15 February 2009

Mereka tak seperti yang kusangkakan...

Pada suatu hari ketika di pejabatku..
Aku tak dapat pulang ke rumah untuk makan tengahari seperti biasa kerana aku tidak bawa kereta seperti biasa dan ibubapaku agak sibuk untuk mengambilku dari pejabat.Terpaksalah aku stay di pejabat dengan tidak punya apa-apa bekalan makanan pun ketika itu.Aku buntu mahu cari makanan dimana.Kedai makan di kawasan itu semuanya makanan cina.Hm....aku pun 'berpuasa' jelah.Sudahlah sarapan pagi pun aku tidak ambil.Memang perutku sangat kosong.



"Aida,u tak balik makan ke?",tanya bosku ramah.
"Err..tak..my dad sibukla nk ambil i..Em..kat sini kedai makan melayu yang paling dekat kat mana ye?",tanyaku.
"Dari sini agak jauhla".
"Ohh...",ku menghela nafas.Jawabnya,terpaksalah aku mengikat perut.
"Aida,u minumla minuman panas.Kat sini ada Vico.Nanti i ambilkan cawan baru untuk u ya!",pelawa bosku apabila melihatkan reaksiku.

Pantas dia bangun dan carikan sudu dan cawan yang baru untukku.

"Ini ada biskut.U makanlah.Halal...",dia menghulurkan sekotak biskut padaku.
'Alahai..baiknya dia...concern sungguh dengan adab pemakanan orang Islam',monolog hatiku.

"Nanti,esok u bawalah sudu dan cawan sendiri ya.Kat sini ada maggi kalau nak makan..",pelawanya lagi.

Aku tersenyum.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 1.40 tengahari.Waktu Zohor sudahpun masuk.Aku terasa malas untuk menumpang bilik solat di deretan pejabatku.Dengan harapan yang tinggi aku harapkan bosku mengerti waktu solatku pula.

"Errr..miss.U ada tak tikar ke,carpet ke atau apa-apa sajalah untuk i alas.I nak sembahyanglah",dengan beraninya aku bertanya kepada bosku.

Memang ada ruang di belakang untuk solat.Tapi lantainya berdebu dan aku perlukan sesuatu untuk mengalasnya.

Dengan gegasnya dia bangun dan mencari apa-apa sahaja yang boleh dipakai.Pada mulanya dia memberi aku kotak lama.Aku cuba membentangnya di atas lantai sambil diperhatikannya.

"Cukup tak?",tanyanya.
"Cukup..",aku tersenyum.
"U tau tak directionnya?",tanyanya lagi.
"Tau..."
"Wah,pandai ya!"
"Eh,saya tanya orang berdekatan kat sini...."
"Eh,takpelah.I bagi u rubber tiles.Nanti bila-bila u nak sembahyang,u tak payah alih-alihkan lagi.Tapi kotor sikitlah.Nanti i bersihkan."
"Owh..ok..Takpe,biar i yang bersihkan",aku terharu sangat.

Fuh........nasib baiklah mereka understanding tentang agamaku.Alhamdulillah.
So harap-harap,esok-esok kalau aku datang ke pejabat dengan berjubah,mereka tidak kisah.Amiin...=)

No comments:

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...