21 Mac 2009.
Dengan pantas aku menggalas beg pakaianku dan terus keluar daripada office untuk ke Melaka Sentral.
'Ah,tak sabarnya!!',getus hatiku riang.
Dek kerana tak sabar untuk berjumpa rakan-rakan di UKM,aku tukar tiket basku daripada jam 3.30petang kepada 2 petang.Tersenyum riang aku menaiki bas tersebut.
Sepanjang perjalanan,aku mengakui aku agak tidak familiar dengan segala perjalanan dan tempat bas dan KTM.Tapi kerana semangatku berkobar,aku sanggup redah.Terasa aku bagaikan bertempur di medan perang pula.Kadang-kadang terasa bagaikan seorang 'bagpackers' pula.Melancong dan berjalan ke tempat orang tetapi tidak tahu arah dan hanya bertanyakan orang.Macam 'Explorace' pun ada juga.Tapi yang penting,i enjoyed my journey.Berjalan jauh seorang diri ini memang pelbagai cabarannya.Sudah banyak kali aku lakukannya.Memang seronok.
Tapi yang paling tak dapat dilupakan ialah aku merasakan seolah-olah seperti 'mas fahri',watak didalam Ayat-Ayat Cinta apabila aku menaiki KTM.Beliau juga kerap menaiki train untuk ke kuliah.Tambahan pula MP3 Player ku mengalunkan lagu-lagu Sami Yusuf.Ah,sangat masyuk!
Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan,akhirnya aku selamat menjejakkan kaki ke bumi UKM.
'Hmm...bumi UKM yang memberiku 1001 makna dan kenangan.Sungguh aku rindukannya'.Aku tersenyum sendiri.
RINDU TERUBAT
"Salam Nazirah sayang,awak kat mana?akak dah sampai ni...",aku terus menelefon sahabatku.
Tidak lama kemudian,kelibatnya ku nampak.Kami terus berkejaran dan berpelukan.Ceh,macam cerita tamil pula.Tapi itulah hakikatnya,aku terlalu rindukannya.Rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan,miza,azma,dayah dan lain-lain lagi yang kukenal semasa Seminar perbandingan agama sewaktu ketika dulu di UKM ini.Sungguh,kenangan tersebut akan selamanya terpahat dalam hatiku.
Kemudian dia membawaku ke biliknya dan memperkenalkan dengan roomatenya.Seronok betul kehidupan di kampus.Kenapalah aku tidak berpeluang merasainya.Tapi aku dapat tumpang pengalaman orang pun tidak mengapa.Kemudian riuh kolej Tun hussein onn dengan muslimat-muslimatnya yang sedang sakan bersiap untuk ke KONSERT DIMENSI KESENIAN ISLAM II.Ya!Itulah tujuan utamaku datang ke sini.Untuk menyaksikan konsert islamik ini yang pertama kalinya aku hadiri.
Seronok betul bila melihatkan 'dress code' kami semua seakan-akan sama dan seragam sahaja.Bertudung labuh,berjubah,berbaju kurung,berstokin tangan dan kaki.Ah,sungguh aku rindukan 'keadaan' ini...Sungguh!Sejuk mata memandang.
'Ish,ni kalau muslimin UKM masih tak jatuh hati kat muslimat UKM ni,tak tahulah',getus hati nakalku.
Sejurus itu kami terus ke DECTAR dimana Konsert tersebut diadakan.Tak sabar sungguh rasanya.Setibanya di DECTAR,aku bertemu semula dengan rakan-rakan yang pernah kujumpa sewaktu Seminar dahulu.
Rindu terubat. Tangan berjabat erat. Tubuh dirangkul kuat. Melepaskan rindu kesumat. Sungguh indah ukhuwah yang terikat.
Dengan harapan ukhuwah berakhir hingga ke akhirat..
Aku ditemani hidayah pada malam ini.Memandangkan nazirah sibuk menjadi AJK.Lampu pentas sudahpun berkelip-kelip menerangi pentas.Hadirin-hadirat semakin ramai memenuhi dewan.Sedang aku leka melihat-lihat muslimin muslimat yang berpusu masuk ke dewan,tiba-tiba telefon berdering.
"Akak kat mana?",tanya miza.Seorang lagi sahabat yang sangatku sayangi.
"Akak duduk kat tengah-tengah.Awak kat mana?"
"Ha,saya dah nampak akak!".
Kami terus berpelukan.Ya Allah,rindunya aku pada insan yang bernama Miza ini.Sangat!
Tapi memandangkan dia juga sibuk,jadi kami hanya bertemu sementara.Aku ke tempat duduk semula.
Kemudian,tiba-tiba datang seorang muslimat menyapaku.
"Aida kan?"
"Kak siti!!",aku separuh menjerit.
Ya Allah,terima kasih padaMU kerana akhirnya kau pertemukan juga kami berdua memandangkan selama ini kami hanya 'bertemu' di alam maya sahaja.
Terus aku mempelawanya untuk duduk disebelahku.
Kumpulan nasyid UKM memulakan majlis dengan permainan alat muziknya.Hebat!Kemudian diiringi dengan kumpulan NICE dan seterusnya DEVOTEES.Aku agak mengharapkan lagu Mahar Cinta daripada mereka.Tapi aku faham ia tidak berkaitan dengan konsep untuk malam ini iaitu PALESTINE.Ku kuburkan sahaja harapanku.
Kemudian kumpulan FAR-EAST memulakan persembahan.Mantop!Vokal,harmoni dan sketsa yang sangat hebat.Kemudian mereka menyampaikan 'killer song' mereka iaitu Menanti di Barzakh.Aduh!Sangat menyentuh kalbu.
Akhir sekali kumpulan IN-TEAM muncul.Seronok!Mereka menyampaikan lagu-lagu baru mereka.Namun aku sangat mengharapkan mereka mendendangkan lagu favourite saya sepanjang zaman iaitu Rabiatul Adawiyah.Tapi hampa.
Usai konsert,aku mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-sahabat.Aku keluar daripada DECTAR untuk melihat apa yang dijual di luar.Ada sesi autograf dan jualan cenderahati.Terjumpa azma si muslimat yang comel.Lama sungguh tidak jumpa.Kami berpelukan.Tidak lama kemudian mataku terpaut kepada sesuatu.Aku mendekatinya.Hendak pegang,tidak boleh.Dengan mengharapkan bantuan seseorang,aku hanya berdiri di depannya.Tiba-tiba aku terlihat kelibat nazirah.Aku bergegas mendapatkannya.
KISAH SI PENG'OBSES' PINK DAN ISI HATINYA
"Akak!!Akak pergi mana?Saya cari akak tau",rengeknya.
"Akak try call awak tak boleh pun.Akak pun cari awak..."
"Telefon saya rosak.Mintak maaf kak.Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu sangat kat akak",sambil dia memelukku erat.
Aku membalas pelukannya.
"Nazirah,akak nampak sesuatu",aku menariknya ke arah 'benda' itu.
"Laailahaillallah....",dia hampir tertawa.
"Akak nak,tapi akak tak bawak duit sekarang.Pakai duit awak dulu boleh?",aku merengek manja.
"Akak nak ke?Takpe,pakai duit saya dulu."
"Ada tafsir dia sekali tak?"
"Ada...",setelah dia membelek-belek Al-quran berserta tafsir yang berwarna pink itu.
Ya,Al-quran berwarna pink!Sangat jarang.Tambahan pula aku memang obses dengan warna tersebut.
Akhirnya Al-Quran pink itu erat di dalam genggaman tanganku.
Aku berasa puas,seperti kanak-kanak yang telah 'disumbat' dengan aiskrim setelah puas merengek.
Dectar yang tadinya penuh,semakin lama semakin kurang.Namun aku terpaksa menunggu nazirah sehingga habis kerjanya.Meskipun keletihan sepanjang hari ini,namun kugagahi diri kerna aku tahu peluang ini sangat berharga.
Kemudian nazirah 'mengheret' aku kedalam dectar.
"Bukan lama boleh jumpa akak ni tau"
Kami duduk bersama.Berpegangan tangan seperti sepasang kekasih yang sedang 'memadu cinta'.Dengan tidak semena-semena,segala masalah yang terpendam dihati,dicurahkan kepadanya.Memang sudah lama kupendam.Dek kerana terlalu lama,hatiku telah pun dikotori dengan noda-noda hitam.
'Nazirah...insan yang berada disisimu ini sudah tersangat lemah!',jerit suara batinku.
"Kak,kenapa Allah uji kita?Sebab DIA tau kita boleh menghadapi dugaanNYA.Akak kena kuat,jangan risau.There will be a reward for you!",dia meniupkan kata-kata semangat.
"Akak tak tau,it seems so hard....I nearly forgot who i am,dear.I'm not strong as before.I'm terribly weak right now eventhough i always motivate myself."
"Kak...tak.Jangan cakap macam tu....."
Lidah kami terkelu.Hanya linangan air mata meneruskan bicara.
Ku sandarkan kepala dibahunya dengan harapan dia merasai beban yang kupikul selama ini.Beban yang aku sendiri cipta.Ah..sungguh aku khilaf dan hina!
"That's why i am happy to have friends like you and others here.Akak mengharapkan kawan yang sentiasa berada disisi akak sepanjang masa.Bukannya setakat 'berkawan' di usrah-usrah ataupun kem-kem motivasi,selepas itu tamat.I'm hoping for more.A friend that always remind me if i'm lost.Without them,akak tak tahu samada akak masih dijalan lurus ataupun jalan kegelapan...",sambungku lagi.
Kelu.Dia memelukku erat tanda memberi semangat.Ya,sebagai sahabat,mereka hanya mampu memberi semangat,selebihnya,terserah kepada kita sendiri.Aku mesti berjuang!
Kemudian,dia terpaksa menyambung tugasnya semula.Aku menunggu sehinggalah jam 1.15 pagi.Penat tapi berbaloi.
Perut yang sedari tengah hari tadi berbunyi,kuiisi dengan seketul burger daging yang dibeli di kafe kolej tun hussein on.
NAZIRAH TERPAKSA PERGI
Keesokannya,Nazirah terpaksa pulang ke rumah abangnya kerana sepupunya bertunang.Mahu tak mahu aku terpaksa melepaskannya.Aku menemaninya hinggalah kelibatnya hilang.
'Sekejapnya masa yang diperuntukkan,adikku..',monolog si hati sendirian.
Kemudian aku pulang ke biliknya dan berbual-bual dengan roomatenya yang baru kukenal semalam.Kami sudahpun mesra bagaikan sudah lama berkenalan.Emma namanya,dan seorang lagi temannya..ahh..aku lupa namanya.Maafkanku.Seronok berbual dengan kalian berdua!Kami membincangkan tentang isu 'kahwin muda' dengan tidak semena-mena.Memandangkan si Emma yang sudah membuka cerita yang adiknya-berusia 19/20tahun sudah pun berkahwin.
"Kalau orang yang kahwin muda ini,bilakah masanya mereka membalas jasa ibubapa mereka?terutama perempuan?"
"Kalaulah si isteri dan si suami masih menuntut di Universiti,dari manakah mereka peroleh duit belanja untuk mengadakan kenduri kahwin?"
Ah..macam-macam soalan yang aku tanya kepada mereka.Jawapan mereka boleh diterima pakai juga.
"Awak kahwinlah aida.Awak dah bekerja!",tiba-tiba Emma bersuara.
Terbeliak biji mataku.
"Err...tengoklah."
Tanggungjawab sebagai anak,lebih-lebih lagi anak sulung ini pun belum terlaksana,inikan pula mahu membina tanggungjawab yang baru.Agak rumit untuk difikirkan hal ini.Tetapi,jika tanggungjawab itu dapat dikongsi dan diringankan bersama dengan seorang insan yang bernama suami,aku tiada masalah.Memanglah aku punya niat ke arah itu..
Tapi,sejak kebelakangan ini,hatiku seolah-olah....
Ah..aku malas hendak melayan perasaan.Lantakkan sahaja.Tawaqal sahaja padaNya.He knows best!
BERTEMU KAK MARIAM
Selesai solat zohor,aku mengucapkan selamat tinggal kepada Emma dan temannya.Perjalanan harus diteruskan.Kali ini destinasiku ialah bertemu Kak Mariam yang menghuni di Kolej Aminuddin Baki.Aku sebenarnya tidak punya idea langsung di manakah kolej Amin itu.Namun ku redah sahaja.Malu bertanya sesat jalan.
Alhamdulillah,aku selamat tiba.Dari jauh kulihat kelibat seorang muslimah yang berjubah serta bertudung labuh berwarna hitam.
'Memang tak dinafikan,Kak Mariam memang cantik dan ayu.Selama ini aku lihat wajahnya disebalik skrin sahaja.Akhirnya,hari ini bersua muka.',monolog hati.
Kami terus ke kafe dan makan tengahari bersama.Banyak juga yang kami bualkan.Maklumlah,first time bertemu..Kemudian,aku kebiliknya.Comel sungguh biliknya.Tapi,masa kesuntukan.Aku kena bergegas mengejar waktu basku ke melaka.Lalu ku mohon izin untuk pulang.Tangan berjabat.Entah bila boleh bertemu lagi.
PERJALANAN PULANG YANG KELAM-KABUT!!!
Jam sudahpun menunjukkan jam 3.15petang sewaktu aku menaiki bas dari UKM untuk ke KTM.Tiket bas ke melaka jam 5petang.Aku cuak.Sedang aku leka di dalam bas,tiba-tiba aku merasakan perjalanan ke KTM itu terasa seperti jauh.Lantas ku tanya sis di sebelahku,
"Stesen KTM dah lepas ke?"
"Stesen KTM yang tadi tu...."
"Astaghfirullahal'azim!!!!",aku memegang kedua belah pipiku.
Aku melulu turun dari bas.Aku terlepas sampai ke Kajang!Aku panik dan buntu.Tiba-tiba mataku kabur.Dalam fikiran hanya ada,"ABAH,TOLONG!!"
Namun ku tarik nafas dalam-dalam dan ku bertanya orang sekeliling.
Ah,aku kena tunggu rapid lagi sekali.Namun kelibat bas tidak ku lihat.Jam sudahpun menunjuk pukul 3.45petang!Mati aku!Sudahlah terlambat!Terlepas pula!
Tiba-tiba teksi datang.Aku tanpa berfikir panjang,terus naik.Setibanya di KTM,train ke Seremban berlalu pergi dengan selamba di hadapanku tanpa sempat aku mengejarnya.
Terasa ingin mahu menjerit!AKU SUDAH LAMBAT!!!!Terpaksa tunggu train 4.08petang.
'Ahh..mati aku.mati aku!Nak sampai ke seremban sekurang-kurang 1jam.Mati!!Mesti tak sempat!',aku dah cuak yang teramat sangat.Takut terlepas bas,mahu aku tidur di stesen bas seremban malam ini.
Dalam suasana genting itu,aku banyak berdoa.Minta-minta sempat.Akhirnya,aku hanya bertawaqal.Kalau sempat,sempatlah.Kalau tak sempat,biarlah!Bila sudah bertawaqal,terasa tenang sedikit hati.Lalu wajahku kembali tenang.
Indah sungguh tawaqal ini.
Setibanya KTM,aku terpaksa berdiri,memeluk tiang besi,dengan muka yang pucat lesi dan kecewa.
'Aku tak mahu tengok jam lagi.Buat panik sahaja.Apa nak jadi,JADI!'
Setibanya di Seremban,kutoleh jam ku.Pukul 4.50petang!!
Subhanallah,aku masih punya masa!Thank You Allah!!!
Aku berlari ke Stesen Bas yang jauhnya kira-kira 10minit untuk sampai.Namun dengan kuasa Tuhan,aku hanya mengambil masa 5 minit!Dengan nafas yang tercungap-cungap dan muka pucat lesi,kuhulurkan tiket kepada konduktor bas.
"Hah,akak baru nak cari awak.Bas dah ada dah.Cuma tinggal seorang lagi ini",kata konduktor tersebut.
"Kak...sa...ya...per..gi....be...li...a....ir...du.........lu...ehh...",aku bersuara dengan nafas tersekat-sekat.Penat sekali!!
Apabila naik sahaja bas,aku terus terjelopok.Kakiku sudah lenguh dek kerana dari Kajang tadi aku berlari-lari mengejar masa.
KESIMPULAN
Perjalananku ke UKM sangat mengujakan.Namun,selain menghadiri Konsert Nasyid dan bertemu dengan rakan-rakan,aku punya tujuan lain yang agak penting.Tetapi,nampaknya Allah tidak mempermudahkan urusan itu buatku.Aku redha sahaja kerana aku tahu pasti ada rahmat dan hikmah di sebalik ujianNya ini.Aku telah berusaha,selebihnya aku hanya berserah padaNya.
Aku juga merasakan aku masih seperti dulu,sifat-sifat yang ingin aku terapkan dalam diri masih ada.Cuma memerlukan lebih penghayatan daripada diriku sendiri.Aku dapati 'the value of me' is still there.I'm not losing it,i'm just losing my confidence.Therefore,i have to work harder.Harap-harap Allah tiupkan semula semangat mujahidah didalam hatiku.Amiin...
Apa-apapun,jika ada peluang dan kesempatan lagi,aku teringin sekali untuk kembali ke bumi UKM lagi.Tetapi kali ini,aku merasakan aku hendak cuba membawa kereta pula.Mencabar diri sendiri yang memang terkenal dengan kelemahan untuk mengecam dan menghafal jalan.Bahkan,jalan-jalan di dalam Melaka pun belum cam lagi.Selalu sahaja sesat.Hmm..pasti seronok perjalanan yang seterusnya nanti..yang penting,aku kena sediakan duit yang banyak untuk mengisi petrol dan membayar tol-tol yang mungkin aku tak perlu lalu,tetapi aku lalu juga!!
Wassalamm.......:D