21 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 3)

Salam brothers & sisters,


Bila kita dah syok bincang-bincang pasal cinta,jodoh,kahwin dan sebagainya,kehadiran Tuan Suzardi atau dikenali sebagai Pakdi ni sedikit sebanyak mengheret kami untuk berpijak di bumi yang nyata.Cinta ya cinta juga,tapi cinta tak boleh beras,tak boleh beli rumah,tak boleh beli susu anak dan sebagainya.Duit pun nak kena ada bila nak membina keluarga.Segala-galanya adalah duit,tapi duit bukan segala-galanya.

Ok.Slot untuk ketiga kali ini bertajuk.......



   SLOT 3: FULUS OH FULUS oleh Tuan Suzardi Maulan


1. Duit yang kita ada itu amanah Allah.Gunakan ia dijalan yang benar.

2. Punca utama golongan muda muflis,berikut adalah purata anggaran:
    a) Bisnes     14,327
    b) Rumah    14,327
    c) Peribadi  15,299
    d) Kereta    29,338  

3. Cari pasangan yang sekufu financial IQ.Maksudnya,yang sama-sama tahu bagaimana nak uruskan kewangan.Uji mereka dengan soalan-soalan seperti ini:
   a) Sanggup tak kalau kita pakai kereta cabuk dulu?
   b) Sanggup tak kalau duduk rumah biasa-biasa dulu?
   c) Sanggup tak kalau kita jangan kumpul hutang dulu?

4.Kereta dan rumah adalah liabliti yang patut kita elakkan dalam masa 7 tahun pertama kita bekerja kerana ini merupakan punca utama hutang. *Ok..wow.ya,aku terasa. 

5. Kawal perbelanjaan kecil-kecil kita seperti "NGETEH" pagi petang.Walaupun nampak macam RM4-5 je habis,tapi bila dikumpulkan secara minggu,bulan dan tahun,kita boleh save ribuan ringgit!

6.Perbelanjaan walimatulurus,lakukan yang wajib dan sunat sahaja.
     "Mahukah kita menjadi raja untuk SEHARI,tetapi menjadi hamba bank untuk 10 TAHUN?"

7. Pelaburan hartanah,suami disyorkan memiliki sebuah rumah dan isteri sebuah rumah sebagai aset.

8.Kaum isteri harus belajar BERDIKARI.Cara hidup sekarang dipenuhi dengan berbagai konflik (perceraian dsb.)

Well,untuk slot 3 ni,point agak kurang sikit yang aku dapat catat sebab ia lebih kepada teori dan banyak carta-carta.Kalau korang nak tahu lebih lanjut,korang boleh visit website pakdi sendiri di http://www.pakdi.net/


 SLOT 4: SEBELUM AKU BERNIKAH oleh Tuan Hilal Asyraf

1.Ubah definisi cinta dunia masa kini,iaitu bila bercinta mesti pegang tangan,berdating,tengok wayang etc.

2.Jika Allah tak redha,itu bukan cinta yang kita cari. 

3. Sebelum bernikah,kita harus berusaha untuk ke arah itu.Berusaha itu mengubah diri.Berusaha untuk menjadi lebih baik.Berusaha untuk mendalami ilmu rumah tangga.Bila kita ada usaha untuk mempersiapkan diri,itulah sebenarnya TANDA CINTA.

4.Rumah tangga itu ibarat sebuah binaan,sebelum membinanya,kita harus menggunakan asas yang kukuh.Bila asas sudah kukuh,ia takkan dapat merobohkan bangunan yang kita bina.

5.USAHA terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
  a) Spiritual
  b) Material
  c) Mental

6.Sebelum mengambil keputusan untuk bernikah,kita harus melihat bagaimana hubungan kita dengan Allah dahulu.Jika hubungan dengan Allah pun tidak terjaga,bagaimana kita mahu mengemudi sebuah keluarga?

7. Kita akan hidup dengan manusia lain.Dia ada keluarga.Dia ada minda.Dia ada jiwa.Yang lain...

8.Lelaki kena pandai uruskan hal kewangan.Harus ada plan dan back-up plan kerana anda bukan sendiri lagi.Anda akan mula memikul tanggungjawab.

9.Bila anda jatuh cinta,pause dulu.Tanya diri sendiri,benarkah itu cinta atau sekadar nafsu semata.Untuk beristikharah,hati anda kena neutral.Kalau hati dan minda asik terkenangkan 'si dia',maka tak gunalah istikharah anda kerana anda memang akan nampak 'si dia' sahaja. 

10.Perkahwinan itu bukanlah seperti yang digembar-gemburkan di dalam novel dan drama di TV. 
Perkahwinan bukan kayu magik yang menyelesaikan masalah. Bahkan, perkahwinan adalah gerbang kepada alam rumahtangga yang punya 1001 masalah baru di dalamnya. 
Masalah-masalah ini bukanlah bala. Tetapi sebagai ujian bagi peningkatan diri dan tapisan iman buat manusia.

11. Love is everything that brings you closer to Allah and whatever brings you further from Allah is NEVER love.
 
Ok sekian untuk episod kali ini.Eceh episod bagai...haha.Alhamdulillah tinggal satu slot je lagi..Tunggu...!:)
  

1 comment:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...