18 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 1)

Salam.

16 FEB merupakan hari lahir aku,aku tersangatlah jarang celebrate birthday aku.Kadang-kadang mama bake kan cake untuk aku dan celebrate dengan family,kadang-kadang aku beli kek sendiri lepastu bawak balik rumah,makan dengan family.haha..biasanya macam tu je lah kitorang anak beranak celebrate birthday.I guess,kitorang memang jenis family person.Agak jarang celebrate dengan member-member.(tapi kadang2 aku teringin gak senanya…:p).

Ok,back to the topic.For my birthday this year,I decided to celebrate it with a majlis ilmu.I went to the SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 anjuran OneHeart Creative Solution yang bertempat di PICC,Putrajaya.Seminar ni sebenarnya ada 2 hari berturut-turut.Hari yang pertama khas untuk orang single mingle dan ingin mencari jodoh.Manakala hari kedua lebih kepada orang yang dah berkahwin dan cara-cara untuk mengemudi keluarga.Tapi I went for the first day only.







Macam biasa,i went alone (sedih,aku tahu.Aku dah terbiasa sensorang je nak wat acane T_T).I drove alone from Malacca to Putrajaya.Walaupun ada perasaan takut sebab anak dara sorang-sorang,tapi kerana niat untuk menuntut ilmu lillahita’ala,I believe He’s with me and He will protect me.InsyaAllah.



Ni nak bagitahu,tak semestinya,lepas kahwin baru nak belajar ilmu munakahat ni.Persediaan hendaklah dilakukan masa single dan sebelum ada calon lagi.Seperti mana bila seseorang bertanyakan kepada bapa Imam Abu Hanifah,bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi sebegitu istimewa dan hebat?Jawabnya…




                                  "Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".



Means,cara kita live the life masa zaman remaja ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi  akhlak peribadi anak-anak kita nanti.MashaAllah!

Ok,aku nak share ilmu yang aku dapat daripada seminar tu.Aku letak point-point ringkas je supaya korang senang faham instead of letak karangan spm 3 muka surat.LOL.Bismillah…
.
.
.
.
.
.
.



SLOT 1:CARI JODOH- LANGKAH 1,2,3 oleh Ustaz Pahrol Md. Juoi.







      1. Jodoh itu merupakan rezeki juga.Seperti mana kita mencari rezeki yang lain (pekerjaan dsb.),macam tu jugalah dalam bab jodoh.WAJIB berusaha.WAJIB bertawaqal.


      2. Rezeki yang Allah beri pada kita selaras dengan tanggungjawab yang kita laksanakan.Semakin banyak tanggungjawab kita,semakin banyak rezeki yang Allah berikan.


      3.Contoh,Rasulullah menjalankan tanggungjawab Baginda sebagai seorang peniaga speenuhnya tanpa fikirkan tentang jodoh.Apabila tanggungjawab Baginda semakin besar,Allah temukan Baginda dengan Siti Khadijah r.a.


      4.Utamakan TANGGUNGJAWAB,JODOH akan datang kemudian dengan sendirinya.InsyaAllah.


5.  Langkah utk mencari JODOH: 


      a) Jadi Soleh/Solehah
-Tak mungkin kita akan dapat yang soleh/solehah kalau kita sendiri tidak soleh/solehah.
- Bila kita buat kebaikan,itu bukan tanda kita orang yang baik,tapi itu adalah USAHA untuk kita menjadi baik.
-Bila kita jadi baik,kita akan tarik orang-orang yg baik untuk mendekati kita.
b) Ikut orang yang baik
 -mintak orang tengah yang boleh dipercayai dan baik akhlaknya untuk membantu utk carikan jodoh.
c) Ikut cara yang baik
- Guna orang tengah
- Bila dah jumpa calon,selidik maklumat tentang latar belakangnya
-Istikharah
-Deal dengan ibubapa/wali

6.Bagaimana nak tahu yang dialah jodoh kita?
Bila dah diijabkabul,kita kena bersangka baik yang Allah dah tentukan jodoh yang terbaik buat kita.

7.Siapa pasangan kita sebelum kahwin itu penting,tapi siapa dia SELEPAS KAHWIN itu lebih penting.

8.Istilah "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (Surah An-Nur:26)" boleh berlaku selepas bernikah,tak semestinya sebelum bernikah sahaja.Boleh jadi lelaki kurang baik bertemu dengan perempuan kurang baik,tapi masing-masing ingin berubah menjadi baik.


9.Bila kita nak tahu yang kita dah READY untuk bernikah?
  Bila dah ada persiapan dari segi dalaman dan luaran.

a) Dalaman
- Hati : Dalam trek untuk memperbaiki diri
- Akal : Menguasai ilmu tasawuf,fardhu ain dll.
           :Tahu 10 sifat mahmudah dan mazmumah
           : Ilmu akademik (yang berkaitan dengan kerjaya)
           :Ilmu mengatur kewangan,berkomunikasi dan tahu mengatasi konflik
- Emosi : Boleh kawal perasaan.

b) Luaran
- Sumber pendapatan yang stabil
- Ada perancangan hidup

10.Perigi cari timba?
 Tidak salah.Asalkan tak melanggar syariat,adab dan akhlak.jangan malu untuk melakukan kebaikan.Mencari jodoh itu merupakan satu kebaikan.

11.Kegagalan mencari jodoh mungkin kerana Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.Teruskan berusaha.Kebaikan perlu dilakukan berkali-kali.

12.Macam mana nak kenal dengan jodoh kita?

Untuk kaum lelaki,cari perempuan yang:
- Menjaga solat
- Menutup aurat

Untuk kaum perempuan,cari lelaki yang:
-Bertanggungjawab
-Kebijaksanaan untuk memimpin rumah tangga
-Kemampuan untuk menjadi seorang pemimpin dan murabbi.

13. Perkahwinan boleh dimulakan dengan cinta,tapi TANGGUNGJAWAB yang menyempurnakannya. 
.
.
.
.
.

Ini adalah rumusan dan point-point penting daripada slot pertama.Ada 4 slot lagi!
Sila gagah untuk konsisten menghapdet blog cik aida.Bertabahlah!! ><"
WASSALAM.
 



 
 

2 comments:

Dollah Daud said...

tak da apa apa...jalani hidup seperti biasa dan sentiasa patuh suruhan agama dan nasihat ibu bapa.
Bertanggung jawab pada diri sendiri....dah itu aja. insyaallah bergolek 2 jodoh datang.

Takatoo31 said...

Chaiyok...!!!!!!!

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...