Showing posts with label Seni Berceloteh. Show all posts
Showing posts with label Seni Berceloteh. Show all posts

19 August 2011

C.I.N.T.A

Salam brothers & sisters,

Tajuk tak bleh blah.Dah macam lagu XPDC atau Liyana Jasmay plak.
"Aku tak percaya cinta.Aku tak percaya cinta.C.I.N.T.A"
haha.

Ok.
Semalam aku fetch adik aku,Amir daripada kampus dia kat Melaka ni je ha.Straight away from office aku angkat dia.Bonding aku dengan dia walaupun tak berapa nak gila-gila sangat macam dengan adik-adik yang lain,tapi kitorang suka membincangkan atau meluahkan sesuatu yang lebih serius dan relevan.Aku pun tak tahu sejak bila adik aku sorang ni jadi serius pulak.Mungkin sebab kitorang sama-sama anak sulung,dia pula sulung lelaki. (Yang penting aku still otai ok!hahaha)
Agak jarangla aku bertepuk tampar dengan dia.Kalau ada pun aku cuba bergurau dengan dia,let say pukul dia kat bahu dia,reaksi dia...macam muka "whatever".Duhhh..

Lepas tu,sedang aku leka membawa kereta,adik aku tetiba tanya.


Amir: " Kak,ko umur berapa?"
Aku: (aku macam dah dapat bau soalan apa dia nk tanya) "24."
Amir: "Apsal ko tak kawen lagi ha?"
Aku: *Tarik nafas dalam-dalaaammm* "Kalau dah ada calon dah lama aku kawen,masalahnya sekarang xde lagi so xkan aku nak kawen dengan diri sendiri?" (aku cakap dalam satu nafas dan laju2.haha)
Amir: "............."


Tak terkata ke bang?Haha.
Aku dah bosan dengan soklan ni.Last-last aku juga yang makan dalam nanti.Dok terpikir-pikir apsal laaaaa aku lom ada calon lagi sampai la ni..Apa yang tak kena dengan aku?Tak cantik ke?Sob..Sob..Eh!..Back to the topic.

Ok.sebenarnya bukan takde yang tanya-tanya.Tapi honestly,aku ni tak pandai sangat la bab-bab ni.Aku jadi kekok gila.Lebih-lebih lagi aku ni tak pandai sangat nak berlembut dengan lelaki.Maksudnya,layanan aku pada diorang 3stars la kot.Agak kasar!hehe.Atau mungkin juga aku berkasar sebab aku taknak things become out of control atau mungkin juga mereka-mereka ni tak dapat memenangi hati aku kot.Ntah.Yang penting,i do learn from my experiences.

*kasar disini bukan bermaksud kurang ajar.Tapi tidak bersifat seperti 'perempuan melayu terakhir'.Harap maklum.*

Sebab prinsip aku,lelaki yang aku boleh berlembut-lembut dengan mereka hanyalah MUHRIM aku je.Tapi kalau untuk Suami,mungkin aku akan jadi extra lembut macam jeli,cakap pun sepoi-sepoi macam angin laut,mata nak kelip-kelip bila cakap sebab nak control ayu.hahaha..motif?

Lain daripada tu kan boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan maksiat?Duk cakap lentok-lentok dengan ajnabi last2 cair.Bila cair syaitan pun buat party la...Nauzubillah.

Bila mencari suami,aku berpegang teguh pada ayat ni..


Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan-perempuan" - An-Nisa:34


Lelaki yang aku cari ialah seseorang berkaliber untuk membimbing aku yang 'keras' ni dan yang paling penting dapat menghidupkan suasana Islami dalam keluarga aku,selama-lamanya.Ya!Aku tak perlukan lelaki pencinta wanita semata-mata,bila suruh imamkan solat,mulalah kelam kabut.Yang boleh kejutkan aku tengah malam bertahajjud sama-sama.Bukan yang ajak aku lepak-lepak kat luar tengah2 malam tanpa hala tuju.



Lelaki harus bimbing keluarganya ke jalan yang benar
(ya,aku peminat Nur Kasih.haha)


Aku tengah mencari ketenangan yang boleh buat aku bahagia sampai bila2.Hanya satu perkara yang boleh buat hati aku berasa tenang setenang air sungai yang mengalir,cinta Haqiqi.Aku bukanlah nak kata aku ni alim sangat,aku banyak cacat celanya.Tapi aku inginkan perubahan yang haqiqi.Sekarang ni aku kejap atas,kejap bawah.Ya,sebab iman tu boleh naik dan turun.Aku perlukan seseorang yang boleh menjadi guider and reminder aku.
Macam korang main bola,kalau ada orang sorak-sorak,korang rasa yakin dan semangat nak menang kan. Macam tu jugaklah aku.Sebab aku rasa macam aku tengah main kat padang sorang-sorang.
Tapi satu penyokong satu pun xde.Apa kau rasa?









Haaaaaaa....
Tak kurang juga yang kata,

"Macam mana ko nak kawen kalau ko tak bercinta??"

*Tarik nafas dalam-dalam............*

Wake-up Muslims.Wake-up.Open your eyes wide.
Buka alQuran atau hadith.
Ade ke ayat-ayat yang bagitau rules sebelum kawen kene cintan mintun dulu?
Minda dan fikiran kita ni dah lama dijajah orang Barat.Sampai kita terikut-ikut trend dorg.

Ya,Rasulullah suruh kita kenal siapa yang bakal menjadi pasangan kita sebelum nikah.Tapi itu tak bermaksud Baginda suruh couple,kekasihan,bercinten,asmaradana segala.Ada cara lain lagi.
Jangan lovey dovey lebih2 dulu sebab belum tentu dia akan jadi milik kita.Kang kalau tak jadi,kita juga yang tertonggeng.Bila dah sah,haaaa...sukati korangla nak main golek2 atas bukit ke,lari2 celah pokok ke apa...
Impian masing2 nak bina keluarga sakinah,anak-anak soleh kan?Alhamdulillah.Tapi cuba fikirkan,kalau langkah permulaan dah salah,rasa-rasanya senang ke nak tercapai impian tu?

Contoh: Arkitek nak bina bangunan tinggi dan kukuh.Tapi tapak dia awal2 dah salah material.Construction salah.Segala-galanya salah.Agak-agak korang bila dah siap,bangunan tu boleh tahan berapa lama sebelum roboh?2bulan?1bulan?1minggu pun belum tentu kot.


Ada gak yang kata...

"Kau terlalu memilih.Terlalu mencari kesempurnaan."

Ya.Aku memang memilih.Aku memilih orang yang benar-benar mampu untuk membimbing aku dan keluarga untuk terus berada di landasan yang benar.Sebab,





Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan-perempuan" - An-Nisa:34



Aku ni jenis tak mudah untuk fall in love with someone.Tapi once i do,kalah Shakespeare dan Shah Jehan nanti. #LOL. Tapi apa-apa pun Allah dan Rasul WAJIB di tempat yang teratas.Suami merupakan pengantaraan untuk mendapatkan redha Ilahi.

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)


Aku mahu cinta kerana Allah.Aku mahu cintakan suami aku kerana Allah.


So,jangan risau Amir.Kalau aku dah kawen nanti.Aku pastikan kau jadi orang yg paling sibuk masa wedding aku tu.Aku suruh kau basuh periuk belanga,kemas-kemas meja semua.Ada beran?Haha :p

CONTINUE >>>

02 August 2011

Ramadhan datang lagi!

Salam brothers & sisters,

Praise to the Almighty God,saya masih bernyawa untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan lagi!Alhamdulillah.Like other muslims,i've been waiting for this holy month so much.Kali ini saya tak nak sia-siakannya lagi seperti tahun lepas.Takmo!Saya nak fokus kali ini.Saya nak sucikan semula hati saya sebab saya rasa saya dah tersangat jauh daripada Pencipta saya sekarang.Saya dah berbeza dengan diri saya 2 tahun dahulu.Saya nak kejar balik cinta Ilahi.Dan kerana itu,saya deactivate Facebook account saya buat selama-lamanya..........




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ceh,taklah!
Sementara sahaja.Bila dah dekat Syawal,saya on balik.Sebab nanti kawan-kawan nak hantar virtual kad raya kan.And of course,nak minta maaf dan beraya secara virtual dengan rakan-rakan FB.




So,izinkan saya beruzlah sementara untuk mencari permata yang hilang itu.Doakan saya.
Assalamualaikum dan selamat mengejar cinta Ilahi.

CONTINUE >>>

15 June 2011

Penyakit G rabbit

Salam brothers & sisters,

Saya dan keluarga ada membela 9 ekor rabbit di rumah.Bermacam-macam spesis ada.Macam-macam nama juga ada:- Bunny,hamster,panda,koko,baby,caca,kembang,maru dan bubu.Haha.Nak jadikan cerita,suatu hari tu,kami terperasan ada benda yang pelik berlaku pada si Hamster.Telinga dia sebelah tegak,sebelah jatuh.Apa lagi,menggelabah!Takut ada penyakit atau apa.Sampai dah nak bawa ke klinik.Tapi dah lama-lama dia ok.

Bila saya terjumpa video ni,barulah saya dapat penjelasan.Rabbit saya menghidap penyakit G...



G for GEDIK!



Lazy-Ear Bunny brought to you by Free Videos



Haish!buat cuak je....

=________="



But CUTE la pulak! ^_^

CONTINUE >>>

13 June 2011

New layout and design!

Salam brothers sisters,


Alhamdulillah, i finally got my time and not forgettin,my skill back (which is kinda fading away...) to re-design my blog.From the first time i start blogging,u can see none of other colors than black and white as my main color..(i was trying to play safe!:P) But nah,,,i decided to get away from my comfort zone (so called) and to try different colors.For designers, website and blog headers are frequently areas where creativity is on full display.So,alhamdulillah...i'm satisfied with my current header :) Still,i do need to learn more and more....

CONTINUE >>>

09 June 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Salam brothers & sisters...




Ni pertama kali la saya join aktiviti BEN ASHAARI. ^_^





So silalah komen blog saya (yang telah dianak-tirikan selama setahun lebih ni..entah apa spesis dah yang hinggap kat blog ni).Tapi janganlah kasar sangat ye..saya orang seni,jiwa sesentap sikit! (haha...:P)

Kalau korang nak join aktiviti ni juga, KLIK SINI

CONTINUE >>>

07 June 2011

Please vote for me! (Puppy eyes)

Salam brothers & sisters!


I have a favour from y'all.I joined a contest to win an abaya a.k.a jubah.And i really really really (1000k times) appreciate it if u can vote for my by following these methods:

First Step:

Please "Like" THIS page



Second Step:

Please "Like" MY SLOGAN




Every single "Like" really counts! (This is my very first time joining this kinda contest...so im kinda nervous when i see i have potential of losing T_T )
Appreciate it so much!Jazakallah! :D

CONTINUE >>>

17 March 2010

Hiyyaaahhh!!!!



salam alayk~

Wah,berhabuk benar blog Little Ayesha ni!dah 2bulan lebih tak update..Hari ini,tiba-tiba rasa rindu untuk menaip semula.:) Maaf kepada semua followers kerana blog ini terbengkalai.Maklumlah,orang seni ni kadang2 fikirannya abstrak dan hatinya terlalu sensitif (haha,,yalah tu.jawapan nak cover line :P)

Setelah sekian lama 'beruzlah',saya dapat kekuatan utk update balik..



saya dapat belajar sesuatu..."To let away your fear,is to face the fear"..Macam2 yang saya gerunkan dalam hidup saya ni,thats why saya nak nyorok dari Little Ayesha ni.In the end,saya sedar,semakin kita menyorok,semakin tulah kita sebenarnya asik fikirkan ketakutan tu..So,saya keluar drp tempat 'penyorokan' saya tu,lalu saya pasang perisai utk lawan balik!Hiiiyaaahhh!!!**sambil menghunuskan pedang** hhehe

So,sekarang,saya dah bersedia utk berjuang semula utk terus mencari 'permata yg hilang' tu..permata tu susah nak cari,kat habib jewel hatta poh kong memang xde jual..sebab dia custom made.hehehe...dahlah mahal..:P

So ayuhal mujahidah!!!!

(ayuhal,ayuhal jugak...xde content pon post ni!!)=_________=

Ok2,,,ni hanya mukadimah.InsyaAllah esok2 saya cari isi utk di share ye kawan2..saya datang nak bersihkan habuk2 ni dulu...:P

wassalam~

CONTINUE >>>

17 November 2009

Si budak 'Februari'


Salam alayk..

Tadi masa tengah release tension,layanlah Facebook.Jawablah kuiz "KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA"..Memandangkan saya ni lahir pada bulan februari,saja je la nak tahu apa katanya.Lagipun saya memang mengikuti program Dr di Astro Oasis.Ada sekali tu beliau ramalkan tentang bulan kelahiran,perwatakan manusia.Katanya,jangan terlalu percaya dengan ramalan ni..hanya sekadar ilmu.Tapi mostly apa yang beliau simpulkan memang 98% benar.Memandangkan beliau pun memang pakar psikologi.Jadi kesimpulannya,jawapan yang saya dapat daripada kuiz Facebook itu..




Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent
bijak dan genius

Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya

Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan

Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul (sy amat meminati fantasi)
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.


terkejut juga dengan jawapannya!! 99% benar! ;-O Saya selalu cuba untuk men'describe' tentang diri saya,tapi tak pandai.Font yang telah saya besar dan boldkan itu,memang tersangatlah benar..yang lain pun benar gak..hehehehe...

Jadi bagus juga ada benda ni..Jadi siapa yang belum kenal AIDANADIA,itulah sifat-sifat saya..hehehe...Boleh tahan ke dengan perangai saya?? :P lalalala~

CONTINUE >>>

06 November 2009

My baby "SERAFINA"

Salam alayk..

Ini bukan post tentang Seni,Tazkirah atau apa yang berkaitan.Ini hanya entri santai dari saya...Hihi..Since i am the landlord of this fantasy land,i am free to do whatever i want....hihhihihihh :P

1st Nov 2009,

My baby Serafina was born!
Eiyp...Happy Birthday sayang...
U looks so adorable and fair..(yela sebab u r white in colour)
I've been dreaming to have you since ever..
Hopefully,kita nanti boleh jadi kawan baik ye...^___________^

CONTINUE >>>

06 September 2009

Kembali kepadaNYA


Aku tidak sabar menanti hari jumaat (4/9/09),kerana aku merancang untuk berjumpa dengan rakan-rakanku di UKM.Tapi hampa,semuanya busy dengan hal masing-masing.Aku tersangat kecewa!Mana taknya,aku akan bercuti panjang (nuzul quran).Memang sengaja aku tidak pulang ke melaka semata-mata untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakanku disana.Teringin benar untuk merasa beriftar dan terawih disana bersama mereka.

Aku tidak putus asa.Aku cuba menghubungi rakan usrahku dulu di MMU cyberjaya.Sebenarnya aku dah lama benar tidak menghubunginya.Tapi dek kerana imanku dengan dasyatnya dahagakan pengisian,aku hubunginya dengan harapan dia masih mengingatiku.Harap-harap adalah apajua program keagamaan yang boleh kusertai cuti-cuti ini.

"owh aida..ingat lagi:) insyaAllah kami ada forum kemerdekaan sabtu ini di shah alam.jom join!"

Aku tersengih kegirangan.Pantasku aturkan rancangan untuk kesana walaupun aku menghadapi kesukaran transportation.

Pada malam jumaat tersebut,aku sudahpun siap sediakan pakaian untuk dipakai.Selepas itu aku terus tertidur kerana kepenatan.Dalam jam 11 malam,telefonku berdering.Abahku telefon..



"Assalamualaikum,kak.Weekend ni akak balik rumah tak?"

"Waalaikumsalam.Tak kot bah..",jawabku yang masih dalam keadaan mamai.

"Nenek dah takde ni....."

"Hah???!",biji mataku yang sedari tadi layu terus terbeliak mendengarkan berita tersebut".

"Innalillahi wa innailaihi roji'un...bila bah?"

"Ni baru je ni..Petang tadi nenek tak sedarkan diri,nafasnya tersekat-sekat.ustaz datang untuk doakannya dan menyuapnya beberapa titis air zam-zam,selepas itu,dia terus pergi begitu saja....abah ambil akak malam ni juga yer.lepas itu terus ke uitm seri iskandar ambil diana pula"

'Nenek meninggal dalam keadaan tenang,pada hari jumaat yang mulia dalam bulan ramadhan yang mulia...eh,nanti sekejap,abah nak ambil aku lepas tu straight ambil diana di perak?jauh tu!!pergi balik,mau esoknya sampai jam 11 pagi!kasihan abah...',aku monolog sendirian.terpaksa...

Kali terakhir aku bertemu nenekku ialah pada minggu lepas.Keadaannya yang lemah akibat terkena stroke kali kedua membuatkan dia tidak mampu berdiri lagi.Aku,mama dan adik datang membantu makcikku untuk memapah nenek untuk dimandikan.Tetapi pada waktu itu juga,rakanku di perak telefon untuk menyelesaikan masalah yang timbul antara kami.Lantaran itu aku hanya sempat menolong sedikit sahaja iaitu menyuapkan nenek air.Agak terkilan juga......

Aku terus memberitahu rakan-rakanku tentang perkhabaran tersebut dan mereka mengucapkan takziah.

Tapi entah kenapa,air mataku tidak mengalir.Keras benarkah hatiku ini?atau aku dah kebal bilamana arwah atuk pun baru sahaja syawal 2 tahun lalu meninggalkan kami semua?entah,aku buntu.

Kubuka almari untuk mengemas pakaian.Lama aku duduk bertungku di depan almari.Tak tahu nak buat apa.Macam-macam aku fikirkan.Ku pasang lagu "Harapan padaMu subur kembali" nyanyian Nazrey Johani.Ini salah satu cara untuk aku 'melembutkan' hatiku.
Ternyata berjaya...aku teresak-esak.Aku bukan menangis kerana pemergian nenekku,tapi lirik lagu tersebut benar-benar menginsafkan aku.

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini


Dikala aku benar-benar memerlukan tarbiah yang mendidik jiwa,ku sanggup mencari peluang di UKM dan MMU.Pelbagai masalah yang menimpa,ternyata ada hikmah disebalik semuanya.Rupa-rupanya DIA sendiri yang mahu menghadiahkanku tarbiah yang paling berharga iaitu KEMATIAN.

Biar diriku insaf sekali lagi melihatkan jenazah dimandi dan dikafankan.
Biar jiwaku layu sekali lagi melihatkan jenazah diusung ke dalam keranda.
Biar nuraniku menangis sekali lagi mengiringi jenazah ke kubur.
Biar hatiku gerun sekali lagi melihatkan jenazah dimasukkan kedalam liang lahad lalu ditimbuskan.
Biar imanku tersentap sekali lagi mendengarkan TALQIN yang dibacakan.

Tetapi hampa,aku tidak dapat merasai peluang tersebut sebagaimana pemergian arwah atukku dulu.Aku tiba lewat.Jenazah sudahpun dibawa ke kubur dan sedang ditanam.Aku kecewa,kenapa mereka tidak menunggu kami sedangkan mereka tahu kami hampir tiba.Aku terkilan tidak dapat melihat wajah nenek buat kali terakhir.Aku tidak sempat mengucupnya...

Nenek sudah selamat ditanam bersebelahan dengan kubur arwah atukku.Kini tibalah bacaan talqin.Aku hanya mendengar dan menundukkan kepala sambil airmata mengalir teramat deras.

Kubur nenek dan datukku



Dari jauh ku terlihat ada 2 orang cina memberi penghormatan terakhir kepada nenekku.Aku kenal mereka.Mereka ialah cucu saudara nenek.Nenekku dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa cina.Tetapi sejak dilahirkan lagi nenek telah diberikan kepada keluarga melayu untuk dijaga.Tetapi hubungan nenek antara adik-beradik kandungnya masih erat.

Usai acara pengebumian,kami bangun untuk pulang.Sempat aku menziarahi kubur atukku disebelah.Kini,kedua-dua atuk dan nenekku sebelah Melaka sudah tiada lagi..Dan di kawasan perkuburan ini,ada 2 kubur ahli keluargaku.Arwah Pak Long Naim (Pakcik Saudaraku) dan Arwah Cik Rokiah (Makcikku iaitu kakak kepada emakku).Kedua-duanya sudah kembali kepadaNya sebelum aku dilahirkan lagi.

Cukup 7 langkah kami semua berundur,lalu turunlah malaikat munkar dan nakir untuk menjalani tugas mereka.

Selamat berehat nenekku..
Entah bila,kami pula akan menyusul....

CONTINUE >>>

22 August 2009

Penghijrahan dalam Ramadhan




Salam Ramadhan buat semua..

Moga Ramadhan kali ini dapat menambahkan ibadah kita kepadaNya,mendekat diri denganNya dan membersihkan hati kita daripada segala kotoran yang selama ini kita lakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak.Di kesempatan ini,saya ingin memohon seribu kemaafan kepada kalian semua.Secara jujurnya,masih ada lagi beberapa perkara yang membuatkan hati saya tidak dapat memberikan kemaafan.* saya dahpun maafkan ^_^..saya tak layak utk menghukum,tapi DIA :)* .Saya cuba untuk memaafkan,tapi perkara yang berlaku itu tersangat kejam dan di luar jangkaan saya.Saya tidak mahu jadi hipokrit bilamana mulut mengatakan maaf,tapi hati masih berdendam..Saya hanya manusia biasa...

Ramadhan kali ini besar maknanya bagi saya.Saya akan berhijrah untuk mencari 'sesuatu' yang dinamakan iman dan hidayah.Entahlah,saban hari saya merasakan semakin lama semakin jauh saya dengan Yang Maha Esa.Saya tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan,jika saya tidak berbuat sesuatu,kemungkinan besar saya akan kembali kepada kehidupan saya yang dulu!



Saya terpaksa berkorban meninggalkan keluarga saya yang sangat memerlukan saya ketika ini.Saya tidak sampai hati.....tetapi saya lebih tidak sampai hati melihatkan iman saya meronta.Saya perlu berkorban.Dan kerana itulah saya sanggup untuk tinggal jauh dan berulang-alik setiap hari.Mereka selalu bertanya,"kenapa duduk jauh?".Saya tidak ada jawapan untuk itu,hanya saya sahaja yang tahu.

Saya yakin tempat yang saya pilih itu adalah tempat yang terbaik untuk mendekatkan diri dengan Yang Esa.Saya rindukan Ramadhan yang saya lalui dahulu sewaktu saya masih menuntut di universiti.Keadaan yang sama dimana saya ulang-alik dari tempat yang jauh ketika praktikal.Tetapi pengorbanan itulah yang saya rasakan tersangat manisnya iman dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Kini,saya ingin mengulanginya semula.Saya mahu dapatkan semula 'perasaan dan ketenangan' itu.Kerana itulah saya sanggup berulang-alik!Saya mahu cari semua itu semula!Biarpun saya terpaksa bersusah payah..Terpaksa bersendirian lagi setiap masa kesana dan kesini..Kalau dengan cara itulah saya dapat semula 'iman mutiara' itu,saya sanggup berusaha..

Saya juga ingin merayu kepada sesiapa,janganlah mengambil kesempatan lagi kepada diri saya dalam keadaan saya seperti ini.Memberi harapan yang tinggi bila saya benar-benar memerlukan seorang 'teman' untuk mendekatiNYA.Jangan beri saya harapan palsu lagi!Kalau niat anda adalah untuk memperguna dan mempermainkan saya,lebih baik biarkan saya seorang diri mencari teman..jangan berpura-pura untuk menjadi teman pendamping saya.Hati saya terlalu rapuh dan mudah terluka.Saya lebih sanggup bersendirian daripada hati saya terus dilukai........!

Kepada rakan-rakan semua,
Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah..
Doakan saya sentiasa tabah mengharungi dugaan hidup.

CONTINUE >>>

19 August 2009

My 'transformation'

tiada apa yang nak ditulis dalam entry kali ini,kerana tersangatlah kekurangan idea.Sebab itulah ianya tak terupdate setelah sekian lama.huhu..harap-harap entri merapu ini sekurang-kurangnya dapat menghapuskan segala sawang-sawang yang ada dalam blog ini....

Dengan rasminya,saya sudah tidak memakai spec berwarna purple lagi!!kerana saya sudah tukar angin kepada spec berwarna hitam pula.Sudah terlalu lama spec purple itu menjadi sebahagian daripada anggota badan saya.haha..tibalah masanya untuk saya menukar kepada organ yang baru..jeng jeng!





itu saja untuk kali ini..
merepek kan?? =_______________=
saya janji lepas ini saya akan cari idea untuk mengupdate blog saya..huhu..
T_T

CONTINUE >>>

29 July 2009

Pencoroboh di blogku!

Salam..

Wooo! Wooo!
I spot somethin!
Ada orang ceroboh blog ana,lepas tu ikut sikit-sikit format blog ana,copy paste lagu ana yang lagu arab nyanyian Nancy Ajram-Enta eih(skrg da tukar,kalau ikut juga,siaplah!) ,siap color code pun same!!
Ape citer ni?

Kawan-kawan sekalian,
i am thinking to change my url address then,
would u mind to change the links in ur blog?
Please..........T___________T

If not,i have to set my blog into private...

untuk penceroboh tersebut,
I KNOW YOU!

CONTINUE >>>

22 July 2009

Pengalaman selama 3 hari..

Salam alayk..

Aduh,lama sangat rasanya saya tak update blog saya ni.Bukannya apa,saya dilanda penyakit malas dan tiada mood untuk update,memandangkan tiada cerita hangat lagi sensasi untuk dikongsikan.hehe..

Baru-baru ini,saya mulakan lagi travel saya berseorangan ke,urmmm...UKM,Puchong dan KL.Ye,UKM.Maaf sangat-sangat pada sahabat-sahabat yang lain kerana saya tidak memberitahu kalian saya ke sana.Masa sangat suntuk,saya bimbang tidak sempat untuk bertemu dengan semua sahabat-sahabat kesayangan saya disana.Saya punya hajat memulakan 'travel' saya ke KL ini...



Saya ada interview di Puchong pada hari isnin,20 Jul lepas.Jadi alang-alang ke KL,saya berkeputusan untuk bermalam sehari dua di UKM.Kenapa UKM?Entahlah...saya seolah-olah merasakan ketenangan yang luar biasa bila kaki saya jejak disitu.(Jangan tersenyum sinis ya wahai adikku-N****** :P) Tapi keadaan jadi sebaliknya pula apabila kaki saya sampai sana.Jadi tak tentu hala pula kepala ini.Pelik dan terkejut N****** tengok saya.Huhu..maafkan akak ye dik.Ada masanya,perangai akak ni sukar dijangka.So,inilah Aida Nadiah.Si 'pelik' yang awak labelkan akak tuh.Apelah,semuanya tentang akak,kelihatan pelik sahaja di mata awak eh...:P Takpelah,yang pelik itulah menjadikan kita sahabat karib.Betul tak?hihi..



Tak bahayakah berjalan jauh berseorangan??

Hurm...

Tak dinafikan,memanglah bahaya.Lebih-lebih lagi sebagai muslimat,kita diharuskan membawa muhrim sebagai teman apabila hendak keluar.Tapi dalam kes saya,tiada siapa yang boleh teman saya.Lagipun saya tidak mahu menyusahkan orang lain.Lagipun kalau jalan bersendirian,kita bebas untuk buat apa sahaja dan tak terikat dengan janji atau masa.

Alhamdulillah..
Temuduga yang saya hadiri di Puchong Jaya tersebut,berjaya.Tapi majikan memberi saya peluang untuk berfikir.Harus consider tempat tinggal,transport,dan sebagainya.Sekarang saya masih tempoh untuk berfikir.Patutkah saya terima tawaran tersebut.Tak dinafikan,saya amat sukakan working environment di sana dimana pekerja-pekerjanya terdiri daripada orang-orang muda sebaya saya!Friendly dan team-work pula tu..Lebih-lebih lagi,semua kerja akan saya handle sendiri.Tak seperti tempat kerja saya sekarang,majikan tak membenarkan saya untuk melawati tapak pembinaan dan bertemu dengan client.Uhh!Macam mana nak jadi interior designer yang hebat kalau seharian suntuk asyik memerap di dalam ofis dan memandang komputer 24 jam?Saya benar-benar excited apabila saya dibveri peluang untuk menjadi interior designer yang sebenar!!
Tapi,masalah terbesar saya ialah,
saya tak sanggup berjauhan dengan family saya.Terutamanya mama...:( Saya mudah sangat rindukannya.Alangkan baru di KL selama 2,3 hari,saya dah mula rindukannya.Aduh,macam mana ni....:( Saya memang benar-benar ingin kejar cita-cita saya sebagai Interior Designer.Saya sudah impikannya sejak di bangku sekolah lagi.Saya nak buktikan kepada mereka,saya juga boleh jadi hebat seperti mereka.InsyaAllah,saya perlu berkorban.Saya tak nak jadi manja dan cengeng.Mujahidah kena kuat!

Masalah kedua pula,
Bila saya dah bekerja di KL nanti,apa khabar iman saya?Macam mana dengan amal ibadah saya nanti?Saya tak akan bawa 'Interior Design' hingga ke liang lahad.Saya cuba untuk mencari tempat yang 'strategik'.Ada.Sebuah flat murah dan usang,tapi sangat berhampiran dengan sebuah masjid yang tersergam indah,di mana banyak aktiviti-aktiviti ilmiah diadakan di sana!Saya amat sukakan masjid.Saya sanggup berjalan jauh untuk ke sana.Tapi,kawasan flat ini sangat sangat sangat bahaya.Warga asing ramai menyewa di sana.Indon,bangla,nepal,pakistan,ah...sebut sahaja!Bimbang nanti jadi bahan fitnah pula apabila saya ke masjid berseorangan pula.Aduh....:(

Entahlah...beri saya masa untuk berfikir.Moga ALLAH memberi petunjuk.Ameen.

CONTINUE >>>

03 July 2009

Suspended


Salam alayk...^_^

The blog will be suspended starting tomorrow until 11 July 2009 due to some personal problems,which is:- i don't have any laptop nor any sources to still updating my blog since my sis will bring back my laptop to her university and my dad's laptop is with him-touring China,Hong Kong and Bangkok.

And I would like to cherish and welcome all university students whom will start their semester soon including my girls in UKM and UiTM.Struggle more to get higher score.I absolutely missing you girls.Hope we can meet very soon.;)

Don't hesitate to follow my blog and i hope all kind of informations here are feeding your 'heart'.Please wait for my updates soon,InsyaAllah.

Jaga diri,hiasi peribadi, Cinta Allah,cinta haqiqi..

Wassalam...............

CONTINUE >>>

28 June 2009

Terribly SORRY!

Salam alayk..

first thing first,a big apology to all bloggers because i'm not able to update my blog for weeks coz i was extremely busy and secondly,i have to lock up my blog because of it has just broken!

yup,my blog has spoiled.I was trying to change a new template,after a few try-and-error,i tried to update my old template again.Suddenly i found out all my widgets are gone!Including the link lists of all islamic arts website uh and of course my blogger lists...Uhhh...T________T
So now,here it is,a new template with no widget.How pathethic.But no worries,i will try to update it little by little since i'm not into blogging mode anymore..Huhu.....Dunno why.

However,i'm still pushing harder.
Wassalam..~

CONTINUE >>>

27 June 2009

May Allah bless you,MICHAEL JACKSON!



25 Jun 2009,

I was stunningly shocked when i heard the head news were reporting Michael Jackson has just passed away.It's just so unbelievable.



MICHAEL JACKSON..!

Besides nasheeds genre,I am the biggest fan of Michael Jackson's music,seriously.
My most favourite singer ever since i was a kid.I grew up with his songs..Plenty of his songs were my fav!U named it!

I still remember when i was a kid,my parents always tune in his video tape for me and my sis.A simple catchy way to get our attention while they're doing their own works.
His songs were immuned into my ears.He's a legend!




When the world are suprized by the news that he has just reverted to Islam,i was so happy and was hoping the news are true and reliable,not just another rumors spreading.Mikaeel Jackson is the name he chose after he reverted.May he get the peace and nur he has been searching for.

Forget about the controversy peoples made about him,either about the molesting children issue neither his surgery nor his mysterious life.He's a man who loves peace yet humble.

The cause of his death is heart complication.But until now,it's still under investigation.


As for Michael himself,I hope Allah bless you always.It's ISLAM you have been searching for to fill the emptiness in your life.I am really glad you finally found it.We just fully handle it to Allah because he knows the best!Wallahualam...

You're still my fav!

*after few researches and information regarding his exact religion,i am afraid to assume whether he is muslim or not.Allah knows everything....

CONTINUE >>>

08 June 2009

Sibuk,menyibuk,tersibuk,kesibukan


Assalamualaikum..

Apa khabar semua?
Apa khabar iman kita?
Apa khabar imanku? T_T

Recently,i am too busy and lacking of idea to update my blog.Yela,musim-musim mengawan ini(musim perkahwinan..hoho ^o^),sibuk menghadiri majlis perkahwinan orang termasuklah saudara dan sahabat-sahabat.Baru-baru ini,6/6/09,pertama kali saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar perkahwinan rakan saya semasa di tingkatan 4 lagi.

"Aida,aku nak kau ambilkan gambar aku masa aku kahwin nanti",kata sahabatku,shema.

"Huh?biar betik?tapi camera aku camera kokak je!huhu",balasku

"Takpe,aku suka tengok idea kau ambil gambar.Cantik!"

Alahai,terharunya aku....hukhuk.

"Oklah,aku tolong kau shema.",aku menerima tawarannya.

Fuh,sebelum ini memang ada impian untuk buat bisnes sendiri berkaitan dengan wedding photographer ini.Cuma tengah kumpul modal untuk beli camera DSLR.Tak sangka pula ada yang teringin menempahku dikala saya menggunakan camera yang sangat cabuk ini.Huhu..rendah diri rasa.

So,semasa wedding sahabat saya shema tu,fuh...busy yang amat!penat jangan cakap.Tapi i want to give the best~

So,sekarang sahabt-sahabat sekalian,maaflah kalau saya tak update blog ini.Saya sedang busy menguruskan album wedding sahabat saya shema.InsyaAllah kalau ada kelapangan,saya update! :)
Wassalam.

CONTINUE >>>

09 May 2009

Selamat Hari Mama!

SELAMAT HARI IBU/MAMA/UMI/EMAK!!
I LOVE YOU MAMA! :D

CONTINUE >>>

02 May 2009

Khas untuk sahabat-sahabat di UKM

Salam alayk...

Di kesempatan ini,saya,Aida Nadiah bte Abdullah bin Daud bin Awang Senik bin Derasa(eceh detail betul nama!:P) ingin mengucapkan....



"Bittaufiq wannajah fi imtihan"


kepada sahabat-sahabat baru saya di UKM,Bangi yang InsyaAllah akan menghadapi final paper pada hari isnin ini.
Kepada ukhti Miza, Azma,Nadzirah,Erma,Kak Ct mariam,Aida,Najihah,Mahfuzah,err siapa lagi eh?Dan semua yang mengenali diri inilah.Maaflah,Allah menghadiahkan kepada ana sahabat-sahabat baru dengan sekaligus,jadi agak sukar untuk mengingati nama-nama mereka satu persatu.
Antara sahabat-sahabat ini,ada yang ana sudah kenal lama seperti Kak Mariam,well tidaklah kenal betul,tapi kenallah wajah dan namanya.Cuma Allah baru nak pertemukan kita tempoh hari.Kan kak Mariam?:D
Kebanyakannya,ana kenal daripada Seminar Perbandingan Agama di UKM yang pernah ana ikuti pada tahun lepas.Memang tidak sangka juga yang ana akan memperolehi ramai sahabat baru disana.Asalnya hanya kenal beberapa orang,membiak menjadi banyak.Huhu.Oh,tidak lupa juga kepada insan yang sudi membawa ana kedunianya dan seterusnya dapat bersahabat dengan muslimat-muslimat UKM.Selamat berjaya!
Pesan ana,
Buat betul-betul exam,biar score.Buktikan yang diri kita mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak gentar dengan ujian yang melanda.Man jadda wajadda!:D Kalian akan mara setapak lagi kehadapan.Bertambah lagi semester baru.Do the best!Ada juga antara sahabat ana akan tamat pengajiannya di UKM,nasihat ana,"welcome to the reality of life dan semoga tabah".
Allah sahaja yang tahu betapa ana menghargai kehadiran antum/antunna semua dalam hidup ana.Oleh kerana itu,pantang ada peluang,pasti ana akan cuba untuk ke UKM untuk bertemu dengan kalian.Uhibbukum Fillah!!Semoga Ukhuwah kita berkekalan abadan abada dan moga kita semua akan depertemukan di akhirat untuk teruskan persahabatan kita di Raudhatul Jannah kelak.InsyaAllah!(Tinggi betul harapan ana ni ye!huhu)

Ingin sekali ana tujukan kepada kalian semua lagu Teman Sejati dan setiap bait liriknya amat memberi makna buat diri ana yang hina ini...



Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...