19 April 2009

Wahai qalbiku....



"Carilah HATIMU sewaktu membaca al-Quran,jika kamu tak temui,
Carilah HATIMU ketika mengerjakan solat,jika kamu tak temui,
Carilah HATIMU ketika duduk bertafakur mengingati mati,jika kamu tak temui,
Berdoalah pada ALLAH,..
PINTA HATI YANG BARU.. "


Hati saya terasa sakit sekali,tersangat sakit.
Mungkin salah saya kerana tidak pandai menjaganya dalam situasi tertentu.
Sungguh saya tidak mahu ianya hadir lagi dalam hidup ini kerana saya tersangat bahagia dan tenang dengan kehidupan saya sekarang ini..
Pelbagai cara telah saya lakukan untuk memuhasabahkan diri,terasa sungguh sukar kerana saya berada dalam situasi yang sangat 'opposite'.



Saya bagaikan terlalu sukar untuk mengingati 'cinta hati' saya yang satu pada ketika itu.Betapa perit rasanya bila berjauhan denganNYA!Ah,syaitan itu ternyata sentiasa mengambil peluang dikala manusia sedang lemah dan leka.Saya tak putus-putus berdoa dan muhasabah diri walaupun saya tahu terasa sukar.Terasa ia bagaikan 'bernafas dalam lumpur'.Ya,bagaimana boleh bernafas jika tiada oksigen disekeliling?Namun saya kuatkan iman.

Saya mengambil inisiatif lain yang boleh mendekatkan saya denganNYA.Saya cuba membayangkan wajah-wajah yang boleh mengingatkan saya kepadaNYA.Saya cuba menyebut nama-nama yang boleh membuatkan saya berasa tenang di dalam lembayung rahmatNYA.Saya membayangkan insan-insan yang boleh menjadi jambatan untuk saya mendekatiNYA.Saya cuba mengingatkan diri saya yang saya telahpun berjumpa dengan insan yang jauh lebih baik walaupun ianya mungkin hanya ilusi saya sahaja.Saya menghela nafas lega,walaupun tidaklah dapat sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya hati saya kembali tenang.Tapi ia hanya bertahan seketika cuma,oleh itu saya terpaksa kerap melakukannya.Ah,terseksanya!!Timbul pula rasa menyesal,kenapa saya 'menjemput' diriku kedalam situasi sebegini.Tapi saya redha,dua kakiku telahpun jejak disitu.Tidak mungkin untuk berpatah balik.Saya ikhlas melakukannya hanya kerana Allah,bukan selain daripada itu.

YA ALLAH,
TEMUKAN AKU DENGAN INSAN YANG BOLEH MENJADI JAMBATAN BAGIKU UNTUK BERADA DEKAT DENGANMU....

YA ALLAH,
TEMUKAN AKU DENGAN INSAN YANG BOLEH MEMBUATKAN AKU UNTUK LEBIH MENCINTAIMU...

1 comment:

Muhammad Taufiq Zulkefli said...

salam..good post..hati ni memang benda yg utama bg kite..dgn hati,seseorang itu boleh jadi baik atau jahat..Rasulullah s.a.w pernah menegaskan bahawa tidak lurus keimanan seeorang selagi hatinya tidak lurus..dan tidak lurus hati seseorang sehingga lurus lidahnya..jom sme2 renung2kan

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...