19 February 2013

Hadiah birthday:Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 2)

Salam brothers & sisters,



Ok kita straight away ke sambungan intipati daripada SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 yang aku dapat hari tu ye.Jom belajar sama-sama..Bismillah...





       SLOT 2: PENGURUSAN JIWA oleh Ustaz Ridhauddin

1.Lelaki itu mempunyai 9 akal dan 1 emosi.Manakala perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal.

2.Bila kita berkahwin,jika kita tidak mengenali lelaki/perempuan dan ia akan membuatkan kita mudah emosi.Jadi,eloklah kita mengambil inisiatif untuk mengenal siapa lelaki dan siapa perempuan.Aku personally suggest,baca buku ni...
I have one and it's really good.Lelaki dan perempuan memang secara fitrah BERBEZA!

3.Rumah tangga  akan bermasalah  bila nakhodanya tidak tahu nak bawa rumahtangganya ke mana.Jadi,suami harus tahu kemana dia nak bawa rumahtangganya.

4.Lelaki: berkahwinlah untuk MEMBERI (beri syurga kepada isteri)

   Perempuan: berkahwinlah untuk MEMBERI (beri ketaatan kepada suami)

5.Bila kau keliru,mintalah fatwa daripada hatimu.

 “KEBAIKAN itu ialah suatu perkara yang datang dari hati dan merasa tenang dan tenteram daripadanya.Manakala  DOSA itu ialah suatu perkara yang menimbulkan rasa teragak-agak dan ragu-ragu dalam hati”


6. RENUNGAN….


Kenapa kita lebih berasa tenang bila kita mendengar bunyi-bunyi dari hutan berbanding bunyi mesin mahupun kilang-kilang?Sedangkan kedua-duanya berbunyi bising..

Kenapa kita berasa lebih tenang dan sejuk berada di tepi pantai berbanding di bawah penghawa dingin.Sedangkan kedua-duanya membuatkan kita berasa nyaman..

Ini kerana,semua makhluk sedang berzikir dan bertasbih kepada Allah,Cuma kita yang tidak faham.

Oleh itu,manusia,bila mahukan ketenangan,carilah Tuhan.carilah Tuhan.carilah Tuhan.



7.Jika belum ada jodoh,jangan runsing..SEDIAKAN HATI.Ada hati,tak semestinya kita sudah bersedia.Buka hati untuk Tuhan.Buka hati untuk mempertimbangkan jodoh.


8.Jika kita sudah cuba untuk jadi soleh/solehah,tapi kita selitkan pula dengan maksiat,semuanya akan menjadi kacau.

9.PERCAYALAH yang jodoh kita sudah tersedia,cuma kita perlu berubah jadi baik dahulu.

10.Men,by nature is NOT LOYAL (ini ustaz yang cakap eh,bukan aku.Tapi aku setuju 200%! :p) Tapi apa yang boleh membuatkan dia loyal ialah....agama.agama.agama.

11.Perangai buruk seseorang akan tetap kekal,hatta selepas kahwin sekalipun.Tapi sesuatu yang boleh mengubahnya ialah AGAMA.  



 
Ok.Itu sahaja untuk slot kedua ni..InsyaAllah sambung next entry.
Jom bersiap sedia untuk membina baitul muslim!He he he..
^_______^

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...