21 December 2012

Dunia baru aku.

Salam brothers & sisters,

Sesungguhnya mengupdate blog adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.Memerlukan ketabahan dan konsistensi betul.Blergh~

Anyway.Apa khabar korang semua?(berangan konon-konon ada orang baca blog ni).Seperti title di atas,DUNIA BARU.Apa maksudnya?Cer teka?Kalau korang sebut kahwin..aku akan kata "Meh..takde benda lain ke dalam kepala korang?".Dunia baru yang dimaksudkan ialah dunia....

OUTDOOR SPORT!

Sebelum aku mula story,aku nak tegaskan.Niat aku berkongsi cerita ini adalah untuk mengajak korang untuk cuba benda baru/outdoor sports juga.Tiada niat langsung untuk mendabik dada.Takde apa yang nak dibanggakan sebab aku pun baru bertatih.Masih mentah.

Ok,back to story.Ya.Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh terjebak dalam dunia yang agak berisiko ni.I guess,semuanya gara-gara ramai kawan aku dah kawin,jadi aku diantara yang masih single ni termanggu-manggu sorang-sorang tak tau nak buat apa.Oleh kerana buntu dan agak kesunyian (ecece),tiba-tiba wujud satu perasaan nak cuba benda-benda yang sebelum ni aku tak pernah cuba.Mula nak mencabar diri sendiri.Yelah,sebelum aku disunting dan bakal menggalas tanggungjawab yang lebih berat,time yang masih solo dan takde komitmen ni lah masa yang sesuai.Tiba-tiba aku teringin nak jungle trekking.Sebab masa aku sekolah dulu aku pernah ikut camping.Oleh kerana rindu untuk pijak lecak,hirup udara segar dicelah-celah hutan belantara,aku mula mencari mana-mana aktiviti yang aku boleh join.Aku mana ada contact,serius tak tau nak cari camne.Takkan nak ikut camp sekolah adik aku pulak?Memang tak lah!



Nak dijadikan cerita,aku saja walling member childhood aku dulu yang ada kat KL.Sebab aku ternampak album dia ada join aktiviti-aktiviti macam ni.So aku tanya lah mana tau kot-kot aku boleh join.Kebetulan pulak ada satu group kat FB ni ada buat aktiviti hiking kat Gunung Irau,Cameron Highlands.Aku pun apalagi,memang girang tak terkata lah.Hoyeah!Hoyeah!Tapi aku tak tau sebenarnya ada perbezaan antara hiking zaman sekolah dengan hiking zaman dewasa ni -_-' Aku pun terjah lah.Apa lagi.Memang girang tak terkata.Siap beli barang-barang yang tak patut sebagai persediaan.Hadoi,ko ingat ko ni gi berkelah ke hape nadia?
Bila dah sampai site,memang happy.Sebab sebelum ni kalau ke Cameron dengan family,asik gi ladang teh lah,ladang strawberry lah..sekarang sampai untuk tujuan lain pulak.Hihi.Bila dah start hiking,humangai!Tak tercapai dek akal ku.Dahlah persediaan dari fizikal tak cukup,dari mental lagilah,NEGATIF!jadi malu dengan diri sendiri.Tu lah,orang nak hiking,dia nak hiking.Padahal ready pun tak!Hiking zaman sekolah dulu setakat jalan lenggang je dalam hutan.

Yang ni kena panjat sini,terjun sana,paut sana,terkangkang sini.Hamik!Luckily,group hiking yang aku ikut tu sangaaaaat sporting dan humble.Tak pernah nak menunjuk dengan ilmu yang diorang ada.Terasa macam diorang pun baru bertatih macam aku,padahal segala jenis gunung diorang dah pernah naik.Nama gunung yang aku tak pernah tau kewujudannya pun diorang dah pernah redah.Memang bagus lah attitude diorang ni.Aku jadi selesa terus bergaul diorang.Padahal memang tak kenal siapa-siapa pun kecuali kawan childhood aku tu.Tapi aku tak menyesal.Sebab pengalaman itu tersangat-sangat berharga.

Bila melihatkan indahnya ciptaan Tuhan,lupa sekejap sakit penat semua.Subhanallah!

Antara ahli kumpulan hiking.Tengoklah pakaian diorang dengan aku.Macam berlenggang je aku ni kan? T_T

 Lepas ni,i won't hesitate to try something new.Menurut pemerhatian aku setelah bergaul dengan budak-budak outdoor ni,diorang bukan sahaja dapat membina keberanian dan kesihatan fizikal.Tapi kesihatan daripada segi pemikiran juga.Rata-rata diorang ni adalah positive thinker dan open minded.Yelah,outdoor/extreme sports ni banyak bermain dengan psychology dan mentality.Kalau korang ada tubuh badan yang sasa sekalipun,kalau mentality korang negatif,takkan berjaya juga.Aku adalah seorang yang paranoid dengan benda yang aku tak biasa.Jadi aku nak keluar daripada kepompong and start to live my life.Setidak-tidaknya bila aku dah tua nanti,aku boleh kenangkan apa benda-benda yang aku dah buat masa muda-muda dulu.Amat menyedihkanlah kalau masa muda ni,aku hanya layan movie,main facebook,twitter dan youtube je.Terasa tak?:p LOL

 (d) and (e) are checked.(c) insyaAllah next year

Seperti yang termaktub diatas,aku memang dari sekolah suka list down kan apa yang aku wish kan.Kali ni,benda-benda ni pula dalam wishlist aku.Kalau sebelum ni,MP3 lah,purse Roxy lah,kasut Vincci lah.Haha.Sangat typical woman kan aku ni?:p Alhamdulillah Alhamdulillah jungle trekking dan mount climbing dah merasa.Tahun depan insyaAllah paragliding pula.Bagi mengambil semangat,aku pun men'tak malu'kan muka pergi tengok group paraglide kat seremban tu.Yelah,nak tengok gak camne.Aku dah sign in nama weh,kalau tak tau apa yang perlu di'prepare' kan nanti payah lah!Aku taknak ulang silap aku masa hiking dulu.Wuwuwuw.


Masa tengok diorang nak take-off,hati aku dah membuak-buak.


First time tengok orang paraglide depan mata.Cantiknya!Subhanallah.

Antara outdoor sports lain yang pernah aku cuba pula ialah...(tak banyak pun,boleh dikira dengan jari.Sekadar nak share dengan korang pengalaman baru aku)

First time try Wall climbing.Wargh!I guess this sport is not meant for me T_T

Kayaking and Parasailing at Phuket.Ya,i think water and air sport is for me kot.Kehkeh.


Fizikal,mental dan psychology aku masih tak sehebat diorang.Masih ada lagi yang negatif.Masih banyak lagi yang aku tau.Masih banyak lagi nak kena belajar.Perasaan takut-takut masih ada lagi.Tapi itu bukan penghalang.Tidak.So far,aku rasa best sebab aku dapat cabar diri sendiri.Next,insyaAllah my biggest dream is....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 SKYDIVING!
(berani ke tak,belakang cerita la!memanglah cuak,terjun kapal terbang tu weh!wuwuw)

Serius,skydiving tak pernah termasuk dalam wishlist aku.Aku ni sebenarnya boleh dikatakan gayat.Bagi aku,skydiving ni memang ketua segala ketua,ibu segala ibu outdoor sports ni!Nak tau macam mana boleh tiba-tiba muncul minat nak cuba benda ni?Semuanya bermula daripada video ni,diorang telah mencabar naluri kewanitaan aku!Wargh..aku benci diorang!Aku benci diorang! >_<

.
.
.
.
.
.
.

Cambest je diorang 'berenang' kat udara tu.Aku pun nak gak!
  

Personally,aku rasa aktiviti-aktiviti macam ni dapat memberi kita motivasi dan membina tahap keyakinan diri.Yelah,kalau pergi kem-kem motivasi memang dapat menaikkan semangat kita.Outdoor sport ni kira kelas praktikal la pula.Kita praktikkan apa yang kita belajar daripada semua teori yang kita dah ada.Benar.After aku turun daripada gunung irau tu,suddenly aku dapat lihat dunia daripada skop yang berbeza!Segala masalah-masalah aku ada,aku boleh hadapi dengan tenang.Sebab,kalau gunung yang susah nak daki tu pun kita dah berjaya conquer,insyaAllah masalah-masalah yang mendatang nampak kecil je.Sebab mind and soul kita sudah dicabar dan direfresh!Macam tu lah impaknya.So bayangkanlah diorang-diorang yang setiap minggu naik gunung,panjat batu,terjun langit semua tu,setiap minggu mind diorang direfresh dan dibersihkan semula.Hasilnya,minda yang POSITIF! *tabik spring sungguh dengan diorang ni!*

Scientists suggest, the key to happiness from money is spending your money on experiences instead of possessions. 


 Jadi,hargai hidup anda dan cubalah sesuatu yang baru.Cabar diri anda.InsyaAllah,you won't feel regret because at lease you've tried!

 Wassalam. 
^_^

2 comments:

Anonymous said...

sorry tgh cri page extreme sport jmpa page awk...
awk active lg ke???
sy pn bru nk m'cba...thn 2014 ni awk xde ke join mn2 group tuk wat aktvti mcm tu lg...
klo ade sy nk join skali...hehehe

Fairytopia said...

hi anonymous.

selamat dtg ke dunia extreme.alhamdulillah masih aktif lagi..:) but i would prefer to call myself as a beginner walaupun dah setahun setengah masuk dlm dunia outdoor sbb saya pun xlah selalu sgt ikut xtvt.bila ada masa je,sbb sy jadual bekerja sy yg agak packed :)

awk minat sports yg mana?
hiking?climbing?kayaking?pragliding?saya boleh recommendkan klu ada apa2 event..
btw,boleh saya tau nama awk? ^^

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...