Salam brothers & sisters,
Since aku ni jenis tak pandai nak susun ayat-ayat dramatis bila bercakap secara lisan,aku rasa elok aku tulis secara tulisan.*get it?get it?lisan?tulisan?Hikhikhik..No?Kfine.*
Bila ditanya apakah ciri-ciri yang aku impikan,aku teringin untuk list downkan.So that,lenkali korang tak perlulah tanya aku soklan sama berulang kali.Ok semua?Bagus anak murid...
Berikut adalah ciri-cirinya:--
1.Orang arab atau istanbul
2.Bermata biru/coklat
3.Berkulit sawo matang
4.Berbadan sasa dan gagah
5.Boleh berbahasa Arab
6.Boleh bermain alat musikk
7.Mempunyai ketinggian 6'6".
8. ..................................
PANGGGG!!!!
*lempang diri sendiri*
Nadia Baik:Woi nadia,agak-agakla der..ciri-ciri yang ko listkan tu tak beragak kot!
Nadia Jahat:Err..takleh eh?Hukhuk..ok lah oklahhhh... T_____T
Hai.Saya lah ciri-ciri suami idaman AidaNadia.Macho tak saya? |
Kawan-kawan,kalau aku bagi list macam tu,ha,baru patut korang kata aku cerewet dan memilih.Aku tau aku ada bagitau segelintir korang yang aku suka orang arab ataupun bukan dari Malaysia.Tapi itu hanya cakap kosong.Macamlah korang tak pernah berangan nak suami macam Aaron aziz lah,Zayn Malik lah,Beto Kusyairi lah..Isteri macam Neelofa,Heliza Helmi,Megan Fox bla bla..kan?kan?kan?Aku pun manusia biasa gak.Aku pun ada angan-angan.Tapi itu hanyalah ANGAN-ANGAN mat jenin. *Kalau dapat betul2,syukur alhamdulillah.Aku buat kenduri 7hari 7malam!* Tak.tak.Aku main-main.Aku tak mengharapkan suami aku ni hot stuff.Nanti kena share dengan ramai peminat.
Aku tak mahu!
Oklah.aku bagi tau ciri-ciri yang aku benar-benar impikan:--
1. Dia mahu mendekatkan dirinya dengan Allah.
Aku tak mengharapkan seorang imam or ustaz.Sebab aku sedar siapa aku.Aku pun taklah sealim mana.Tapi aku BENAR-BENAR mengharapkan seorang imam yang mampu mengingatkan aku bila aku lalai.Sebab itu adalah tanggungjawab suami/isteri.Saling ingat-mengingati untuk menjadi a better muslim.
Ya,aku sangat menitik beratkan agama kalau nak mencari suami.Aku mahu jatuh cinta dengannya kerana agamanya.Tiada agama,tiada cintaku untuknya.Period.Bagi aku,once dijaga agamanya,insyaAllah akhlaknya juga turut terjaga.(insyaAllah akan terhindar dari sifat pemarah,mata keranjang,tidak matang,tak boleh diharap,pengotor dan macam2 lagi sifat buruk)
Bukanlah aku kata orang yg alim tiada cacat cela.Tiada yang sempurna melainkan Dia.Cuma bila hati tu dah diselaputi dengan cinta Ilahi,otomatik manusia akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri.Paham kan?Kalau tak paham gak,sila baca entri aku ni..SINI
2. Tidak merokok.
Aku betul-betul ada isu dengan smokers.Seriously.Aku tak boleh hidup dengan orang yang smoke.Aku tak boleh hidu bau asap rokok.Aku boleh sesak nafas dan darah aku terus naik.Aku rasa nak tengking sapa-sapa yang hembus asap rokok kat aku!
Plus,banyak keburukan merokok.Diorang bukan tak tahu,tapi saja tak nak ambil kisah.Aku taknak suami aku nanti ada penyakit kronik,aku taknak anak-anak aku influence dengan bapak dia utk merokok juga.Sebab kalau anak aku juga merokok,akulah ibu yang paling KECEWA dan LULUH HATINYA dalam dunia ni.Toksah cakap anaklah,kalau adik aku smoke pun,hati aku rasa macam kaca yang terhempas atas batu.Kecewa yang teramat..
Lagipun abah aku tak merokok,dan 65% daripada seluruh ahli keluarga besarku tidak merokok.So kalau aku dapat suami yang smoke,aku rasa macam aku dah break the rules.
3.Bertanggungjawab.
To me,bertanggungjawab is a BIG word.Ia merangkumi pelbagai aspek.Tanggungjawab kepada agama.Tanggungjawab kepada diri sendiri.Tanggungjawab kepada ibubapa.Tanggungjawab kepada isteri.Tanggungjawab kepada keluarga..Ish,kalau aku elaborate,sampai esok tak habis.Tapi korang paham kan maksud aku?
4.Periang dan kelakar.
Aku bukan seorang yang serius sepnjang masa.Aku suka buat lawak dan gila-gila.Kalau takleh bawak gurau,gi masuk surau!ngehehe.But please noted,gila-gila dan tak matang adalah 2 perkara berbeza.Kalau suami aku berperangai macam budak-budak,aku tak boleh.
I mean,kalau kebudak-budakan dari segi lain macam terlompat2 ke,suka kumpul toys ke,tu citer lain.Tapi kalau bersifat kebudak-budakan dalam mengurus rumah tangga dan membuat keputusan,memang TAK PATUT!I'm searching for a HUSBAND not a BOYFRIEND.I'm searching for a MAN not a BOY.
5.Open minded and adventurous.
Aku suka kalau husband aku berfikir diluar kotak.Aku suka yang berfikiran jauh ke depan.Bukan kolot dan masih terperap bawah termpurung.Bukan hanya pandang di dalam Malaysia je,tapi luar dari itu.Hehe.Paham tak maksud aku?Kebetulan aku ni suka travel dan buat aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan mental aku.Sebagai seorang muslimah,it's not nice for me to travel and do any activities alone without any companion.
6.Penyabar.
Aku mengaku aku ni jenis mudah melenting dan selalu moody.Tapi aku bukan panas baran ye.Tu lain.Jadi aku ni elemen api boleh dikatakan.So aku mengharapkan suami aku elemen air.Aku tak suka yang panas baran dan kaki pukul.Siapa suka kan?
Dalam rumah tangga pun kene ada balancy,let's say si ibu ni tukang marah anak kalau dia buat salah,si ayah pula tolong cool down kan dan tolong nasihat si anak dengan cara lembut pula.Baru seimbang.Kalau dua-dua tak pandai marah,huisyoo naik lemak protein la si anak tu.Sama juga kalau dua-dua kuat marah,ish..mau nya si anak pulak jadi referee tengok mak bapak dia bertekak!Parah..haha
7.A family man.
Maksudnya lelaki yang mementingkan keluarganya.Yang suka spend time dengan keluarganya berbanding keluar lepak setiap malam kat warung kopi dengan member-membernya.Heloooo..kau tu bukan bujang lagi nak lepak kat luar sampai tengah malam tinggal anak bini kat rumah tu!dah kawin buat cara dah kawin la,kalau rasa2 cam tak boleh nak tinggal habit kau tu,baik awal-awal lagi jangan ajak aku kawin.Kawin lah dengan member ngopi kau tu! *gaya mak tiri cekak pinggang sambil mengunyah sirih di tepi bibir*
Ha..rasanya tu jelah kot apa yang aku boleh list down kan setakat ni.See..takdelah serumit mana pun kan?Korang je yang fikir aku ni kompleks,rumit dan kusut.Ceh!Tak salah kan untuk aku mengharapkan seseorang yang ada ciri-ciri diatas?Bukannya aku mintak sedulang hati lelabah,secangkir darah ratu semut kerengga ataupun sebotol air mata burung kakak tua.Aku mintak yang biasa-biasa je.Yang senang dicari.Hehe.
Mungkin bagi korang aku ni kelihatan macam memilih dan kompleks sebab sifat paranoid dan trauma aku kan?Ya.Aku memang ada bad experiences about this.Yang merubah persepsi aku pada lelaki dan cinta dengan serta-merta!Aku jadi paranoid dan trauma sangat2.Tapi aku juga macam manusia biasa,ingin mencintai dan dicintai...*ok aku rasa nak muntah bila tulis ni.apahal jiwang sangat woi!* Tapi serius ah,aku pun teringin nak ada keluarga sendiri.Aku cuma perlukan seorang lelaki yang mampu menghilangkan rasa takut aku ni.Tu je..
Jadi anda rasa anda mampu?
Anda rasa anda layak?
Sila taip ON AKU LAYAK dan hantarkan kepada 32222
*RM0.50 akan dicaj untuk setiap sms
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Dah jangan korang gi send sms betul-betul lak.Kalau tak leh bawak gurau,gi masuk surau ah!Huehue.Tu jelah.Hati manusia ni hanya Allah yang pegang.Berdoalah supaya Dia buka pintu hati kita semua untuk seseorang yang terbaik untuk kita.Ameen ya rabb!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?