26 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 4-FINAL)

Salam brothers & sisters,



Sorry sebab lambat update part 4 ni.Weekend biasanya busy.Hehe.Anyway...dah bersedia untuk slot yang terakhir?Jom...Bismillah...



SLOT 4: KAU DAN AKU BERBEZA: I DRIVE, U BACA PETA.
Panelis: Ustaz Ubaidillah dan Puan Wardina Safiyyah.
Moderator: Tuan Amin Idris

1.Sebelum kahwin,lelaki harus berlatih cara untuk memahami kerenah perempuan.Cuba keluar dengan ibu atau kakak sekali-sekala.Teman mereka untuk shopping atau ke pasar.Bantu mereka buat kerja rumah.Ini kerana supaya nanti kita sudah terbiasa dan tak terperanjat dengan kerenah perempuan. He he he he
 
2.Ingat,bila kita berkahwin,matlamat kita bukan untuk bertanding dengan pasangan kita.Nak tunjuk siapa lebih hebat,siapa lebih pandai,siapa lebih terer masak dan sebagainya.Kita berkahwin untuk menerima kebaikan dan keburukan pasangan kita.

3.Dua hingga lima tahun pertama perkahwinan merupakan proses untuk mengenali pasangan kita.Dalam tempoh ni kita akan diiuji dengan bermacam-macam hal.Time tu kentut pun dah tak bau wangi lagi.

4.Lelaki harus lebih banyak memberi daripada menerima.

5.It is better for you to GIVE first rather than you EXPECT first.

6.Appreciate the similarities and respect the differences.Perbezaan antara lelaki dan wanita itu merupakan satu rahmat,lagi banyak perbezaan,lagi banyak rahmat.Cuma kita harus tahu bagaimana untuk meraikannya.

7.Hubungan yang baik tak kan terjadi sendiri.Ia memerlukan usaha,iman dan taqwa.

8.Komunikasi itu penting dalam sesebuah perkahwinan.Suami adalah tempat isteri mengadu dan begitu juga sebaliknya.Selagi mana isteri tidak meluahkan apa-apa kepada sumai,bermakna si suami belum lagi menjadi a good listener for her.

9.Dalam perkahwinan,suami isteri harus kreatif untuk meluahkan rasa cinta kepada pasangan.Sebagai contoh,melalui kata-kata..(puisi pujangga etc.),melalui sentuhan,melalui sifat tanggungjawab (tolong buat kerja rumah etc.)

10.Jangan berhenti berkenalan dalam rumahtangga, nescaya kamu tetap hangat bercinta.

11.Para suami,jikalau kalian tidak mempunyai sekelumit rasa cemburu bila melihat isteri kalian bermesra-mesraan dengan lelaki lain,maka anda boleh digelarkan dayus.

12.Remember,marriage is a REALITY not a FANTASY. 

13. Don't wait for the right person to come,be the right person instead.Berusahalah untuk menjadi,bukan mencari.



Alhamdulillah tamatlah sudah pengisian-pengisian yang aku dapat catat sepanjang Seminar Baitul Muslim 2.0 yang berlansung di Putrajaya pada 16 feb 2013.Mana yang bermanfaat,kita amalkan sama-sama.Mana yang terkurang,aku minta maaf sebab kadang-kadang aku lost focus jugak dalam seminar tu.Lebih-lebih lagi slot yang terakhir ni sebab dah malam dan penat.My bad.Huhu.Tapi secara keseluruhan,aku puas hati dengan isi-isi aku dapat daripada seminar ni.SERIUS!

Untuk pengetahuan korang,Seminar ini adalah siri yang kedua selepas berjayanya seminar untuk siri pertama tahun lepas.So,aku sarankan,lepas ni kalau ada lagi seminar ni...insyaAllah,joinlah.Timbalah ilmu.Biarlah orang nak kata gatai ke apa..Gatai-gatai kita pun kita infaqkan ke jalan Allah.Ye dok? ^_^ Jom tengok respons peserta-peserta yang hadir ke Seminar Baitul Muslim 2.0 ni..



Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...