21 December 2012

Dunia baru aku.

Salam brothers & sisters,

Sesungguhnya mengupdate blog adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.Memerlukan ketabahan dan konsistensi betul.Blergh~

Anyway.Apa khabar korang semua?(berangan konon-konon ada orang baca blog ni).Seperti title di atas,DUNIA BARU.Apa maksudnya?Cer teka?Kalau korang sebut kahwin..aku akan kata "Meh..takde benda lain ke dalam kepala korang?".Dunia baru yang dimaksudkan ialah dunia....

OUTDOOR SPORT!

Sebelum aku mula story,aku nak tegaskan.Niat aku berkongsi cerita ini adalah untuk mengajak korang untuk cuba benda baru/outdoor sports juga.Tiada niat langsung untuk mendabik dada.Takde apa yang nak dibanggakan sebab aku pun baru bertatih.Masih mentah.

Ok,back to story.Ya.Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh terjebak dalam dunia yang agak berisiko ni.I guess,semuanya gara-gara ramai kawan aku dah kawin,jadi aku diantara yang masih single ni termanggu-manggu sorang-sorang tak tau nak buat apa.Oleh kerana buntu dan agak kesunyian (ecece),tiba-tiba wujud satu perasaan nak cuba benda-benda yang sebelum ni aku tak pernah cuba.Mula nak mencabar diri sendiri.Yelah,sebelum aku disunting dan bakal menggalas tanggungjawab yang lebih berat,time yang masih solo dan takde komitmen ni lah masa yang sesuai.Tiba-tiba aku teringin nak jungle trekking.Sebab masa aku sekolah dulu aku pernah ikut camping.Oleh kerana rindu untuk pijak lecak,hirup udara segar dicelah-celah hutan belantara,aku mula mencari mana-mana aktiviti yang aku boleh join.Aku mana ada contact,serius tak tau nak cari camne.Takkan nak ikut camp sekolah adik aku pulak?Memang tak lah!


CONTINUE >>>

16 September 2012

Phuket Trip: Day 2 (9 September 2012)

Assalamualaikum


Sudah hari kedua kitorang ada kat Phuket.Harini,pepagi lagi kitorang dah bangun siap-siap nak ke Phi Phi Island.Kitorang takde swimming suit.Pakai je apa yang ada.Sebelum pukul 8am,kitorang dah tunggu kat lobby.Sampai je minibus,kitorang terus masuk dan adalah beberapa pelancong2 lain yang sama trip dengan kitorang.Sampai ke pier dia,kitorang ditampal satu sticker atas baju.Untuk differentiate kan trip.Kitorang dapat green sticker.Yelah,bukan main ramai yang nak ke Phi Phi Island tu rupanya.Sesak jugak la pier tu.

 Inilah pacuan kami yang mengambil kami dari hotel terus ke pier.Minibus katanya.Memang selesa!

 Kitorang ditampal sticker hati berwarna hijau.Kebetulan matching dengan baju iols kan?Ahaks!

 Bila semua dah ada kat situ,tour guide dia bagi rough information for today’s trip.Kita kesana akan naik speedboat.Disebabkan speedboat ni laju dan akan ada loncatan dan gelora paradigma,kitorang dibekalkan pil untuk mengelakkan seasick.Aku sebenarnya pun tak tahu aku seasick atau tak,sebab tak pernah naik bot,so aku amik jela.Kang buatnya termuntah atas bot,jatuh saham lak kang.Haha.Selain itu,trip harini ada aktiviti swimming dan snorkeling.Yes!Snorkeling,memang dah lama teringin nak try.Kitorang akan dibekalkan life jacket dan goggle secara free,Cuma kalau nak flippers,kena sewa 100bhat/RM10.Adoi,tapi kalau tak ambik kang,takut terpijak poison coral kat dasar laut tu.Terpaksalah ambik.

CONTINUE >>>

13 September 2012

Phuket Trip: Day 1 (8 September 2012)

Assalamualaikum rakyat jelata semua..

Ehem..setelah bertahun lamanya beta memendam perasaan yang membuak-buak untuk keluar negara,hari ni,tibalah masanya.Hoyeah..hoyeah!Ye..aku tahu apa yang korang pikirkan,dah 25 tahun baru nak ke oversea kan?Well,korang ingat semua berduit dan berpeluang macam korang ke ha?Beli tiket dan terus pergi je tanpa perlu mengira fulus yang berada dalam genggaman?Ceh,emosi mengalahkan sinertron seberang.Haha.Tapi,Alhamdulillah peluang aku dah pun sampai.Jadilah daripada takde kan.Alangkan buat passport pun aku excited macam dapat report kad yang penuh dengan keputusan A je!
Ye,aku memang pelik sikit.Silalah telan air liur bebanyak.
 -__________-"

Ok nak dijadikan cerita,kitorang ke Phuket bertiga.Aku,Mira dan MayMay.Kitorang naik flight AirAsia dan depart pukul 7.25am.Yes,awal-awal pagi hokay flight kitorang.Jadi nampak tak betapa semangatnya kitorang sampai sanggup bangun pepagi?Kitorang sume jumpa kat airport memandangkan aku dari Melaka,diorang dari Kl je.Sampai sana,aku yang first timer naik international flight ni,agak terkial-kial dan tenganga-nganga sikitlah.Nasib baiklah abah aku assist.Ceh!:p So,dah jumpa Mira dan MayMay,kitorang check in.Dah nama pun first timer kan,baggage aku kena tahan sebab aku bawak creams which is flammable and forbidden.Terpaksalah aku korbankan losyen dan hair cream yang paling aku sayang tu.Sobs.Takpelah pacik,saya pasrah.Then,kitorang terus naik flight and we about to depart.

Eceh muka konon nak cover macho,padahal dalam hati girang-gemirang duk dalam flight

Dalam 1 jam setengah,kitorang sampai ke Phuket Airport.Bila turun je daripada deck tu,dan nak lepas daripada gate diorang tu,bila aku ternampak tulisan Sanskrit Thailand di mana-mana,dengan orang-orang yang berbahasa Thai,aku macam tak sangka akhirnya aku berada LUAR dari Malaysia akhirnya.Perasaan tu memang girang tak terkatalah!Tapi aku act cool je,tanak lah tunjuk jakun sangat kan.Wat lek sudah.Ceh,padahal..ko rasa macam nak melompat-lompat kat situ kan aida?

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...