21 March 2013

XPDC Gunung Belumut,Kluang Johor

Salam brothers & sisters,


Setelah 9 bulan aku "berehat" daripada aktiviti hiking,ya SEMBILAN BULAN!Fuhh cepatnya masa berlalu.Akhirnya aku decide untuk cuba lagi sekali untuk mendaki.Pengalaman pertama aku mendaki iaitu di Gunung Irau,Cameron Highlands sangat-sangat memberikan kesan dan impak maksima kepada diriku.Hoho.Dengan aku takde pengalaman mendaki,dengan niat hanya suka-suki,dengan tak tahu apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa mendaki dan semua-semua yang berkaitan,aku main terjah je.Ya,memang aku sangat mental time tu.Tapi syukur takdelah sampai nangis-nangis,cuma aku asik duk marah diri sendiri,

"Camnelah aku boleh involve dengan benda ni?"
"Padan muka,nak sangat mendaki kan?Amekkaw!"
"Apa aku buat kat sini weh?Please...!"
"Tolonglah panggil sebijik helikopter amik aku.Aku dah tak larat dah!"
"Sumpah,inilah yang pertama dan terakhir.Aku takkan hiking lagi.Sungguh!"

Haha.Ya,sampai macam tu sekali monolog dalaman aku sambil-sambil panjat tu.Tapi terkadang rasa syok bila nampak pemandangan yang indah kat atas gunung tu.Bila start nampak trail yang curam tak hingat siap akar pokok berselirat dengan lecak lagi,aku mental lagi sekali.Jadi silalah ulang dialog-dialog diatas.Sebab memang tu je dialog yang aku ungkapkan bila aku tensi.Haha.

Tapi,pada 16 Mac 2013,aku decide untuk cuba hiking lagi sekali.Sumpah dah makan tuan.Sebab tu nenek cakap dulu jangan sumpah,tapi ko degil.Ha,amik!Aku sebenarnya pencinta alam.Aku sukakan hutan dan pokok-pokok yang menghijau.Jadi aku rasa tercabar bila tengok gambar-gambar FB member aku hiking dengan view cantik.Tiba-tiba monolog baik menjelma..

"Ish..cantiknya view!camne dia leh ada kudrat nak panjat ye?"
"Kalau diorang boleh,aku mesti boleh"
"Mungkin gunung pertama yang aku panjat tu,dalam kategori susah kot.Mana tau gunung lain tak sesusah tu?"
"Aku rindu bau dan bunyi hutan!!"

Jadi,aku sign up nama untuk ikut XPDC ke Gunung Belumut,Kluang Johor.THIS IS IT!THE WAR HAS BEGIN!And the journey starts now....


CONTINUE >>>

26 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 4-FINAL)

Salam brothers & sisters,



Sorry sebab lambat update part 4 ni.Weekend biasanya busy.Hehe.Anyway...dah bersedia untuk slot yang terakhir?Jom...Bismillah...

CONTINUE >>>

21 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 3)

Salam brothers & sisters,


Bila kita dah syok bincang-bincang pasal cinta,jodoh,kahwin dan sebagainya,kehadiran Tuan Suzardi atau dikenali sebagai Pakdi ni sedikit sebanyak mengheret kami untuk berpijak di bumi yang nyata.Cinta ya cinta juga,tapi cinta tak boleh beras,tak boleh beli rumah,tak boleh beli susu anak dan sebagainya.Duit pun nak kena ada bila nak membina keluarga.Segala-galanya adalah duit,tapi duit bukan segala-galanya.

Ok.Slot untuk ketiga kali ini bertajuk.......


CONTINUE >>>

19 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 2)

Salam brothers & sisters,



Ok kita straight away ke sambungan intipati daripada SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 yang aku dapat hari tu ye.Jom belajar sama-sama..Bismillah...


CONTINUE >>>

18 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 1)

Salam.

16 FEB merupakan hari lahir aku,aku tersangatlah jarang celebrate birthday aku.Kadang-kadang mama bake kan cake untuk aku dan celebrate dengan family,kadang-kadang aku beli kek sendiri lepastu bawak balik rumah,makan dengan family.haha..biasanya macam tu je lah kitorang anak beranak celebrate birthday.I guess,kitorang memang jenis family person.Agak jarang celebrate dengan member-member.(tapi kadang2 aku teringin gak senanya…:p).

Ok,back to the topic.For my birthday this year,I decided to celebrate it with a majlis ilmu.I went to the SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 anjuran OneHeart Creative Solution yang bertempat di PICC,Putrajaya.Seminar ni sebenarnya ada 2 hari berturut-turut.Hari yang pertama khas untuk orang single mingle dan ingin mencari jodoh.Manakala hari kedua lebih kepada orang yang dah berkahwin dan cara-cara untuk mengemudi keluarga.Tapi I went for the first day only.


CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...