Salam brothers & sisters,
Tajuk tak bleh blah.Dah macam lagu XPDC atau Liyana Jasmay plak.
"Aku tak percaya cinta.Aku tak percaya cinta.C.I.N.T.A"
haha.
Ok.
Semalam aku fetch adik aku,Amir daripada kampus dia kat Melaka ni je ha.Straight away from office aku angkat dia.Bonding aku dengan dia walaupun tak berapa nak gila-gila sangat macam dengan adik-adik yang lain,tapi kitorang suka membincangkan atau meluahkan sesuatu yang lebih serius dan relevan.Aku pun tak tahu sejak bila adik aku sorang ni jadi serius pulak.Mungkin sebab kitorang sama-sama anak sulung,dia pula sulung lelaki. (Yang penting aku still otai ok!hahaha)
Agak jarangla aku bertepuk tampar dengan dia.Kalau ada pun aku cuba bergurau dengan dia,let say pukul dia kat bahu dia,reaksi dia...macam muka "whatever".Duhhh..
Lepas tu,sedang aku leka membawa kereta,adik aku tetiba tanya.
Amir: " Kak,ko umur berapa?"
Aku: (aku macam dah dapat bau soalan apa dia nk tanya) "24."
Amir: "Apsal ko tak kawen lagi ha?"
Aku: *Tarik nafas dalam-dalaaammm* "Kalau dah ada calon dah lama aku kawen,masalahnya sekarang xde lagi so xkan aku nak kawen dengan diri sendiri?" (aku cakap dalam satu nafas dan laju2.haha)
Amir: "............."
Tak terkata ke bang?Haha.
Aku dah bosan dengan soklan ni.Last-last aku juga yang makan dalam nanti.Dok terpikir-pikir apsal laaaaa aku lom ada calon lagi sampai la ni..Apa yang tak kena dengan aku?Tak cantik ke?Sob..Sob..Eh!..Back to the topic.
Ok.sebenarnya bukan takde yang tanya-tanya.Tapi honestly,aku ni tak pandai sangat la bab-bab ni.Aku jadi kekok gila.Lebih-lebih lagi aku ni tak pandai sangat nak berlembut dengan lelaki.Maksudnya,layanan aku pada diorang 3stars la kot.Agak kasar!hehe.Atau mungkin juga aku berkasar sebab aku taknak things become out of control atau mungkin juga mereka-mereka ni tak dapat memenangi hati aku kot.Ntah.Yang penting,i do learn from my experiences.
*kasar disini bukan bermaksud kurang ajar.Tapi tidak bersifat seperti 'perempuan melayu terakhir'.Harap maklum.*
Sebab prinsip aku,lelaki yang aku boleh berlembut-lembut dengan mereka hanyalah MUHRIM aku je.Tapi kalau untuk Suami,mungkin aku akan jadi extra lembut macam jeli,cakap pun sepoi-sepoi macam angin laut,mata nak kelip-kelip bila cakap sebab nak control ayu.hahaha..motif?
Lain daripada tu kan boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan maksiat?Duk cakap lentok-lentok dengan ajnabi last2 cair.Bila cair syaitan pun buat party la...Nauzubillah.
Bila mencari suami,aku berpegang teguh pada ayat ni..
(ya,aku peminat Nur Kasih.haha)
Aku tengah mencari ketenangan yang boleh buat aku bahagia sampai bila2.Hanya satu perkara yang boleh buat hati aku berasa tenang setenang air sungai yang mengalir,cinta Haqiqi.Aku bukanlah nak kata aku ni alim sangat,aku banyak cacat celanya.Tapi aku inginkan perubahan yang haqiqi.Sekarang ni aku kejap atas,kejap bawah.Ya,sebab iman tu boleh naik dan turun.Aku perlukan seseorang yang boleh menjadi guider and reminder aku.
Macam korang main bola,kalau ada orang sorak-sorak,korang rasa yakin dan semangat nak menang kan. Macam tu jugaklah aku.Sebab aku rasa macam aku tengah main kat padang sorang-sorang.
Tapi satu penyokong satu pun xde.Apa kau rasa?
Haaaaaaa....
Tak kurang juga yang kata,
"Macam mana ko nak kawen kalau ko tak bercinta??"
*Tarik nafas dalam-dalam............*
Wake-up Muslims.Wake-up.Open your eyes wide.
Buka alQuran atau hadith.
Ade ke ayat-ayat yang bagitau rules sebelum kawen kene cintan mintun dulu?
Minda dan fikiran kita ni dah lama dijajah orang Barat.Sampai kita terikut-ikut trend dorg.
Ya,Rasulullah suruh kita kenal siapa yang bakal menjadi pasangan kita sebelum nikah.Tapi itu tak bermaksud Baginda suruh couple,kekasihan,bercinten,asmaradana segala.Ada cara lain lagi.
Jangan lovey dovey lebih2 dulu sebab belum tentu dia akan jadi milik kita.Kang kalau tak jadi,kita juga yang tertonggeng.Bila dah sah,haaaa...sukati korangla nak main golek2 atas bukit ke,lari2 celah pokok ke apa...
Impian masing2 nak bina keluarga sakinah,anak-anak soleh kan?Alhamdulillah.Tapi cuba fikirkan,kalau langkah permulaan dah salah,rasa-rasanya senang ke nak tercapai impian tu?
Contoh: Arkitek nak bina bangunan tinggi dan kukuh.Tapi tapak dia awal2 dah salah material.Construction salah.Segala-galanya salah.Agak-agak korang bila dah siap,bangunan tu boleh tahan berapa lama sebelum roboh?2bulan?1bulan?1minggu pun belum tentu kot.
Ada gak yang kata...
"Kau terlalu memilih.Terlalu mencari kesempurnaan."
Ya.Aku memang memilih.Aku memilih orang yang benar-benar mampu untuk membimbing aku dan keluarga untuk terus berada di landasan yang benar.Sebab,
Aku ni jenis tak mudah untuk fall in love with someone.Tapi once i do,kalah Shakespeare dan Shah Jehan nanti. #LOL. Tapi apa-apa pun Allah dan Rasul WAJIB di tempat yang teratas.Suami merupakan pengantaraan untuk mendapatkan redha Ilahi.
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Aku mahu cinta kerana Allah.Aku mahu cintakan suami aku kerana Allah.
So,jangan risau Amir.Kalau aku dah kawen nanti.Aku pastikan kau jadi orang yg paling sibuk masa wedding aku tu.Aku suruh kau basuh periuk belanga,kemas-kemas meja semua.Ada beran?Haha :p
3 comments:
entah kenapa rasa tersentuh pulak baca entry nie. menusuk ke dalam kalbu. Mira doakan kak nadia bertemu dengan lelaki yang baik dan soleh.
suwet sgt!!
no komen..
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?