Assalamualaikum
Sudah hari kedua kitorang ada kat Phuket.Harini,pepagi lagi
kitorang dah bangun siap-siap nak ke Phi Phi Island.Kitorang takde swimming suit.Pakai je apa yang
ada.Sebelum pukul 8am,kitorang dah tunggu kat lobby.Sampai je minibus,kitorang
terus masuk dan adalah beberapa pelancong2 lain yang sama trip dengan
kitorang.Sampai ke pier dia,kitorang ditampal satu sticker atas baju.Untuk
differentiate kan trip.Kitorang dapat green sticker.Yelah,bukan main ramai yang
nak ke Phi Phi Island tu rupanya.Sesak jugak la pier tu.
Inilah pacuan kami yang mengambil kami dari hotel terus ke pier.Minibus katanya.Memang selesa!
Kitorang ditampal sticker hati berwarna hijau.Kebetulan matching dengan baju iols kan?Ahaks!
Bila semua dah ada kat
situ,tour guide dia bagi rough information for today’s trip.Kita kesana akan
naik speedboat.Disebabkan speedboat ni laju dan akan ada loncatan dan gelora
paradigma,kitorang dibekalkan pil untuk mengelakkan seasick.Aku sebenarnya pun
tak tahu aku seasick atau tak,sebab tak pernah naik bot,so aku amik jela.Kang
buatnya termuntah atas bot,jatuh saham lak kang.Haha.Selain itu,trip harini ada
aktiviti swimming dan snorkeling.Yes!Snorkeling,memang dah lama teringin nak
try.Kitorang akan dibekalkan life jacket dan goggle secara free,Cuma kalau nak
flippers,kena sewa 100bhat/RM10.Adoi,tapi kalau tak ambik kang,takut terpijak poison coral kat
dasar laut tu.Terpaksalah ambik.