Salam...
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi,minggu ini sudah pun masuk minggu kedua saya berkhidmat sebagai junior Interior Designer.Bila ditanya apakah perasaan saya,hmm bercampur baur sebenarnya.Tapi sebenarnya saya bersyukur sangat sebab saya dah pun penat diiktiraf menjadi penganggur berkaliber selama 5 bulan selepas saya menamatkan pengajian.Bukan tak cari,tapi belum rezeki.Penat juga cari,sampai putus asa pun ada.Tapi nasib baik ada teman-teman yang meniupkan semangat kembali.Bukannya fed-up apa pun,geram dengan kebanyakan majikan yang kerap mahukan pekerja yang sudah berpengalaman.Kalau semua mahukan yang berpengelaman,sampai bila fresh graduates yang baru nak menceburkan diri dalam bidang pekerjaan nak timba pengalaman,jika tidak diberi peluang??Tapi saya positifkan diri sahaja.Setelah sekian lama,barulah Allah beri peluang pada saya untuk menunjukkan bakat yang tak seberapa ini ke dalam bidang pekerjaan.
Bila dah jejakkan kaki dalam alam pekerjaan ini,lain pula cabaran dan dugaannya...
Saya sebenarnya dah pun expect dan get ready dengan ujian-ujian sebegini.Ujian apa?Hmmm...imej penampilan saya.Ramai yang menganggap,imej seperti saya ini hanya sesuai untuk bagi yang bertugas sebagai seorang Ustazah sahaja.Manakala bidang Interior Design atau apa-apa sahaja yang dikategorikan bidang seni ini,imej yang sesuai adalah yang trendy,up-to-date and bla..bla..
"Pakaian kita mencerminkan peribadi kita!",pernah seseorang menyuarakan pendapatnya kepada saya.
Saya setuju.Habis itu,kalau berjubah dan bertudung labuh ini tak dapat nak mencerminkan peribadi kita kah?Burukkah peribadi seseorang yang berimej sedemikian?
"Kau kenalah pakai pakaian yang sesuai sikit sebab bidang kau ini memerlukan komunikasi dengan orang.Apa kata mereka bila melihatkan kau berpakaian sebegini.Silap-silap kau susah nak dapat kerja!",pernah seseorang memberitahu saya.
Terkejut juga apabila mendengarkannya.Begitu ekstremkah manusia zaman sekarang?Sampai imej dan keterampilan pun boleh menjadi aspek untuk 'judge' seseorang?Jujur saya katakan,sedikit pun saya tidak gentar dengan kata-kata beliau.Saya akan buktikan bahawa muslimah berjubah dan bertudung labuh juga mampu mendapat tempat untuk menjadi golongan intelek,bukan hanya tersekat dalam satu bidang sahaja.Jangan anggap kami ketinggalan hanya kerana imej kami yang dikatakan superstitious dan ketinggalan.Hakikatnya pasti ada sesuatu yang berharga dalam diri kami yang tidak ramai sedari.
Memanglah majikan saya tidak pernah menyuarakan tentang imej saya sepanjang saya duduk satu pejabat dengannya..Alhamdulillah.Lagipun,saya pun tahu bila masanya dimana saya patut menyembunyikan iman saya.Saya akan mengenakan baju kurung tiap kali saya ke pejabat supaya dia tidak merasa kekok dengan saya.Tetapi,jika ditakdirkan satu hari nanti dia menyuarakan sesuatu tentang imej saya,saya akan cuba perjelaskan satu demi satu kenapa saya berimej sedemikian dan saya ingin membuka mindanya yang pakaian itu hanyalah kain yang menutupi tubuh seseorang,bukannya untuk diadili.Jika dia tidak dapat menerima,saya dengan rela dan ikhlasnya akan berundur.Saya tidak seakan sekali-kali menukar imej saya hanya kerana atas permintaan orang!Tidak sama sekali!Inilah manusia sekarang,kalau kata-kata bos,selalu sahaja dipatuhi.Kalau kata-kata 'Bos' kita yang Maha Agung itu,jarang sekali dipatuhi.Saya harap Allah sentiasa melindungi dan menguatkan iman saya.Saya tak naklah jadi orang yang cakap tak serupa bikin.
Ok,sepanjang 2 minggu saya bekerja,terasa ingin berkongsi dengan kalian apalah yang telah saya 'kerjakan'..:P Well,projek pertama yang diberi adalah untuk men'design' sebuah wardrobe.Mula-mula itu nervous sangat hingga ketandusan idea.Tapi saya cuba relax je..Huhu..Projek kedua pula saya diarahkan untuk men'design' sebuah bilik seorang gadis remaja Cina.Seronok juga bila diberi peluang untuk kita design menggunakan idea kita sendiri.Memandangkan sekarang market dah jarang pakai hand drawing lagi untuk present design,jadi kenalah draw pakai komputer pula.3DMax Rendering Software namanya.Saya pun baru lagi belajar,so takdelah nampak real sangat bila saya render.Tapi tak kisah,saya akan belajar daripada bawah.So doakanlah saya supaya dapat mencapai impian saya untuk menjadi seorang (IID)Islamic Interior Designer ya! :)
29 January 2009
Dunia pekerjaan yang penuh pancaroba
28 January 2009
Islam tidak mengharamkan seni
Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.
Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit.
Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. Din al-Islam meliputi agama kebudayaan, maka dengan sendirinya kesenian merupakan sebahagian din al-Islam. Ia juga diturunkan untuk menjawab fitrah, naluri atau keperluan asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan kesenangan.
Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf, ayat 31-32)
Perhiasan Allah menggambarkan unsur-unsur keindahan yang disediakan oleh Allah kepada hamba-hambanya di samping unsur-unsur manfaat yang terdapat pada makanan yang baik.
Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai. Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.
Menurut buku The Hutchincon Encyclopedia, 1977 Edition, seni secara umumnya bermaksud semua proses dan produk kemahiran manusia, imiginasi dan ciptaan iaitu sesuatu yang berlawanan dengan sifat semulajadinya. Di dalam penggunaan semasa, seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia bertujuan supaya keindahan itu dapat melahirkan rasa dihargai, mengembirakan dan menyenangkan hati.Seni di dalam Islam merupakan persoalan mendatang, tumbuh dan berkembang subur bersama perkembangan budaya menerusi ruang zamannya selepas melalui siri pembentukan. Penyesuaian dan penghalusan yang selaras dengan nilai Islam.
Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain. Kesenian bukanlah sesuatu yang mati, tetapi ia merupakan sesuatu benda yang hidup dan bernafas dengan mekarnya, rasa yang tumbuh dalam sanubari manusia dari satu masa ke semasa. Melihat keindahan sebagai sesuatu yang menyenang, menyeronok dan menghibur adalah didasarkan pada tanggapam lahir di bawah martabat nafsu yang rendah sifatnya. Manakala yang melihatnya dari sudut hakikat yang filosofik dan metafizik maka ia sebagai realiti yang mutlak. Tahap ini bukan melihat keindahan bukan semata-mata melalui keindahan mata dan pengalaman indera lahir tertapi melalui mata batin, iaitu melalui akal dan jiwa yang dapat menikmati keindahan yang hakiki. Tanggapan ini adalah saluran yang boleh membawa kepada hidayah Allah mengenali bahawa keindahan itu adalah realiti sifat Allah yang hakiki. Di dalam hal ini, Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi.
Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)
Konsep kesenian mengikut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir dari satu proses pendidikan bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Seni Islam ialah seni yang bertitik tolak dari akidah Islam dan berpegang kepada doktrin tauhid iaitu pengesaan Allah dan seterusnya direalisasikan dalam karya-karya seni. Ia tidak bercanggahan dengan akidah, syarak dan akhlak. Perbezaan di antara seni Islam dengan seni yang lain ialah niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung di dalam sesuatu hasil seni itu. Ini berbeza dengan keseniaan barat yang sering mengenepikan persoalan akhlak dan kebenaran. Tujuan seni Islam ialah untuk Allah kerana ia memberi kesejahteraan kepada manusia. Dengan ini, seni Islam bukanlah seni untuk seni dan bukan seni untuk sesuatu tetapi sekiranya pembentukan seni itu untuk tujuan kemasyarakatan yang mulia, itu adalah bersesuaian dengan seni Islam. Kesenian Islam dicetuskan dengan niat untuk mendapat keredaan Allah sedangkan kesenian yang tidak berbentuk Islam diciptakan untuk tujuan takbur, riak, menaikkan nafsu syahwat, merosakkan nilai syarak dan akhlak. Karya seni dikehendaki mengandungi nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak, atau paling tidak bersifat neutral iaitu bebas daripada sifat negatif. Jika sekiranya terdapat nilai-nilai negatif walaupun yang menciptakannya itu beragama Islam, maka ia terkeluar daripada kategori seni Islam.
Seni Islam mestilah mempunyai hubungan dengan pandangan wahyu Islam yang mempengaruhi seni secara langsung dan seluruh seni Islam umumnya. Seni Islam terpancar daripada wahyu Allah iaitu al-Quran dan hadith nabi. Ia bererti bahawa seni harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyuNya. Tanpa kedua-duanya maka ia bukanlah kesenian Islam. Seni Islam bukan sahaja diciptakan oleh orang-orang Islam tetapi kerana ia berlandaskan wahyu ilahi. Sehubungan dengan itu, Sayyid Qutb menjelaskan bahawa Islam tidak anti seni. Ia telah meletakkan, menambahkan dan menyempurnakan aprisiasi dan nilai-nilainya, guna terciptanya aprisiasi dan nilai-nilai baru yang berdaya mampu menambahkan rasa seni yang kreatif membentuk kesenian Islam.
Oleh:Mohd Rumaizuddin Ghazali
http://www.mindamadani.my/content/view/100/3/
CONTINUE >>>
26 January 2009
Saidatina Rabiatul Adawiyah
Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..
KISAH 1:
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."
KISAH 2 :
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.
"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."
KISAH 3 :
Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"
Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.
"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.
CONTINUE >>>
12 January 2009
Tears of blood
Dear my Muslim relatives,
This kid is trying hard to rescue his dying mother consequent of the violent Zionis!
Try to put yourself in his shoes..
What will the mother's last word to her son before she close her eyes?
What is his feeling at this crucial moment?
What is going to be with the kid in the future without his mother beside?
Will people hear his low mournful heart?
Will the world hear his tiny heart begging only for justice?
What is wrong with humans nowadays?
Don't they have sense of humanity to these innocent people and kids?
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada Mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin"
Al-Aqsa in DANGER!!
10 January 2009
SAVE PALESTINE!!!
05 January 2009
Si tukang jahit yang berjiwa Islam
Petang Isnin(5.1.09) memberi seribu makna buatku.
Pada asalnya,aku hanya mahu menempah sepasang baju kurung buat diriku.Tetapi,dengan takdir Allah,aku temui 'sesuatu' yang baru.Aku bertemankan ibuku pergi ke rumah si tukang jahit.Ini kali pertama aku ke sini tetapi ibuku pernah kesini untuk bertanyakan tentang tempahan.Pada mulanya,dia kelihatan enggan untuk menerima tempahanku memandnagkan jadualnya yang sangat padat.Tetapi setelah dipujuk ibuku,lembut juga hatinya untk menerima.Sewaktu aku dipanggil untuk mendapatkan ukuran badanku,si tukang jahit itu bersuara...
"Awak ni sekolah agama ke?",tanyanya apabila melihatkan aku mengenakan tudung labuh dan berT-shirt labuh.
Aku terdiam.Sudah biasa mendengarkan orang berkata,asal tudung labuh dan baju labuh,pasti sekolah agama!Tapi kalau nak diikutkan aku ni biasa-biasa sahaja.
"Taklah",aku tersenyum memandangnya.Dengan harapan dia dapat mengubah pandangannya bahawa tak semestinya orang yang bersekolah agama sahaja boleh memakai yang labuh-labuh.
"Zaman sekarang ni susah nak tengok orang bertudung labuh,awak pula suka",katanya tersenyum sambil memandang ke arah ibuku.
Aku hanya tersenyum.Bimbang kalau-kalau dengan kata-kata pujiannya dapat menimbulkan perasaan mazmunah dalam hatiku.
"Makcik,lengan tu nanti buat butang ye!",kataku.
Dia memandang tepat pada anak mataku.Kemudian dia terus setuju.Usai sesi pengukuran badan,kami berbual-berbual.Si tukang jahit itu tak habis-habis memujiku,aku hanya tersenyum biasa saja.Tersangat bimbang jadi lain pula.
"Anak makcik pun pakai baju dan tudung macam awak juga.Anak makcik sekolah agama",beritahunya.
"Kadang-kadang anak makcik yang tegur cara pakaian makcik yang terkadang agak tak sesuai.Bukannya apa,dulu makcik tak sempat merasa nak melaram baju lawa-lawa.Sebab asik mengandung je.Makcik pula alahan pada mekap dan baju-baju cantik ni.Lepas dah melahirkan yang bongsulah baru makcik baru boleh melaram.Itupun,baru nak melaram,anak-anak dah tegur makcik",ceritanya panjang lebar.
Aku dan ibuku tertarik dengan ceritanya,lalu kami biarkan dia sahaja yang bercerita.
"Makcik dulu bekas sekolah agama.Pakaian makcik dulu serupa macam kamulah.Cuma bila habis belajar tu,makcik tukar imej makcik.Bukannya apa,makcik asal dari Sabah.Tahu-tahu jelah macam mana keadaan Islam kat sana.Anak-anak dara semua berseluar pendek.Makcik pun terikut-ikut.Tapi Alhamdulillah makcik dapat suami yang baik,makcik pindah Melaka.Tapi makcik macam ni sahajalah",terangnya lagi.Kata ibuku,suaminya mengajar kanak-kanak mengaji.Baguslah.
"Bila anak-anak makcik dah tegur makcik,makcik baru tersedar.Sebelum ini,suami selalu juga menegur,tapi makcik endahkan.Tapi bila anak-anak yang tegur,makcik rasa malu pula.Cuma makcik dapat beritahu mereka,tunggulah mungkin umur makcik dah sekian sekian baru makcik pakai semula pakaian labuh.Tapi baguslah kamu yang tak pernah bersekolah agama ini mahu memakai tudung dan pakaian labuh.Tak perlu susah-susah ibu untuk mendidik.Nanti makcik pun nak asuh anak makcik pakai tudung macam awaklah",katanya sambil membelek-belek tudung labuhku yang kujahit sendiri.
"Anak makcik seorang sahaja perempuan.Dia lah aset makcik.Makcik nak didik dia dengan didikan agama supaya dapat jadi bekal di akhirat kelak.Hanya itu sahaja yang makcik mampu",katanya lagi.
"Makcik ambil tempahan orang untuk menjahit ini pun dah dikira berbakti kepada orang juga.Besar pahalanya,makcik!",aku memujuknya.
"Itulah.Lepas ini makcik kalau boleh dah tak nak terima tempahat yang dikira bersubahat".
Bersubahat?Apa maksudnya?
"Makcik dah tak mahu ambil upah orang-orang yang kainnya jarang tanpa lining,kain belah dan macam-macam lagi fesyen yang mendedahkan aurat.Makcik akan terima kalau yang ada lining sahaja,kalau tak,makcik tak nak.Lepas ini,makcik akan ambil tempahan baju kurung sahaja",meluahkan azam barunya padaku.
"Baguslah macam itu makcik.Berdakwah melalui kerja yang makcik lakukan.Mudah-mudahan rezeki yang makcik terima diberkahi Allah",aku mendoa untuknya.
"Saya sukalah anak awak.Susah nak tengok orang yang pakai macam ini,berstoking lagi.Sejuk perut mak mengandung.Makcik nak jadikan awak idolalah!",katanya bersungguh-sungguh.
Ibuku tersenyum memandangku.
Aku kaget!Tersentak.
IDOLA?
Layakkah aku menjadi idola buat dia dan anaknya?
Masih ada orang yang sudi menjadi diriku sebagai idolanya walaupun aku masih banyak kekurangan.
Terasa mahu dakap erat si tukang jahit itu kerana diselubungi rasa terharu yang teramat!
"Awak teruskanlah pakai macam ini.Dah akhir-akhir zaman ini,macam-macam boleh berlaku.Makcik pun rasa takut sangat dan harap makcik boleh bertaubat secepat mungkin",si tukang jahit memberi galakan kepadaku.Aku merasakan kata-katanya itu suatu semangat untukku untuk cuba istiqamah tambah-tambah lagi selepas ini aku akan melangkah ke alam pekerjaan.Dugaannya mungkin lebih mencabar kerana majikanku seorang Cina.Bolehkan dia menerima gaya penampilanku ini?Kata-kata si tukang jahit tersebut membakar lagi semangatku untuk terus berjuang.
Kami pun meminta izin untuk pulang memandangkan pelanggan yang lain tiba untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Sebelum melangkah keluar dari rumahnya,aku sempat mendoakan supaya Allah sudi mencampakkan hidayahNya kepada si tukang jahit tersebut.Moga rezekinya melimpah ruah.Amin....