19 September 2013

To HATYAI we go! -Part 2

Salam brothers & sisters,

Sawadeekap!


Pagi-pagi lagi kitorang dah dikerah untuk bangun breakfast kat hotel.Kat hotel ni diorang tak serve pork.Tapi kalau korang still was-was,makan nasi dengan sayur je lah.Buah-buahan pun ada.Selesai breakfast,kitorang ada masa bebas sebab trip kitorang akan start pukul 12 tengah hari.Berbaki lagi 5 jam.Mula-mula aku tak tau nak gi mana.Tapi ada sorang uncle company aku ni cadang suh gi pasar dekat-dekat situ sebab barang murah-murah dan macam-macam.Kitorang pon pergi naik tuk-tuk.

Sorang 20bt/RM2.Tutk-tuk ni boleh muat 8 orang sekali jalan.

Korang cakap je nak gi pasar,diorang tahu.Hanya 5 minutes away je from the hotel.Haaaa..tempat ni walaupun tak berapa nak hensem (dah nama pun pasar kan),tapi barang-barang dia,,,,mak aih.jadi gila kejap ah.Dah la banyak gila choices pastu murah-murah pulak tu.Aku sempat lah rembat beberapa barang...Kat sini,korang kene pandai tawar-menawar.Janganlah diam dan terus beli je.Rugi!hehe..Aku beli handbag jeans yang kualiti baik dengan harga 300bt/RM30,sneakers ala2 converse 200bt/RM20 dan handbag lagi yang berkualiti baik 199bt/RM19.90!!!

Sesi tawar menawar bermula.Mulut kene ringan lah.hehe

Antara barang2 yang dijual.Tak sempat nak ambil byk gambar sebab tgh rambang mata!haha

Lepas habis shopping,kitorang balik hotel dan terus berkumpul untuk ke trip seterusnya iaitu aku-lupa-nama-pantai-ni.Kat sini takde bende pon.Diorang suh kitorang turun dari bas semata-mata untuk tangkap gambo dengan statue dragon keluar air kat mulut tu je.Meh~

Minum air naga untung2 boleh sembur api lepas ni.
Ha...jangan main2 dengan aku pasni.

Destinasi kedua ialah Samila Beach,Songkhla.Kat sini ada gerai-gerai souvenir yang banyak.Aku sempat tambah lagi koleksi fridge magnet aku sebab aku tau ramai yang nak.Untunglah aku bukan pengumpul magnet kutub utara kutub selatan ni,kalau tak,sebakul aku kebas.Haha.Kat sini murah sikit 4pcs-100bt/RM10.Aku beli depan hotel aku tu 3pcs-100bt/RM10.Kalau korang tak pandai cari dan gelojoh nak beli awal2,jangan terkejut yang korang akan jumpa harga satu magnet tu 90bt/RM9!So tipsnya,sabo.Fridge magnet ni berlambak-lambak kat mana-mana.Kat pasar yang aku pegi pagi tadi pon ada berlambak.

Macam-macam bentuk ada.Saya musti pileh!

Keistimewaan pantai ni ialah statue emas ikan duyung yang ada atas batu-batu hitam ni.Kalau korang pergi time cuti,memang hampir tak nampak dah mermaid ni sebab ramai gila berebut-rebut nak tangkap gambar dengan dia.Haish,kenapalah dibuat seekor je kat tepi laut tu,kalau tak mesti takyah rebut-rebut.Kalau tak,boleh menikmati keindahan statue emas tersebut.

Nampak macam kitorang bertiga je time ni kan?
Sebenarnya kat blkg cameraman ni berpusu2 tgh amik nombor!haha

Lepas dah tengok ikan duyung emas tu,kitorang ke Khlong Hae Floating Market yang bertempat di Songkhla juga.Uniknya pasar ni adalah kerana semua peniaganya berniaga dalam sampan!Ye,sampan.Korang hanya perlu tunjuk apa yang korang nak beli,diorang akan letak kat dalam bakul dan hulur kat korang.Pastu korang letaklah duit dalam bakul tu.Comel kan?

Comel je duduk dalam sampan tu sambil menjual.Hehe

Kat sini varieties makanan tu banyak dan semuanya unik-unik.Jangan risau sebab hampir kesemua peniaga adalah muslim.Apa yang menarik bagi aku kat sini ialah air yang diorang jual isi dalam bekas tembikar.Korang boleh pilih pattern apa yang korang suka,pilih air apa (ada air kelapa,oren dan byk lagi),dan bekas tembikar tu korang boleh bawa balik.Harga pun tak mahal,20-25bt/RM2-2.50 je.Haha..aku suka!aku suka! :p

Macam2 bentuk ada,pilih mana yg berkenan

Lepas tu,aku ada ternampak kuih warna-warni bentuk buah-buahan.Presentation diorang sangat tiptop sampai berjaya membuat orang terliur walaupun tak tau apa jenis makanan kah itu.Nampak tak permainannya?Haaaa..jadi aku pun dah terpukau dengan kuih tu,aku pun beli.Murah je...20bt/RM2.Bila dah makan,errrr....intinya kacang..tapi tak menepati citarasa aku.Haha.

Nilah kuih yang aku maksudkan.Memang comel,tapi bukan taste aku kot.hoho
Ni satu benda lagi yg menarik perhatian aku,telur goreng burung puyuh.
Sumpah comel!Sebakul tu 200bt/RM2

Dah puas ronda kat setiap sampan,aku naik atas.Kat bahagian atas ni ada gerai lagi.Ha..kalau korang rasa korang ni kaki shopping,sila bawa duit banyak2 k?Kat atas ni ada jual makanan,baju,cenderahati dan macam-macam lagi.Kat sini juga terkenal dengan makanan eksotiknya seperti ulat goreng,lipas goreng,belalang goreng dan sewaktu dengannya.Ha...gerai makanan eksotik ni takde kat bahagian atas ni,korang kene jalan kaki seberang jambatan kecik kat situ.Tapi masa aku datang,gerai tu belum bukak lagi..Eloklah,kalau tak,hilang selera makan aku nanti.Tak pasal-pasal aku takleh nak menjamah tomyam thai pulak nanti,hadoinya pun!

Antara makanan yang dijual kat gerai bhg atas.Sushi Thai..sebijik 5bt/RM0.50.

Waktu malam pula,ialah waktu bebas....yeah!Tapi sebelum tu aku gi dinner dulu.Macam biasalah,dinner dengan bebudak lelaki melayu yang keje kat factory kitorang tu.Sebelum ni aku tak kenal pon diorang,alhamdulillah dengan adanya trip seperti ini,silaturrahim kitorang terjalin.But still,aku hanya tau nama sorang je daripada 4 orang tu.Keji tak aku?Dah huha-huha sama 3 hari tapi nama pun tak tanya!hahaha.Ni lauk kitorang....

Ni dinner kitorang.Asam pedas thai yg sememang berbeza dgn asam pedas kita.
Siap ada telur dadar kat dalam!haaa...

Ikan siakap 3 rasa...Yummy!

Habis makan,aku try contact Kelly roomate aku.Tapi tak dapat.Aku balik bilik,diorang takde.Ah sudah.Aku tunggu,tapi diorang tak balik-balik juga.Dahla malam terakhir kat HatYai,takkan nak lepak bilik je?Aku pon dengan berani gi jalan dekat2 hotel sorang2.Sempat jugak aku beli seluar alibaba 4 helai.2 untuk aku,1 untuk mama,1 untuk adik aku.Sehelai 250bt/RM25.Mahal ke tak eh?Aku tak sure sebab aku tak pernah beli seluar ni kat kl.Dulu first time pun beli kat Phuket.Aku suka seluar gobos ni sebab dia bapak selesa dan berangin!Dah la longgar,so aurat terjaga.

Sambil2 cuci mata sorang2,mata aku terpukau dengan benda ni.
Homaaaiiii..sexynyaaaa awak encik udang! T_T

Dah habis shopping sensorang,dengan tak lengah aku balik bilik.Selang beberapa minit baru Kelly balik.Fuh!!Aku ingat ko dah tak jumpat jalan balik sebab syok berjalan.Dah lepak2 kejap,Kelly terus ajak survey massage kat hotel ni.Aku pun ON je sebab aku tak puas diurut semalam :( Masa tu dah pukul 10 malam,diorang dah nak tutup dah.Mulanya dia nak amik 2 orang je,tapi setelah merayu,diorang boleh urut kami bertiga.Semua pilih Thai Massage.Sepatutnya 1jam setengah,tapi dek kerana dah hujung2,dapat sejam je.Jadilah....harga,300bt/RM30.Kalau kedai kat luar,200bt/RM20.Tapi aku lebih sanggup buat kat sini sebab apa?Sebab.......diorang ada private room!Dan...semua tukang urut ialah perempuan!BINGO!So kitorang berurut satu bilik.Diorang bagi baju untuk tukar.Haa...baru selesa,sebab dalam bilik semua perempuan.Nak bukak tudung pun selamat.Alhamdulillah......Bagi sesiapa yang nak tahu Thai massage tu camne,dia tak sapu minyak,cuma urutan je seperti berikut...


Sebijik macam ni keadaan kitorang dalam bilik urut tu.
Bertiga dan semua perempuan.hehe


Hahaha..amacam?Basically,korang macam bersilat lah dengan tukang urut tu.Bagus sebenarnya,sebab dia stretch kan otot dan perjalanan darah.Aku nak habaq kat hang,aku yang tak biasa berurut ni pun,puas hati dengan urutan diorang.Tak berapa nak sakit sangat lah.Hilang jugak lenguh2 kaki dan pinggang aku.Memang berbaloi dengan harga yang dibayar tuh.So pengajarannya,kena pandai cari tempat dan hati-hati,jangan main belasah je ye.Dah habis berurut,kitorang balik bilik dan terus tidur.Esoknya dah waktu pulang ke tanah air.

Kesimpulan aku untuk trip ke Hatyai kalini ialah...
1. Hatyai is a best place to shop and to hunt food.
2. Not a really good place to go for honeymoon sebab bandar biasa je pun.Takde tempat cantik.Nak honeymoon gi Phuket or Krabi ok?

Sekian.

Kapkunkaaappp..
^_^


2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...
Best nyerrr kakak pi Hatyai..FM satu..hehe:) norazhobbies

Unknown said...

Thanks babe for the souvenir!
Hehehe

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...