23 October 2008

Interior Design + Islam = ?

Isometric of my final project



Entah kenapa tiba-tiba dapat idea nak gabungkan minat aku dalam seni or rather i say interior design dengan Islam..Memang dah terfikir dari dulu pun sebenarnya.Sejak final sem lagi.Projek aku pun masa tu aku buat 'Chinese Islamic Art Gallery'.Tapi ciri-ciri keislaman tu kurang diterapkan dek kerana lecturer aku reject design aku.Katanya tak semestinya kena masukkan ciri-ciri islamik dalam bangunan islamik.Entahla...aku pun tak faham.Ikut je la katanya,dah dia yang akan bagi markah kat aku.huhu...Sir Ramesh...how are u ya?Mesti seronok dengan wife baru dia..Newly weds la katakan..hehehe:P

Aku dah suarakan hasratku kat abah dan mamaku...



Mula-mula kaget juga mereka.Masakan tidak,daripada kos seni aku nak ambil kos agama pula.Jauh bezanya!Tak semena-mena aku kena brainwash dengan abahku...huhu...Katanya dia tak kisah aku nak ambil kos agama,nak sambung degree,nak pergi Mesir,nak jadi ustazah sekalipun...tapi dia minta aku supaya tetapkan matlamat hidup.Dia tak mahu aku terkeliru atau tangkap muat je.Dia lah yang bagi idea kat aku supaya gabungkan Seni dengan Islam tu..Kebetulan aku memang teringin nak ambil kos Al-Quran dan Sunnah(tak tau la jadi atau tak..ada rezeki atau tak..InsyaAllah,doakanlah),so aku terfikir sebuah idea untuk menghias sesebuah ruang mengikut Al-Quran dan Sunnah.Biasa orang dengar Feng Shui,kali ini aku nak tunjukkan Islam pun ada caranya tersendiri.Contohnya,susun atur perabot,kaki katil jangan menghadap ke kiblat,warna kegemaran Nabi,ruang solat,pengudaraan,'sungai yang mengalir di bawahnya' dan banyak lagi lah!Tapi masalahnya sekarang ialah,kat mana aku nak ambil kos tu?Requirement dia kena ada bahasa Arab pula tu!aduh...aku mana pernah sekolah agama..so aku kenalah ambil kursus bahasa Arab dulu.Itu pun belum tentu dengan sijil tu akan melayakkan aku untuk ambil kos tu.Payah juga ya.Agak-agak bila lah aku boleh ambil kos tu..Macam lama lagi je...

Sambil-sambil itu aku puas cari kerja.Banyak juga tempat Interior Design yang aku dah pergi.1 interview aku dah tempuhi.Well,aku hampir dapat kerja tu,tapi dia memerlukan seseorang yang boleh buat 3Dmax pula..Aduh,aku tak punya skill tu!So,dia suruh aku pergi belajar dulu,then baru datang jumpa dia semula.Agak-agak korang,aku dapat tak kerja tu?huhu...Wallahua'lam..
So sekarang ni,plan aku nak belajar 3Dmax,Bahasa Arab,kerja,ambil dip Al-Quran dan Sunnah dan InsyaAllah sambung degree dalam kos Interior Design.Fuh...plan sikit punya baik!Boleh tercapai ke tak nih...entahlah,.cuba je lah!:D

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...