24 July 2008

GRADUATION OF INTERIOR DESIGN DIP. COURSE

Sabtu ini (26 Julai 2008),merupakan tarikh konvokesyenku. Wah,akhirnya!!Setelah 3 tahun saya hidup bergelumang dengan macam2 ujian kat Limkokwing University itu,akhirnya tibalah masanya untuk saya melambaikan tangan kepadanya.Tak dinafikan,selama 3 thn saya study sini,macam2 pengalaman saya dapat. To be honest,saya rasakan kehidupanku di Limkokwing bagaikan langkah2 penghijrahan buat diri saya.

Apa yang saya dapat sepanjang saya berada di Limkokwing?

Jawapanku ialah....Macam-macam!!betul!macam-macam jenis orang saya jumpa,berbeza bangsa,rupa,agama,kekayaan,perangai,fesyen...ish macam-macamla.Kalau nak cerita,esok pun tak habis.Siapa yang pernah ke sana, mungkin tahu apa yang saya cuba maksudkan. Tak dinafikan juga saya pernah terkena Culture Shock bila di sana. Alhamdulillah saya sedar cepat,kalau tak....tak tahulah.

Dari segi pelajaran pula,at least i got a picture what Interior Design actually is!Although i think i still need to learn a lot. Duit pun banyak melayang..Well i have to admit that my course is quite costly. Tapi tak mengapa,perjuangan.

Persediaan untuk konvo?

Tak tahulah. Banyak rakan2 saya yang SMS menanyakan,

"Grad nanti u nak pakai baju apa?"

"Hmm..nak pakai apa lagi?Jubah i je la..huhu.", jawabku.

Penting ke pemakaian masa konvo nanti?Nak kena shopping ke untuk baju baru?To be honest,saya memang teringin sangat pun nak shopping baju baru.Tapi abah saya tak benarkan,takkan saya nak memberontak pula kan?Beli kain buat tudung je la.Baru juga kan?Tudung baru.hehe..

Besok, (25 Julai 2008), rehearsal kami. Tak sabar sungguh!:P Doakan saya berjaya 'menaiki pentas dan menyambut segulung sijil tu ye"!hehehe..salam

1 comment:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...