Pagi ahad semalam,
aku dikejutkan dengan sebuah berita yang kukira boleh merentap jantungku.Seolah-olah aku juga merasakan 'keperitan' itu.Kurenung dalam-dalam surat khabar yang erat ditanganku.Ku tatap gambar yang disiarkan itu.Ku istighfar sedalam-dalamnya.Tinggi harapan aku bahawa berita itu palsu sama sekali.Tak mungkin!Pasti pelanduk dua serupa!Beliau boleh dikira pelopor pada waktu dulu.Mereka terkenal dengan dakwahnya.Ini tak mungkin!Tidak,aku tidak akan mempercayai berita tersebut.Namun sebanyak mana aku sangkalkan berita itu,ia tetap berlegar-legar difikiranku.
Aku tidak sedap hati....
Malam itu,aku terus melayari internet dan ingin mencari maklumat lebih terperinci lagi dan aku sangat berharap aku akan menemukan bukti-bukti yang dapat menyangkal berita yang maha mengejutkan ini.Namun hampa,hampir segala bukti mengiyakan berita tersebut.Tidak!Aku amati bukti-bukti tersebut.Memang tak dinafikan raut wajah itu serupa!Suaranya pun serupa!Ah,tak mungkin!!
Aku cuba kuatkan hatiku bahawa berita itu pasti palsu.Beliau pasti akan tampil ke khalayak ramai dan mengatakan "Itu bukan saya!".
Namun semakin kutepis,semakin hatiku tidak dapat menafikan bahawa gambar itu adalah dia.
"Ya Allah!!
Tuhan yang membolak-balikkan hati hamba-hambaNya.Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami sesudah Kau memberi petunjuk kepada kami"
Pantas airmataku mengalir insaf dan ketakutan.Ternyata Allah itu berhak dan berkuasa mengambil semula hidayah yang telah diberiNYA.Ku mohon ya Allah,jangan tarik balik hidayah yang telah Kau berikan kepada kami...Ku mohon wahai Tuhan yang Maha Mengasihani.....
Berita tersebut seakan-akan 'wake-up call' untukku.Seakan-akan Allah sedang berkomunikasi denganku dan memberitahu,
Selagi hidayahKu masih ada di dalam hatimu,teruskanlah usaha untuk mengekalkannya.
Selagi kau masih memiliki hidayahKu,selagi itulah kau merupakan antara hamba yang paling bertuah.
Jangan sekali-kali pasrah dan tunduk dengan hasutan syaitan.
Jangan sekali-kali mengatakan kau telah hilang hidayahKu,kerana ia tidak hilang,cuma ia memudar.Justeru itu cuba untuk menggilapkannya semula.
AKU tidak akan sekali-kali melupakanmu,tetapi kaulah yang melupakanKu.
AKU tidak akan menjauhimu,tapi kaulah yang telah menjauhiku dan terleka dengan mainan duniawi.
AKU tetap akan mengekalkanmu di atas landasan yang benar,selagi kau benar-benar mahu dan benar-benar berusaha.
YA ALLAH!!!!!!!!!!
Ampunkan dosa-dosa hambaMu ini yang cepat patah hatinya..
Ampunkan dosa-dosa hambaMu ini yang cepat lemah...
Kumenyeru kepada saudara Khairul Idzwan Baharin ex-vokalis Saujana,kembalilah semula ke pangkal jalan jika benar gambar yang terpapar itu adalah dirimu.
Allah sedang menguji dirimu wahai saudaraku.
Kau merupakan antara orang yang paling bertuah kerana terpilih untuk memperjuangkan keindahan Islam dalam industri nasyid ini.Penghijrahanmu seolah-olah hilangnya seorang khalifah yang berani.
Pintu taubat masih terbuka,jangan rosakkan imanmu dengan hasutan syaitan.
Carilah semula jalan lurus yang pernah kau lalui dulu, agar kau dapat menikmati syurga yang telah dijanjiNya.
Jangan sia-siakan perngorbananmu terhadap Islam sewaktu ketika dahulu.
Saya sebagai peminat nasyid,amat kecewa dan terkejut dengan penghijrahanmu ini.
Kembalilah ke pangkal jalan.........
Saya tidak berniat langsung untuk mengaibkan saudara dengan post ini,tapi ini sebagai muhasabah diri dan pengajaran untuk saya dan insan lain yang hampir putus asa dengan ujianNya.
Ya Allah,
Bantulah saudara kami,Khairul Idzwan Baharin untuk kembali ke dalam lindungan hidayahMu.
Saya masih berharap bahawa gambar itu adalah palsu dan pelanduk dua serupa!
02 March 2009
DIA berhak memberi dan mengambilnya semula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bleh kak ct nak tgk pic izwan tu?
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?