24 Nov 2008
Family day out.Emm...more to siblings day out actually because mama tak ikut sama.Kami ke Dataran Pahlawan Melaka untuk menonton cerita Madagascar 2.Pada mulanya,bila abah menyuarakan hasratnya untuk membawa kami ke wayang,saya agak kaget sebab mengikut apa yang saya tahu,kita tak digalakkan untuk ke panggung wayang.Ini kerana tempatnya yang gelap,bercampur dengan ajnabi dan macam-macam lagi lah.Tapi bila memikirkan yang 'aktiviti' ini untuk mengeratkan silaturrahim kami adik-beradik,saya akur juga dengan harapan niat baik saya tidak disalahertikan.
Adik-adik saya sangat suka dengan Madagascar.Memang tabiat kami apabila masa lapang,kami sering berkumpul di depan televisyen dan menonton bersama.Tidak kiralah yang komedi,seram,aksi atau yang lain.Bagi kami,masa inilah kami bergurau-senda dan erat.Bukannya tiada aktiviti lain yang boleh merapatkan silaturrahim kami,tapi ini adalah salah satunya.Bila menonton cerita komedi,kami ketawa bersama.Bila menonton cerita seram,kami kadang-kadang berkongsi bantal!(kerana adik saya penakut..huhu).Terasa rapat sangat ukhuwah antara kami walaupun kami sering bertengkar(biasalah tu...:P).Kadang-kadang saya cuba mengambil kesempatan untuk hidangkan mereka dengan hiburan untuk nurani samada di astro oasis ataupun di mana saja.Terpulanglah samada mereka terima atau tidak,tetapi sekurang-sekurangnya saya tidak mahu mereka terus leka dengan hiburan dunia yang boleh melalaikan.
Saya sebagai anak sulung,saya amat merasakan tanggungjawab saya untuk menjadikan manusia yang berjaya dunia dan akhirat.Kadang-kadang,saya lebih tegas berbanding ibubapa saya..huhu.Tapi ibubapa saya tidak menegur saya kerana mereka tahu tanggungjawab saya pada mereka.Hmm...yang penting bukan mudah untuk 'mengajar' mereka..kerana saya tidak ada bakat untuk menjadi murabbiah..huhu..
To my siblings,ana uhibbukum!:D
25 November 2008
'Siblings Day Out'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bestnye akak bwk adik jln2.. Hehe sy pon dah tgk Madagascar br2 ni ngan kwn.. rsnye tgk ngan family lg bestkan..
tu la..madagascar mmg sgt best n klaka..nk2 bile tgk adik2 gelak,akk pn ikut gelak.,,:P
madagascar 2 memang besh..besh dari no 1 and wall-e, dah lain dah sibling nye eh :)
yeah...tp at dat time xdpt nk mhayati sgt jln ceritanya coz sibuk mkn pop-corn n asik ngerling kat adik2 yg kejakunan..huhu
Post a Comment
Korang ada apa-apa nak komen?