13 September 2012

Phuket Trip: Day 1 (8 September 2012)

Assalamualaikum rakyat jelata semua..

Ehem..setelah bertahun lamanya beta memendam perasaan yang membuak-buak untuk keluar negara,hari ni,tibalah masanya.Hoyeah..hoyeah!Ye..aku tahu apa yang korang pikirkan,dah 25 tahun baru nak ke oversea kan?Well,korang ingat semua berduit dan berpeluang macam korang ke ha?Beli tiket dan terus pergi je tanpa perlu mengira fulus yang berada dalam genggaman?Ceh,emosi mengalahkan sinertron seberang.Haha.Tapi,Alhamdulillah peluang aku dah pun sampai.Jadilah daripada takde kan.Alangkan buat passport pun aku excited macam dapat report kad yang penuh dengan keputusan A je!
Ye,aku memang pelik sikit.Silalah telan air liur bebanyak.
 -__________-"

Ok nak dijadikan cerita,kitorang ke Phuket bertiga.Aku,Mira dan MayMay.Kitorang naik flight AirAsia dan depart pukul 7.25am.Yes,awal-awal pagi hokay flight kitorang.Jadi nampak tak betapa semangatnya kitorang sampai sanggup bangun pepagi?Kitorang sume jumpa kat airport memandangkan aku dari Melaka,diorang dari Kl je.Sampai sana,aku yang first timer naik international flight ni,agak terkial-kial dan tenganga-nganga sikitlah.Nasib baiklah abah aku assist.Ceh!:p So,dah jumpa Mira dan MayMay,kitorang check in.Dah nama pun first timer kan,baggage aku kena tahan sebab aku bawak creams which is flammable and forbidden.Terpaksalah aku korbankan losyen dan hair cream yang paling aku sayang tu.Sobs.Takpelah pacik,saya pasrah.Then,kitorang terus naik flight and we about to depart.

Eceh muka konon nak cover macho,padahal dalam hati girang-gemirang duk dalam flight

Dalam 1 jam setengah,kitorang sampai ke Phuket Airport.Bila turun je daripada deck tu,dan nak lepas daripada gate diorang tu,bila aku ternampak tulisan Sanskrit Thailand di mana-mana,dengan orang-orang yang berbahasa Thai,aku macam tak sangka akhirnya aku berada LUAR dari Malaysia akhirnya.Perasaan tu memang girang tak terkatalah!Tapi aku act cool je,tanak lah tunjuk jakun sangat kan.Wat lek sudah.Ceh,padahal..ko rasa macam nak melompat-lompat kat situ kan aida?


Sampai sana kitorang bagaikan artis luar negara yang berkunjung ke thai untuk mengadakan konsert!Diserbu dengan pacik2 teksi,minibus,agensi pelancongan dan macam-macamlah.Lepas tu ada sorang mamat cina ni share teksi dengan kitorang,so tak kisahlah,dapat murah sikit.Rata-rata taxi situ nak ke hotel kitorang kat Patong tu diorang charge 650bhat/RM65 satu kereta.Kalau minibus murah sikit,dalam 500bhat/RM50 tak silap.Cuma nak kena menunggu sikitlah nak penuhkan van.So kitorang decide untuk naik taxi je share dengan mamat cina tu yang kebetulan nak ke Patong gak.

 Taxi dah berderet-deret menanti penumpang diluar airport

Dalam perjalanan tu,sempatlah tengok macam mana rupanya Bandar Phuket ni.Lebih kurang macam Malaysia gak lah.Sekali driver taxi tu gi stop kat Travel Agency office dia.Ceh!Jadi kami pun dipukau lah dengan pakej2 yang disediakan.Agak lamalah kitorang decide nak amik pakej yang mana sampai mamat cina tu aku rasa dah berbulu dah dengan kitorang.Haha.Tulah,siapa suruh tawar diri nak naik dengan kitorang..Kuikui!Ehem..yang entertain kita tu Muslim,even taxi driver tu pun Muslim.So jangan risaulah,Muslim kat sini agak ramai.In the end,kitorang amik pakej ke Phi Phi Island dan James Bond Island dengan harga lebih kurang 3600bhat/RM360 untuk 3 orang.Pakej ni termasuk sekali dengan transportation,buffet lunch dan aktiviti.So,oklah kot.Kitorang pun malas nak mencari-cari lagi since dah ada depan mata ni kan.Walaupun instinct hati mengatakan pasti ada lagi yang murah daripada ni,tapi entahlah,kitorang setuju dengan pakej tu.

Yeay!Hari pertama duit dah banyak terbang.So,to the hotel we go!

Hotel kitorang Cello Hotel terletak di Nanai Road.Untuk 2 malam,2 orang,hanya 1009bhat/RM100.90.

 Kat bahagian cafe and bar hotel

Bilik kitorang.Design memang mantap.Pakai timber as wall panelling lagi.Eceh,si interior designer sudah meniliti

Dah check In dan bersih-bersihkan diri kejap,kitorang pun ronda-ronda Patong Beach ni.The first thing is,Mira dan MayMay nak withdraw money sikit daripada ATM.Sebab diorang memang saja taknak bawak lebih daripada Malaysia.Sekali bila ke ATM,operation FAILED!Gi try ATM lain pun failed.Menggelabah beruklah kitorang kejap.Sebab kitorang bawak lebih kurang 5000bhat/RM500 je dari Malaysia.So kitorang ingat memang cukup.Tapi pakej ke pulau je dah 1200bhat/RM120 sorang.Tu belum masuk shopping,makan,jalan-jalan lagi tu.So,MayMay try call mami dia for some help.

Masing-masing tengah buntu sekejap bila ATM error
-___-"

Sambil -menyambil tu,kitorang teringin nak ke Jungceylon,shopping mall yang terbesar di Patong.Kitorang tau dia dekat2 dengan hotel kitorang je,tapi tak tau camne nak kesana.So kitorang tanya sorang minah Thai ni.Tapi dia lak tak pandai cakap English and paham sikit2 je apa yang kitorang cakap.So bermulah babak si ayam dan si itik.Kitorang tanya dalam English,dia dengan selambanya jawab dalam bahasa thai,macam confident je kitorang mengerti setiap bait perkataan yang dituturnya.Memang kelakar lah!Aku salute tahap keyakinan dia.Hahaha.Last-last dia kata dia nak tumpangkan kitorang naik motor dia.Ya Allah,mulianya lah hati budak ni.Mula-mula dia angkut Mira dulu.So mira pun dengan pasrah la “diculik” oleh minah thai ni.Lepas dah hantar mira,aku ingat dia nak bawak aku lak,sekali dia suruh MayMay naik sekali.Biar betik,naik 3 orang satu motor?Dah lah takde helmet!
Aku tanya balik dengan dia,”Can ah?” dah macam nyonya2 mesia je aku ni kan?Haha.
Lepas tu dia jawab “Chai Ka” means boleh…Kitorang pun naik jela.
Dah lama weh tak naik motor bertiga!haha..Sekali Jungceylon tu belakang hotel kita je kot.Dalam 4 minit jalan kaki boleh sampai.Tapi dek kerana kemuliaan hati minah Thai yang ingin memartabatkan bahasanya berbanding bahasa Inggeris tu,kitorang sedekah dia 60bhat/RM6.Mula-mula dia tanak,tapi kitorang bagi je!Tapi tulah,lupa pulok nak tangkap gambar dia,kalau tak,boleh sematkan dalam blog aku yang comei ni.Ahaks!

Jungceylon,memang besar gila!Sekali pandang,environment dia tak macam kat Thailand langsung,tapi  macam kat Singapore.Walaupun aku tak pernah ke sana,tapi aku tau lah jugak sikit-sikit.Mat Saleh tak terkira ramainya kat sini weh!And most of them migrated here.

 Jungceylon mall merupakan shopping mall terbesar di Patong

 Kat tepi mall ada lorong jual kraftangan dan western restaurant

 Kraftangan yang dijual memang comel-comel.Tapi kitorang buat tak nampak je sebab duit limit der!
T________T

Western Restaurant

 Water feature kat tengah-tengah bangunan.Cuaaanntiikkk!

So kitorang pusing-pusing mall.Mall macam biasa jelah,semua sama je.Then we went to the foodcourt for some lunch.Aku dah survey,foodcourt kat situ ada satu yang halal.So memang ada.Naik je escalator,dia belah kanan sekali.

Ha...ni kedainya.Rasanya the only halal food kat foodcourt ni

Kitorang sempat berbual dengan ownernya.Rupa-rupanya dia ada darah Malaysia gak.Mak nya orang Johor/Pahang,ayahnya orang Thai.Diorang ni paham bahasa Melayu sikit-sikit je.Tapi si MayMay ni gi bantai cakap macam biasaaa je dengan makcik tu.Dah terkebil-kebil dia.Haha.

Kitorang order Nasi Goreng Tom Yam Ayam dan Nasi Goreng Tom Yam Daging.Both harganya 100bhat/Rm10 setiap satu.Agak mahal gak la kan…=_=” Tapi sedapnya,mak aih..sampai  tak kisah lah dengan harganya,sebab berbaloi!

 Ada satu benda yang menarik perhatian kitorang.Cutlery tray diorang disediakan sekali air panas untuk kita celupkan sudu garfu sebelum guna.Kebersihan dijaga!Kalaulah malaysia ada jugak.

After puas berjalan di mall,kitorang masih tak putus asa untuk try cari ATM lain mencuba nasib,but still fail.Setelah mami MayMay membantu,rupa-rupanya nak kena activatekan kad ATM tu sebelum nak ke oversea.Mira bengang ah sebab aritu dia tanya,bank tak bagitau pun nak kene activate.Sebab tu dia yakin dia boleh withdraw kat sini.Nak pakai debit kad pun tak boleh.Nasib baik aku ada bawak duit Malaysia sikit,aku exchange terus dan aku ada credit card,boleh la swipe.But tak semua tempatlah boleh swipe kan..takkan nak shopping kat pasar malam pun nak swipe.Memang gebang lah kan.Great,kitorang baru sampai kat sini,duit dah tinggal cukup-cukup.Nasib baiklah pakej pulau kitorang tu termasuk sekali transportation balik nak ke airport.Kalau tak,jadi minah siam lah kitorang weh,serius!But still,mestilah nak shopping2 and perlu duit sikitkan?Sebab dah stress,kitorang decide nak balik hotel je.Malam tu,Maymay kata dia dah inform bank,and dah boleh guna ATM kad.Thank God!But Mira je la tak lepas ni.Memang dugaan la.

Petang tu,kitorang nak lupakan kejap masalah kitorang,kitorang ke tempat Bungee Jump.Si maymay ni kaki jump rupanya.So biar dia je lah buat sorang.Kitorang tunggu kat bawah je.haha.1500bhat/RM150 untuk satu terjun yang setinggi 60m pakai kren.Tengok macam best je.Teringin.Tapi..bhat saya tidak mencukupi! :(
 Kitorang tengok dari bawah jela ye..

Lepas tu kitorang nak tengok sunset kat Patong Beach.Kitorang cari motor untuk ke sana.Sorang 50bhat/RM5.Kat sini memang tak kisah naik motor bertiga.Si MayMay naik dengan aku,dari mula perjalanan sampai ke pantai asik tergelak-gelak je dia.Suke beno naik moto dia ni.Haha.

 Kalau kat Malaysia ni,mau kena tahan dengan pak polisi

 Minah ni lagilah.Happy kot dapat naik berdua je dengan pakcik ni :p

Motor memang berlambak-lambak dan macam-macam jenis kat sini.Siap modified lagi okay!Kiranya skuter-skuter comel tu dah sangat commonlah kat sini.Tak caya?Ha..nah..tengok..Rasa macam nak bawak balik satu je..



Dah kalau ada motor comel depan mata,takkan nak tengok je?Haruslah posing kan?Ala...macam tak biasa pulak.haha
Dah sampai Patong Beach,terkesima sekejap.Ramainya orang dan it’s about to sunset.Kitorang Nampak orang buat Parasailing,so we decide to try.1000bhat/RM100 utk sorang.But after bargain,diorang kasi 950bhat/RM95 je.Jadi nampak tak macam air duit tu keluar?Ya,kat Patong ni agak mahal sikit,so kalau nak datang,bawak duit lelebih sikit ye!Kalau tak nanti,senasib dengan kami.

Bila turn aku parasailing,perasaannya sukar digambarkan!Nak-nak bila saat kaki aku dah tak jejak tanah dan mula berada di langit (dah bunyi macam kuntilanak lah pulak.hahah).Ditambah pula dengan suasana sunset.Subhanallah MasyaAllah!Aku rasa aku macam seekor burung yang sedang terbang bebas menikmati panorama senja.Ayat kena dramatic sikit,baru korang paham macam mana cantiknya.haha.Aku diassist oleh sorang mamat kat belakang aku untuk kawal parachute tu.

Siap dia tanya aku,”You’re not scared?”,”No,I LOVE IT!” aku jawab.”Oh good!”,dia balas.Aku siap jerit-jerit riang lagi kat atas tu ok!Haha.


 Kaki tu ye cik aida..kaki tu..nak tegak..
-_-"

 Parasailing waktu sunset adalah pemandangan yang suka digambarkan dengan kata-kata.Hanya zikrullah yang mampu diungkapkan.Serius!

Lepas kitorang dah Parasailing,kitorang lepak je tepi pantai tengok matahari terbenam.Ha,time ni lah bermulanya macam-macam perniagaan.Ada yang datang jual floating lantern,lampu,LED,tattoo henna dan macam-macam.Si MayMay nak try tattoo henna tu.So bila dah pilih pattern yang berkenan,mamat tu pun start lukis.Dia siap bagi salam bila nampak kitorang yang berhijab.Dia pun muslim rupanya.Lebih kurang 1jam untuk siapkan henna tu.Sempatlah kitorang bersuai kenal.Dia tanya kitorang datang dari mana dan macam2.

Sekali dia kata “I know how to speak malay”.Kitorang pun terujalah.”Really,try?”

Mesti ayat-ayat basic macam Terima Kasih,Selamat Datang yang dia tau,kitorang expect.Sekali dia cakap,

”Aku terimo nikahnyo dikau dengan mas kawin tunaaaiii..!”

Kitorang tergelak-gelak besar dengar sampai mat saleh yang lalu tepi kitorang pun terkejut.Mana taknya,tak expect langsung dia nak cakap benda tu.Siap slank kelate lagi ok!PAKEJ!hahaha..Aku tak rasa dia paham maksudnya but dia kata kalau nak kawen dengan malay,kena cakap macam tu.Hah,nampak sangat ramai melayu kawen kat sini.Tak taulah samada kawen duduk atau kawen lari.Thailand lah katakan.LOL!hahahaa.Bila dia dah sebut lafaz tu,siap dia tanya MayMay,”So okay?”,MayMay pon melayan,”Okay”.So MayMay dengan mamat pelukis tattoo henna pun dah sah diijabkabulkan dengan bersaksikan kitorang dan dalam suasana romantic ditepi laut lagi.Ahaks!..tak tak..joking.LOL!Then tetiba dia tanya aku,”You love Thailand?”,”Yes”,aku jawab.”So you love me!”,mamat tu kata.
Eh mamat ni,loyar buruk la pulekk..

Bila dah siap tattoo henna tu,kitorang jalan ke Bangla Road.Kat sini terkenal dengan nightlife nya.Kejap,lagi sekali “Nightlife”nya.Ha,so pempaham lah ye.Banyak club,pub,bistro,gay club,strip club kat sini.Dengan spesis “SheMan”nya lagi.Errr..Aku ingatkan Bangla Road ni ada 2 options,satu “Nightlife” satu lagi nightmarket.Rupanya nightmarketnya seciput je,”Nightlife” je lebih.So kitorang jalan cecepat je la.Tak tengok banyak pun.Buat dosa je.Tapi satu yang best kat sini ialah,setiap 3 minit ko jalan,ko akan nampak ATM Machine dan Money Exchanger.Berlambak-lambak!Memang convenience lah.Satu benda je aku suka kat Bangla Road ni,ada binatang comel ni..But like i said,everything in Patong is NOT FREE!Ko nak tangkap gambar dengan dia kena bayar.Nak tangkap pakai camera ko pun kena bayar.So,kitorang pegang-pegang kejap je.Tapi,ya Allah,cutenya tak terkatalah.Dengan mata kuyu minta belas kasihannya,siap dipakaikan baju lagi.GERAM!

Ololololo...gewamnyew titewwww! *pangg!cakap bahasa bebetul bleh tak?*

Lepas tu kitorang straight ke Hard Rock shop.MayMay nak beli souvenir untuk family dia.Tapi dalam perjalanan ke Hard Rock,ada banyak kedai2 tepi jalan jual souvenir.Singgah lah jap beli ole-ole.Tak dapat nak beli banyak sebab duit aku limit.Sedih sangat.So sahabat handai dan familia di Malaysia,maaflah kalau ada yang tak dapat ye.Tengah jalan jalan tu,tetiba perut berkeronchong mak inang sayang pulak.Cari lah makanan yang murah-murah sikit sebab nak save budget.Then tersempak dengan makcik bertudung yang berniaga tepi jalan,siap dia tampal sticker “Allah Muhammad” atas cermin tu.So mestilah muslim peniaganya.Kitorang makan bihun sup 60bhat/RM6 semangkuk.Makan tepi jalan.Kerusi untuk duduk ada 3 je.Tapi orang yang order ramai!

 Halal food by the street.Jual atas moto je..

 Hawker tepi jalan,dengan harga RM6 semangkuk,memang agak pricey la kan...-_-"

Dah sudah makan tu,nak buang mangkuk polisterine dia,tapi tak jumpa tong sampah.Lagi satu yang menarik pasal Thailand ni,susah sangat nak jumpa makhluk yang bernama tong sampah.Tapi peliknya street dia bersih,tak bersepah pun.Diorang buang sampah katne?Kalau kat Malaysia,memang dah berlambak2 dah mangkuk tu kat tepi jalan,tapi sebab kitorang rasa bertanggungjawab,ecececeh,kitorang tanya nak buang katne.Dia ada sediakan plastic yang dia gantung kat motor dia.Jadi kita membuanglah…(eh?)


 Posing kat Hard Rock Shop :D

 Cantik costume kumpulan KISS kat Hard Rock Shop ni!

Lepas dah ke Hard Rock dan dah habis jalan,kitorang balik ke hotel naik motor je,sebab dah tak larat nak jalan kaki lagi.Sampai kat hotel,terus baling sekujur tubuh ni atas katil.Penat.Esok nak kena bangun pagi sebab minivan nak fetch kitorang ke Phi Phi Island pukul 8pagi.

Sambung lagi next entry :D
 

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...