16 September 2012

Phuket Trip: Day 2 (9 September 2012)

Assalamualaikum


Sudah hari kedua kitorang ada kat Phuket.Harini,pepagi lagi kitorang dah bangun siap-siap nak ke Phi Phi Island.Kitorang takde swimming suit.Pakai je apa yang ada.Sebelum pukul 8am,kitorang dah tunggu kat lobby.Sampai je minibus,kitorang terus masuk dan adalah beberapa pelancong2 lain yang sama trip dengan kitorang.Sampai ke pier dia,kitorang ditampal satu sticker atas baju.Untuk differentiate kan trip.Kitorang dapat green sticker.Yelah,bukan main ramai yang nak ke Phi Phi Island tu rupanya.Sesak jugak la pier tu.

 Inilah pacuan kami yang mengambil kami dari hotel terus ke pier.Minibus katanya.Memang selesa!

 Kitorang ditampal sticker hati berwarna hijau.Kebetulan matching dengan baju iols kan?Ahaks!

 Bila semua dah ada kat situ,tour guide dia bagi rough information for today’s trip.Kita kesana akan naik speedboat.Disebabkan speedboat ni laju dan akan ada loncatan dan gelora paradigma,kitorang dibekalkan pil untuk mengelakkan seasick.Aku sebenarnya pun tak tahu aku seasick atau tak,sebab tak pernah naik bot,so aku amik jela.Kang buatnya termuntah atas bot,jatuh saham lak kang.Haha.Selain itu,trip harini ada aktiviti swimming dan snorkeling.Yes!Snorkeling,memang dah lama teringin nak try.Kitorang akan dibekalkan life jacket dan goggle secara free,Cuma kalau nak flippers,kena sewa 100bhat/RM10.Adoi,tapi kalau tak ambik kang,takut terpijak poison coral kat dasar laut tu.Terpaksalah ambik.



Memang pandai korang nak cari duit kan?Takut-takutkan orang dengan poison coral,orang terus berpusu-pusu nak sewa 
-______-'

 Ha..pilih..pilih..mau kaler ape?size ape?

Bila dah habis taklimat,kitorang diarah untuk ke bot masing-masing ikut colour sticker.Speedboat ni boleh muat maximum 50 orang.So,yeah.Here goes nothing.Bila dah ada atas boat tu,memang best.Angin dah la kuat.Bertambah pula dengan effect ubat seasick tadi,aku longlai.Mata dah jadi semakin kuyu.But at the same time,aku enjoy bila boat tu berlawan dengan ombak.Best gila,macam naik rollercoaster pulak.Siap aku buat bunyi “Weee…weee….!” lagi sebab excited.Tak tahu lah sebab aku dah high ke akibat effect pil tersebut.Memang berkesanlah ubat tu!

 "Ok,stiker oren naik bot ni.Stiker ijo naik bot sana...!"

 Para penumpang dalam speedboat.Bermacam bangsa,omputih,korea,pakistan dll

 Ini ialah R.A.Y.Tour guide kitorang.Dia nak bitau yang ikan-ikan ni makan kulit pisang sebenarnya.Hehe

Lebih kurang 45minit,kitorang sampai ke pulau.Tempat untuk snorkeling.Subhanallah,airnya menghijau.Boleh Nampak ikan dan coral dalam dasar laut tu.Selama ni tengok dalam gambar-gambar je.But today,I witnessed it with my own EYES!Bila dah diberi green light untuk kami start snorkel,aku dengan eksitednya menyarungkan life jacket dan goggle.Aku tak pernah pakai goggle yang untuk snorkel ni.Agak terkial la.Nak sarung flippers pun rasa pelik,dah rasa macam kaki mcdonalds pun ada.Bila pelancong2 lain dah mula terjun,aku pun ajaklah mira dan MayMay.Diorang suruh aku jalan dulu.Aku macam cuak sebab first time babe.I dunno nothing.But aku belasah je.
Keceplush!!! 

Aku terjun.Aku terus masukkan muka ke dasar laut.Cuba untuk bernafas pakai goggle tu.Baru 2,3 kali bernafas,air yang maha masin dah masuk dalam hidung dan mulut.Terus aku keluarkan muka.Mungkin sebab panic,aku jadi lupa untuk imbangkan badan aku dalam air walaupun aku dah ada life jacket.Terus aku terkapai-kapai.Ray dah nampak aku dari atas bot,terus dia cakap “It’s ok ma’am.It’s ok”.”I got water in my mouth and nose!”,aku bitau dia.Terus aku naik atas bot balik.Kelu tak terkata dan terus capai air untuk minum.Masin dan perit sangat rongga pernafasan aku.Aku tanya MayMay camne senanya nak pakai goggle ni?Mira ajar aku masukkan benda pernafasan tu betul2 ke dalam mulut dan gigit.Leh…aku gi masukkan macam aku hisap puting je.Patutlah.Bila dah ok sikit,aku try lagi.Aku tanak give up.Dah bayar mahal babe!Kali ni MayMay terjun sekali.Bismillah.Keceplopp!Aku terjun lagi.Sekali lagi,air masuk dalam mulut aku.”Aku rasa ada something wrong la dengan goggle aku ni.”,aku cakap kat MayMay.Ah,biarlah.Aku teruskan snorkel,walaupun aku hanya boleh bernafas dalam air 2,3 kali je.Sebab confirm kalau lebih daripada tu,air masuk hidung dan mulut.After 30mins,kitorang dipanggil masuk boat balik.

 Aku tak sempat ambik gambar masa snorkeling.Aku google je.Macam nilah pemandangannya bila aku menyelam.Ikan berlegar-legar je depan mata aku.Nak sentuh aku takut.:p

 Crystal clear!That's all i can say.Maha suci Allah.

 Next destination,Phi Phi Island.Dalam beberapa minit je,kitorang sampai.Pulau ni popular sebab pernah jadi location untuk filem “The Beach” yang dilakonkan Leonardo Dicaprio.Sampai sekarang set nya masih ada lagi.Serious cantik.Rasa macam dalam filem tarzan pun ada.Kalau stranded kat pulau yang cantik macam ni,aku pun tak kisah kot.hahaha.Kitorang diberi 45mins untuk mandi,mundar-mandir kat pulau ni.Aku suka pulau ni,pemandangan dia UNDESCRIBABLE!!Even gambar-gambar pun tak dapat nak menceritakan gambaran sebenar.Serius!Aku rasa macam mimpi je kaki aku jejak kat sini.

 Pemandangan kat Phi Phi Island

 Kat tempat yang sama,ada jalan ke Maya Bay.Ha..kat sinilah set filem "The Beach" tu.


 Brace yourself,this stairs will bring you to the magnificent view...

 BAM!!Nampak jelas semua pulau bila naik anak tangga ni.

Subhanallah.MashaAllah.Allahuakbar


Oh,lupa.Nak share info sikit,masa Phuket dilanda Tsunami dulu,semua pulau-pulau ni pun terkena jugak.So korang boleh nampak signboard evaquation route kat mana-mana dah.Even kat Patong Beach pun ada.Aku hanya berdoa supaya takde apa-apa berlakulah sepanjang kitorang ada kat sini.Amin.Dah habis ronda,kitorang dipanggil masuk bot balik.

Next,Monkey Beach.Dimana pulau yang dihuni oleh para memonyet.So siapa2 yang ada makanan tu sedekah lah pada monyet ni.Bagi aku,monyet dah biasa.Mana-mana pun sama je.Lainlah kalau monyet ni pandai cakap siam.Hahaha.Next,MAKAN!Kitorang stop kat satu pulau ni (aku dah lupa apa nama pulau sebab dah banyak sangat!) untuk makan.Lunch termasuk dalam pakej.Buffet set.So,kita soruuuu!I tell you ah,sepanjang kitorang kat Phuket ni,belum pernah lagi kitorang jumpa makanan yang tak sedap.Semuanya sedap dan rich belaka.Rich disini bukan bermaksud kaya eh.Maksudnya,kalau tomyam,memang betul2 cukup rasanya.Even jus oren dalam botol yang diorang bagi pun,cukup rasa orennya!

 Kalau kat Malaysia,jarang sekali aku amik lauk sebanyak ini.Ahaks!

Kitorang diberi masa 1 jam untuk lunch.Dah siap makan tu,kitorang round pulau.Ternampak kerusi yang siap berpayung tu.Apa lagi,perut dah kenyang.Nak rileks la pulak.Ahhh..memang terasa seperti becuti lah.Sekali dalam 10 minit dah baring kat kerusi empuk tu,sorang mamat thai datang,”I’m sorry miss,you have to pay 40bhat/RM4 for this chair”.Chaiiittt!Terus kitorang bangun balik.Aku dah agak ni semua fatamorgana belaka.Maka betullah review dalam blog yang aku baca sebelum ni.Nak duduk atas kerusi pun kena bayar!Manalah kitorang tak cepat pokai.

 
Tapi sempatlah gak posing kan...:p
 
Dah cukup sejam,si Ray dah mula berteriak memanggil penghuni2 boat untuk berlayar.Next,snorkel lagi.Tapi nasib baiklah perjalanan ke pulau tu dalam 40min.So sempatlah lunch kitorang hadam dulu.Bila dah sampai,ray pun bagi taklimat.Kitorang diberi 1 ½ jam kat pulau ni.Oh yeah.Lama sikit.Dia kata beg boleh letak atas kerusi2 yang ada.Tapi kena bayar 150bhat/RM15 untuk 2 kerusi.Kalau letak beg kat tempat lain,dia tak kan tengok2 kan belongings kita.Wadehek!?Ini adalah satu paksaan.Nak tanak,terpaksalah kitorang bayar.So nampak tak macam air terjun duit kitorang habis?Sekarang boleh faham kan?Bagus.

Pulau ni namanya Khai Island.Permandangannya memang cantik,tapi airnya tak sejernih tempat yang kitorang mula-mula snorkeling tadi.So susah sikit nak Nampak ikan.Tapi still boleh Nampak lah.Aku pun dengan gigih untuk cuba lagi sekali untuk snorkel.Tak putus asa betul aku ni.Bagus betul.Anak sapelah…Kuikui.Life jacket on,goggle on,flippers on.Bismillah.Keceplusshh!Tapi air still jugak nak masuk dalam mulut aku.Aku dah tak puas hati,aku naik dasar balik.Aku belek-belek goggle aku.Memang cari pasal betul goggle ni.Bila dah teliti,rupa-rupanya ada tempat yang terbuka sikit,sebab tu air boleh masuk.Cheh!Ko bagi aku goggle camni ray.Sampai hati kau.Tak pasal-tak pasal aku tak dapat snorkel dengan betul masa kat air jernih tadi.Takpe ray,takpe…Aku cuba betulkan sendiri dan try lagi.Aku cuba bernafas lebih daripada 3 kali,BERJAYA!!!Air tak masuk dah.Yeayyy..

Aku pun mula lah berenang.Tapi memandangkan air agak cetek dan banyak coral,kaki dan tangan aku asik terlanggar je.Aku suspek memang akan banyak kesan luka dan lebam-lebam lah nanti.Ah,biarkan.Aku dah tak kisah dah.Bila goggle dah ok,life jacket pulak problem.Sebab life jacket ni tak sama macam aku pakai tadi.Kitorang ambik random je.Adoiii..dugaan betul.Life jacket ni ada 2 buckle je,so dia tak boleh nak balance kan badan aku dengan betul.So aku asik terkapai-kapai je.Aku bukannya tak boleh berenang.Boleh.Tapi sangat amatur dan aku hanya berasa secure kalau aku berenang dalam swimming pool je.Lagipun dah berzaman aku tak berenang!Hisshh…Lastly aku dah giveup.I can almost die kalau macam ni.Aku dah mula rasa down.Aku terus cabut semua,naik dasar balik.Haha.Aku baru nak snap pictures kat pulau ni,sekali Ray dah panggil.What?!Dah 1 ½ jam dah?Langsung aku tak sedar.Punya lah focus aku try snorkel .Ya Rabbi!Nasib baik mira ada snap few pictures,so aku mengharapkan belas ihsan dia je lah.Then mira tunjuk aku gambar yang dia sempat snap..

Ya rabbi.Disebabkan nak belajar snorkeling,aku tak perasan permandangan pulau ni maha cantik!Abang Ray,boleh kasi 1/2jam lagi tak..puhlease...! :'(

Semua dah dipanggil naik ke boat dan kitorang akan dihantar ke pier balik.Masing-masing baju dah basah.But I enjoyed.Pulau-pulau nya memang awesome despite my lack of ability to snorkel.Next time,kalau honeymoon nanti,akanku includekan aktiviti bersnokel nanti dengan husband.Baru ada orang tolong jagakan aku kalau aku lemas nanti.Eceh!Dah sampai ke pier,masing-masing ke minibus masing-masing dan dihantar ke hotel.Sampai hotel,kitorang terus membersihkan diri.Malam nanti kitorang plan nak ke Jungceylon lagi buat kali terakhir untuk membeli souvenirs.Lepas Maghrib,kitorang gerak.Sebelum sampai ke Jungceylon,ada pasar malam.Kitorang tengok-tengoklah apa yang ada.Baju,kasut,makanan macam-macam ada.Banyak-banyak makanan yang dijual,aku tertarik dengan Coconut Icecream dan Pisang panggang dia.Memang unik.Mira try coconut icecreamnya.Seperti yang aku cakap,every food is rich kat Phuket ni.Lemak manis kelapanya memang betul-betul terasa lah!Tempurung kelapanya dijadikan mangkuk.Diletakkan 3 scoop aiskrim kelapa siap isinya sekali.Lepas tu terpulang kepada kita nak letak topping apa.Ada jagung manis,kacang tanah,biji selasih,cincau,sweet potato dan jeli.120bhat/RM12 kalau tak silap.Ye,agak pricey,but worth to try.

  
Memang sedap sampai mira kata boleh kalahkan Baskin Robbin dan Haagen Dasz.Ha..hebat tak hebatlah!

Lagi satu,kalau korang singgah Family Mart.Cubalah cari susu jagung ni.Sedap,manis dan lemak berkrim!Aku yang tak minat susu ni pun boleh addicted dengan benda ni.10bhat/RM1 je.

Lepas tu,kitorang terus ke Jungceylon.Dinner kat tempat yang sama kat foodcourt tu sambil mencari souvenirs buat kali terakhir.Memandangkan duit dah takde lagi.Aku terpaksa swipe.Betul kata abah,kalau travel,credit card sangat-sangat handy.Tapi kena control lah,takut overspent kang,balik Malaysia makan megi je.Haha.Aku berkenan dengan Tshirt I LOVE Phuket nya.Tapi kat sini printed tshirtnya ada yang ok,tapi lebih banyak mesej-mesej yang berbaur lucah.Bak kata mira,sex ni dah jadi macam satu industry dia.Haish..Nauzubillah.Dah habis shopping,kitorang terus balik hotel.Dah penat.Esok nak bangun awal lagi pergi James Bond Island pulak.Hoyeah!

Kita sambung next entry! :D

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...