02 July 2009

The frozen tears


Air mataku membeku..

Ya Illahi,
keras sudahkah hati kecilku ini untuk menangis keranaMU?
Aku pinta agar air mata ini tidak berguguran kerana sesuatu yang selain daripadaMU..
Tetapi aku mahu menangis sepuas-puasnya keranaMu.
Kerana aku temui kekuatanku apabila aku merintih menangis keranaMU.

Aku sangkakan aku kuat jika aku tabah mengharungi dugaanMU tanpa tangisan kepadaMU.
Tapi aku silap....
Tangisan itulah yang sebenarnya membuatkan aku semakin kuat.Dikala aku teresak-esak menangis,aku merasakan hatiku merah membara dipenuhi cintaMU!

Biar..biarlah insan lain memandangku seolah-olah lemah dalam perjuangan hanya kerana aku menangis,
aku tidak peduli kata-kata mereka,kerana aku pentingkan pandanganMU,
aku mahu menjadi mujahidah disisiMu,wahai Kekasihku..

Ya Rabbi,
jauhkanlah aku daripada apa sahaja yang boleh menghalang aku daripada mengejar cintaMU..
Tiada lain yang kupinta selain daripada cinta agungMU..
Jangan lekakan aku dengan cinta kepada dunia dan cinta manusia.

Ameen ya rabbal 'alamin....

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...