Petang Isnin(5.1.09) memberi seribu makna buatku.
Pada asalnya,aku hanya mahu menempah sepasang baju kurung buat diriku.Tetapi,dengan takdir Allah,aku temui 'sesuatu' yang baru.Aku bertemankan ibuku pergi ke rumah si tukang jahit.Ini kali pertama aku ke sini tetapi ibuku pernah kesini untuk bertanyakan tentang tempahan.Pada mulanya,dia kelihatan enggan untuk menerima tempahanku memandnagkan jadualnya yang sangat padat.Tetapi setelah dipujuk ibuku,lembut juga hatinya untk menerima.Sewaktu aku dipanggil untuk mendapatkan ukuran badanku,si tukang jahit itu bersuara...
"Awak ni sekolah agama ke?",tanyanya apabila melihatkan aku mengenakan tudung labuh dan berT-shirt labuh.
Aku terdiam.Sudah biasa mendengarkan orang berkata,asal tudung labuh dan baju labuh,pasti sekolah agama!Tapi kalau nak diikutkan aku ni biasa-biasa sahaja.
"Taklah",aku tersenyum memandangnya.Dengan harapan dia dapat mengubah pandangannya bahawa tak semestinya orang yang bersekolah agama sahaja boleh memakai yang labuh-labuh.
"Zaman sekarang ni susah nak tengok orang bertudung labuh,awak pula suka",katanya tersenyum sambil memandang ke arah ibuku.
Aku hanya tersenyum.Bimbang kalau-kalau dengan kata-kata pujiannya dapat menimbulkan perasaan mazmunah dalam hatiku.
"Makcik,lengan tu nanti buat butang ye!",kataku.
Dia memandang tepat pada anak mataku.Kemudian dia terus setuju.Usai sesi pengukuran badan,kami berbual-berbual.Si tukang jahit itu tak habis-habis memujiku,aku hanya tersenyum biasa saja.Tersangat bimbang jadi lain pula.
"Anak makcik pun pakai baju dan tudung macam awak juga.Anak makcik sekolah agama",beritahunya.
"Kadang-kadang anak makcik yang tegur cara pakaian makcik yang terkadang agak tak sesuai.Bukannya apa,dulu makcik tak sempat merasa nak melaram baju lawa-lawa.Sebab asik mengandung je.Makcik pula alahan pada mekap dan baju-baju cantik ni.Lepas dah melahirkan yang bongsulah baru makcik baru boleh melaram.Itupun,baru nak melaram,anak-anak dah tegur makcik",ceritanya panjang lebar.
Aku dan ibuku tertarik dengan ceritanya,lalu kami biarkan dia sahaja yang bercerita.
"Makcik dulu bekas sekolah agama.Pakaian makcik dulu serupa macam kamulah.Cuma bila habis belajar tu,makcik tukar imej makcik.Bukannya apa,makcik asal dari Sabah.Tahu-tahu jelah macam mana keadaan Islam kat sana.Anak-anak dara semua berseluar pendek.Makcik pun terikut-ikut.Tapi Alhamdulillah makcik dapat suami yang baik,makcik pindah Melaka.Tapi makcik macam ni sahajalah",terangnya lagi.Kata ibuku,suaminya mengajar kanak-kanak mengaji.Baguslah.
"Bila anak-anak makcik dah tegur makcik,makcik baru tersedar.Sebelum ini,suami selalu juga menegur,tapi makcik endahkan.Tapi bila anak-anak yang tegur,makcik rasa malu pula.Cuma makcik dapat beritahu mereka,tunggulah mungkin umur makcik dah sekian sekian baru makcik pakai semula pakaian labuh.Tapi baguslah kamu yang tak pernah bersekolah agama ini mahu memakai tudung dan pakaian labuh.Tak perlu susah-susah ibu untuk mendidik.Nanti makcik pun nak asuh anak makcik pakai tudung macam awaklah",katanya sambil membelek-belek tudung labuhku yang kujahit sendiri.
"Anak makcik seorang sahaja perempuan.Dia lah aset makcik.Makcik nak didik dia dengan didikan agama supaya dapat jadi bekal di akhirat kelak.Hanya itu sahaja yang makcik mampu",katanya lagi.
"Makcik ambil tempahan orang untuk menjahit ini pun dah dikira berbakti kepada orang juga.Besar pahalanya,makcik!",aku memujuknya.
"Itulah.Lepas ini makcik kalau boleh dah tak nak terima tempahat yang dikira bersubahat".
Bersubahat?Apa maksudnya?
"Makcik dah tak mahu ambil upah orang-orang yang kainnya jarang tanpa lining,kain belah dan macam-macam lagi fesyen yang mendedahkan aurat.Makcik akan terima kalau yang ada lining sahaja,kalau tak,makcik tak nak.Lepas ini,makcik akan ambil tempahan baju kurung sahaja",meluahkan azam barunya padaku.
"Baguslah macam itu makcik.Berdakwah melalui kerja yang makcik lakukan.Mudah-mudahan rezeki yang makcik terima diberkahi Allah",aku mendoa untuknya.
"Saya sukalah anak awak.Susah nak tengok orang yang pakai macam ini,berstoking lagi.Sejuk perut mak mengandung.Makcik nak jadikan awak idolalah!",katanya bersungguh-sungguh.
Ibuku tersenyum memandangku.
Aku kaget!Tersentak.
IDOLA?
Layakkah aku menjadi idola buat dia dan anaknya?
Masih ada orang yang sudi menjadi diriku sebagai idolanya walaupun aku masih banyak kekurangan.
Terasa mahu dakap erat si tukang jahit itu kerana diselubungi rasa terharu yang teramat!
"Awak teruskanlah pakai macam ini.Dah akhir-akhir zaman ini,macam-macam boleh berlaku.Makcik pun rasa takut sangat dan harap makcik boleh bertaubat secepat mungkin",si tukang jahit memberi galakan kepadaku.Aku merasakan kata-katanya itu suatu semangat untukku untuk cuba istiqamah tambah-tambah lagi selepas ini aku akan melangkah ke alam pekerjaan.Dugaannya mungkin lebih mencabar kerana majikanku seorang Cina.Bolehkan dia menerima gaya penampilanku ini?Kata-kata si tukang jahit tersebut membakar lagi semangatku untuk terus berjuang.
Kami pun meminta izin untuk pulang memandangkan pelanggan yang lain tiba untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Sebelum melangkah keluar dari rumahnya,aku sempat mendoakan supaya Allah sudi mencampakkan hidayahNya kepada si tukang jahit tersebut.Moga rezekinya melimpah ruah.Amin....
05 January 2009
Si tukang jahit yang berjiwa Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam
Nice experience...
Harap ada lagi perkongsian menarik selepas ini...
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?