Salam brothers & sisters,
Sawadeekap...
Ok aku malas lah nak citer pasal berkumpul katne tunggu bas,pukul berapa bertolak dari Melaka sume tu sebab tak menarik pun.Aku citer sesudah kitorang sampai kastam thailand terus eh?Dalam pukul 9.50 pagi kitorang sampai kastam dan barisan dah panjang.Mak aih,ramai gak gi Siam eh harini?
Kalau tak isi arrival card ni,takleh masuk Thai!haaa... |
Dah settle cop passport sume,bas kitorang benti untuk have some breakfast.Ok,trip company aku ni 95% chinese.Cuma ada 5 orang je muslim.Yang lain sume laki,aku sorang je perempuan.Kiranya dalam bas tu,aku sorang je cewek yang berkerudung.Gittew.So,aku dengan the boys kene bawak haluan sendiri lah cari makanan halal.Alhamdulillah korang toksah risau.Kat Hatyai,makanan halal senang nak cari sebab ramai Muslim.Aku makan nasi daging merah dan air mata kucing,semuanya 70bt/RM7.Lebih kurang je harganya dengan Malaysia.Cuma kat sini rasa makanan dia tu lebih sikit ah baq hang!Plus,peniaga dia boleh cakap melayu lagi.haaa...
Lepas breakfast,dengan tak mandinya,kitorang terus ke tempat sejarah di Hatyai,iaitu Terowong Khao Nam Khang.Dimana dahulunya ia merupakan sebuah markas askar-askar dulu untuk berlindung.
Budak tak mandi bergambar kat pintu gerbang markas tentera,barulah real traveller kan?Gittew. |
Feeling dia sama macam aku masuk gua dulu.Nasib baik aku ni kecik,muat nak masuk.Haha. |
Sape yang ada claustrophobia tak digalakkan masuk.Kang tak keluar pulak kang. |
Siap ada bilik operation,jangan main-main. |
Dah habis melawat destinasi pertama,kitorang check in hotel.Kitorang bermalam di Lee Garden Plaza.Bertempat di bandar Hatyai dan memang tourist spot hotel ni.Sebab bas pelancong bersepah-sepah dan yang menariknya kebanyakannya orang Malaysia!So aku pusing kanan,orang Malaysia,pusing kiri,pusing depan belakang sume orang Malaysia.So kureng feel sikit ah melancong tu.Maybe kebetulan time tu ramai orang Malaysia datang kot..entah.
After check in,masa bebas.Apa lagi,aku dengan roomate aku,merangkap opismet aku,terus merayau dengan kakak dia.Kalau korang stay kat hotel ni,korang turun je bawah,berlambak-lambak gerai.Gerai makanan,gerai barangan dan cenderahati tu memang bersepah.Kitorang pun round-round lah.
Opismet aku dah berkenan kat patung yang nenek ni jual tepi jalan. |
Korang jangan ingat nampak McD je korang dah safe.Cer tengok menu dia. |
Comel je pakcik ni,dia nampak aku pegang camera terus dia lambai.Comel tuk-tuk pakcik.haha |
After merayau tu takde apa yang dapat menambat hati kitorang.Malam tu kitorang berpecah untuk dinner.Yang geng2 muslim ni makan sama-sama lah.Nasib baik ada geng,kalau lah aku sorang je Muslim,jadik lone ranger aku mencari sesuap nasi di negara orang.Memandangkan ini company trip,makanan ditanggung.Tinggal tunjuk je.Apa lagi,dah ada kat negara Siam yang memang terkenal dengan makanannya yang lazat,kitorang order lah TomYam (makanan wajib kalau datang Thai),Ikan siakap 3 rasa,Kailan ikan masin,telur bungkus,ayam goreng masak sambal.Makanlah kitorang berlima kat satu restaurant halal ni.
Oh lupa lak,dekat-dekat hotel tu,kalau korang rajin round,ada 2 restaurant halal yang aku nampak.So jalan kakilah sikit ye,bukannya jauh pun.Dalam 4min je.Harga?Lebih kurang macam Malaysia.Plus,peniaga dia boleh cakap melayu.Oh ya,kalau korang gi warung2 kat depan hotel tu,ada je peniaga yang boleh cakap melayu jugak.So don't worry lah.Dan yang paling banyak,diorang boleh speaking Mandarin!Haaa..walaupun rupa siam,tapi boleh cakap cina baq hang!
Boleh gila tengok udang dia.Satu tray ni 200bt/RM20.Ok la kan? |
Kuih muih yang unik |
Dah habis makan,aku jumpa balik dengan roomate aku.Kitorang keluar merayap lagi.Nak cari massage untuk urut badan kitorang yang sakit gila dek kerana perjalanan dalam bas yang lama.
Ha,sini aku nak citer satu pengalaman aku.Nak dijadikan citer,dekat2 hotel tu memang banyak tempat urut.Dia macam kedai lah,tapi dia urut secara terbuka dan kerusi urut tu sebelah-menyebelah macam kat Malaysia lah.Kat Thailand ni popular dengan 2 jenis urutan iaitu Oil massage dan Thai massage.Aku yang innocent lagi naif ni,dok ingat macam reflexology.Aku pun setuju je la since member aku sorang ni pon nak urut situ.Dia takyah risau apa sbb dia non-muslim.Aku dengan beraninya cakap kat cashier tu nak mintak tukang urut perempuan.
Setelah aku duduk kat kerusi urut tu,datang sorang nyonya tanya aku nak tukar seluar tak?Masa tu aku pakai jeans,so aku taknak jeans aku bau minyak angin.Aku pun tukar.Boleh pulak dia offer aku seluar pendek!Haha comel je nyonya ni.So,aku dengan sopannya cakap,"I don't wear short." Terus dia amik seluar panjang.Lepas tu dia rendamkan kaki aku dalam air panas.Lepas tu dia biarkan aku camtu je selama setengah jam!Sebab diorang macam pelik sebab aku nak perempuan je yang urut.Diorang dah bersoksek-soksek sesama sendiri dalam bahasa Siam.So,dia tolak dia,dia tolak dia.Hish,nak urut taknak ni?
Bila aku tengok orang sebelah aku,diorang urut sampai ke peha,seluar pun diselaknya,dengan dia angkatnya kaki tinggi2,tersiat sana sini...aku dah berderau darah.Seriously aku hampir nak blah dari kedai tu,tapi tukang urutnya pulak dah sampai.Matilah aku!Camne ni?*getus hatiku* Aku kene fight!Hak sebagai consumer *tetiba semangat budak ekonomi asas menjelma entah dari mana*.Terus aku bisik kat tukang urut perempuan yang datang nak urut aku tu,
"Can u speak English?"
"Yes."
"Erm..if possible,i don't want to expose my skin.Could u just put the oil like this?
(sambil tunjukkan caranya iaitu masuk kat tangan dalam seluar,so tak perlu selak-selak)
Muka dia berubah.Agaknya first time dapat customer yang ajar dia camne nak urut.Hahha.Tapi serius,orang kata iman kita akan diuji bila kita berada ditempat orang,lebih-lebih lagi bila tempat tu ramai non-muslims.Bukanlah aku cakap Thailand tak ramai muslim.Ramai je.Cuma korang faham-faham je lah,Thailand kan.....
Alhamdulillah she can cooperate.Dia tak selak seluar aku dan dia skip teknik-teknik urut yang memerlukan aksi-aksi yang kurang sopan tu.But still,aku tetap rasa tak sedap hati.Dah siap urut,dia bagi teh cina untuk menyahtoksinkan kotoran dalam badan.Since aku pilih oil massage,harganya 250bt/RM25 untuk satu jam.Aku menyesal.Tu je aku boleh cakap.Dalam hati dok maki-maki diri sendiri sebab tak tengok dulu sebelum buat keputusan.Tapi benda dah jadi,aku share dengan korang sebab aku nak suruh korang alert benda-benda ni.Bukan takde orang melayu kita yang bertudung datang berurut,ada je..cuma,tepuk dada tanya iman kita.Allah,ampunkan aku.. :'(
Aku tak cakap urut tu salah.Tapi tempat yang aku pilih tu salah.Esok aku nak try survey urut kat hotel pulak instead of kedai tepi2 jalan ni.
Selesai berurut,kitorang terus balik bilik untuk tidur.Esok nak kene bangun pagi.Maklumlah,kalau trip ikut agent ni,kita kene ikut masa dia.So bersambung ke Part 2.
No comments:
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?