-kata yang mampu digambarkan.

Dan sekarang..Alhamdulillah.Gaya hidupku sudah jauh berubah daripada yang dulu dan aku sangat berharap agar diriku istiqamah di dalam landasan hidayahNya ini.Aku seringkali berdoa kerna aku tersangat takut kalau-kalau aku tergelincir daripada landasan hidayahNya ini.

Akhir kalam,tiada apa yang kuharapkan daripada kalian dan sahabat-sahabatku,selain mendoakan supaya 'hadiah' yang paling berharga yang menjadi impian setiap umat Islam ini terus kekal didalam nuraniku.Moga Allah terus panjangkan umurku agar aku sentiasa dapat memperbaiki diri dan mengumpul bekalan untuk perjalanan ke akhirat.Dan jikalau kematian adalah jalan yang terbaik untukku,maka matikanlah aku dalam iman dan Islam..
Amin ya Rabbal 'Alamin....

CONTINUE >>>

15 February 2009

Mereka tak seperti yang kusangkakan...

Pada suatu hari ketika di pejabatku..
Aku tak dapat pulang ke rumah untuk makan tengahari seperti biasa kerana aku tidak bawa kereta seperti biasa dan ibubapaku agak sibuk untuk mengambilku dari pejabat.Terpaksalah aku stay di pejabat dengan tidak punya apa-apa bekalan makanan pun ketika itu.Aku buntu mahu cari makanan dimana.Kedai makan di kawasan itu semuanya makanan cina.Hm....aku pun 'berpuasa' jelah.Sudahlah sarapan pagi pun aku tidak ambil.Memang perutku sangat kosong.



"Aida,u tak balik makan ke?",tanya bosku ramah.
"Err..tak..my dad sibukla nk ambil i..Em..kat sini kedai makan melayu yang paling dekat kat mana ye?",tanyaku.
"Dari sini agak jauhla".
"Ohh...",ku menghela nafas.Jawabnya,terpaksalah aku mengikat perut.
"Aida,u minumla minuman panas.Kat sini ada Vico.Nanti i ambilkan cawan baru untuk u ya!",pelawa bosku apabila melihatkan reaksiku.

Pantas dia bangun dan carikan sudu dan cawan yang baru untukku.

"Ini ada biskut.U makanlah.Halal...",dia menghulurkan sekotak biskut padaku.
'Alahai..baiknya dia...concern sungguh dengan adab pemakanan orang Islam',monolog hatiku.

"Nanti,esok u bawalah sudu dan cawan sendiri ya.Kat sini ada maggi kalau nak makan..",pelawanya lagi.

Aku tersenyum.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 1.40 tengahari.Waktu Zohor sudahpun masuk.Aku terasa malas untuk menumpang bilik solat di deretan pejabatku.Dengan harapan yang tinggi aku harapkan bosku mengerti waktu solatku pula.

"Errr..miss.U ada tak tikar ke,carpet ke atau apa-apa sajalah untuk i alas.I nak sembahyanglah",dengan beraninya aku bertanya kepada bosku.

Memang ada ruang di belakang untuk solat.Tapi lantainya berdebu dan aku perlukan sesuatu untuk mengalasnya.

Dengan gegasnya dia bangun dan mencari apa-apa sahaja yang boleh dipakai.Pada mulanya dia memberi aku kotak lama.Aku cuba membentangnya di atas lantai sambil diperhatikannya.

"Cukup tak?",tanyanya.
"Cukup..",aku tersenyum.
"U tau tak directionnya?",tanyanya lagi.
"Tau..."
"Wah,pandai ya!"
"Eh,saya tanya orang berdekatan kat sini...."
"Eh,takpelah.I bagi u rubber tiles.Nanti bila-bila u nak sembahyang,u tak payah alih-alihkan lagi.Tapi kotor sikitlah.Nanti i bersihkan."
"Owh..ok..Takpe,biar i yang bersihkan",aku terharu sangat.

Fuh........nasib baiklah mereka understanding tentang agamaku.Alhamdulillah.
So harap-harap,esok-esok kalau aku datang ke pejabat dengan berjubah,mereka tidak kisah.Amiin...=)

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...