Salam alayk..
Ditujukan kepada kaum Hawa diluar sana.:)
Kerja masak-memasak sudah sangat sinonim dengan kita bukan?Tidak kisahlah sama ada kita sudahpun berkahwin ataupun belum,yang pasti,kita tidak boleh lari daripada ketukan periuk dan senduk di dapur.
Kaum Adam sibuk berjihad diluar dengan mencari nafkah anak isterinya.Manakala kaum Hawa juga sibuk berjihad di dapur,memasak untuk suami dan anak-anaknya.Untuk berjihad dan mencari rezeki,kita memerlukan kudrat dan juga tenaga bukan?Lantaran itu,airtangan seorang isteri dan ibu itu sangat bermakna kerana ia akan mengalir di dalam badan.Biarlah walaupun lauknya hanya telur dadar dan ikan masin,tetapi kerana kasih sayang,keikhlasan dan tanggungjawab,InsyaAllah lauk-pauk itu akan terasa lebih sedap daripada hidangan ikan bakar.
"Apabila mengalirnya airmata seorang wanita itu ketika dia menghiris bawang untuk menyediakan makanan buat keluarganya,maka mata yang menangis itu dikira menangis kerana Allah!"
Oleh itu,saya hendak mengaitkan sedikit tazkirah saya ini dengan bidang saya....
Di sini,saya sertakan hasil 3D rendering saya sendiri.
Bahagian dapur ini saya designkan untuk customer di Putrajaya.Dapur gasnya terletak di bahagian luar.Memandangkan dapur ialah 'ruang jihad' bagi kaum Hawa,saya meletakkan elemen-elemen yang santai dan tenang.
Sistem pengudaraan yang baik juga amat penting bagi ruangan dapur untuk mengelakkan bau masakan terperangkap didalam rumah,lalu menyebabkan bau yang tidak enak.Kebersihan amat perlu dititik beratkan.Kalau rumah kotor dan berbau,macam mana kita nak melakukan ibadah dengan khusyuk nanti kan?:)
Di sini,saya juga mengaplikasikan warna kegemaran Nabi kita iaitu Hijau.Warna kabinet yang kontra dan sesuai dengan tema ruangan ini.Barang-barang keperluan di dapur juga perlulah disusun rapi dan disimpan didalam kabinet kerana kebersihan itukan sunnah nabi dan Allah sukakan keindahan.:)
Ruang ini bersebelahan dengan ruangan dapur tadi.Customer mahukan ruangan ini dijadikan Family Hall.Family Hall atau Living Room sangat penting didalam sesebuah rumah.Kenapa?
Kerana ruangan ini merupakan ruangan silaturrahim,dimana semua ahli keluarga akan bersantai bersama-sama.Bayangkan kalau sebuah rumah tidak mempunyai Living Room,mahupun Family Hall?Hmmmm...Masuk rumah,terus nampak dapur,terus nampak bilik.Alahai,bilakah masanya nak meluangkan masa bersama keluarga?
Jadi,ruangan ini sangat penting dan perlukan dihiaskan dengan elemen-elemen yang santai,selesa dan ceria!;D
Jadi,siapa kata bidang INTERIOR DESIGN tidak boleh dikaitkan dengan ISLAM mahupun DAKWAH?
Boleh je.....;)
ISLAM kan fleksibel!
21 May 2009
Interior Design:Kitchen and Family Hall
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?