29 October 2008

Sekejapnya masa berlalu..




26 Oktober 2008



Buat pertama kalinya aku menghadiri majlis perkahwinan kawanku sendiri!Sebelum ini,hanya sanak saudara saja..Memang tak percaya..Ya,memang tak percaya yang masa berjalan terlalu pantas!Sekejap saja umurku dah menjejaki 21tahun.Terasa baru semalam saja aku mengakhiri zaman persekolahanku...:)

"Huh,ida dah nak kahwin?",tanya sahabatku menerusi YM.


"Yela..kenapa,tak percaya eh?hehehe..,"jawabku spontan.Lucu dengan reaksinya yang terkejut itu.




Tak terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan Selamat pengantin baru buat sahabatku yang pernah satu kelas denganku sewaktu sekolah menengah dulu,Norhidayah Othman dan suaminya.Tak sangkakan,jodohnya datang pada usia yang muda...:) Moga jadi isteri solehah ya sahabatku....

Maklumlah,bila kawan lama buat majlis,yang hadir mestilah kawan-kawan lama juga.Ramai juga kawan-kawan lama yang kujumpa di majlis itu.Boleh dikira reunion jugalah...:D Masing-masing sebenarnya excited dan terkejut dengan pernikahan kawan kami ini.Tak lama lagi,seorang lagi kawan kami akan melansungkan perkahwinannya pula...Huhu,,kami bukan budak kecik lagi rupenya....!Hiks..


"Aida ko bila lagi?,"sergah kawanku dengan soalan cepumasnya.Memang lumrahlah,bila dilihat seorang dah 'jalan dulu',yang lain pasti ditanya.


"Aku?Eh..lambat lagila...,"jawabku spontan.


"Eleh,lambat lagi konon..dah ada calon belom?"


Aduh...soalan inilah yang paling malas untuk aku jawab.


Bila ditanya tentang aku..ya,terus terang aku katakan dulu aku pernah merancang untuk menikah awal.Tapi,sekarang bila difikirkan semula..biarlah dulu.Mungkin lagi 4 atau 5 tahun nanti baru aku fikirkan.InsyaAllah,aku hanya mampu merancang..DIA juga yang menentukan.


Kenapa?



Aku anak sulung dalam keluarga,sudah tentu tanggungjawabku banyak.Lagipun,seperti yang aku ceritakan dalam postku sebelum ini,aku masih ingin belajar lagi..Masih banyak perkara yang mahu aku laksanakan dulu.Tidaklah aku katakan selepas nikah aku tak boleh buat semua benda tu,boleh aja kalau nak..tapi...biarlah aku capai impianku dulu kerana aku tahu,bila dah berumah tangga nanti kehidupannya lain seperti yang aku jangkakan.Sebelum nikah memanglah kita ingat nikah tu seronok etc. tapi sebenarnya banyak lagi benda lain yang perlu kita tahu.Bak kata orang tua-tua,kahwin ini bukan setakat pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin je..


So,bila aku sendiri tengok kawan aku bersanding hari itu,automatik aku rasakan aku belum bersedia lagi...Honest to say,aku masih rasa aku ni masih budak lagi..Hehehe...:P Tapi aku kagum dengan kawan sekolah aku dulu yang sekarang sudahpun punya seorang anak yang baru berusia 5 bulan.Zetee hebat!I salute u..Memangla naluri keibuanku dah membuak-buak.Lebih-lebih lagi bila tengok baby atau budak kecik depan mata.Aduh!Silap hari bulan aku boleh mengalirkan air mata!Sebab apa?sebab aku terharu sangat bila tengok budak kecil ni..tak tahu kenapa..Tapi,as i said earlier...biarlah dulu.Biar aku kumpul ilmu untuk mendidik anakku nanti.Membesarkan anak memang mudah,tapi untuk mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah!Sabar ye ayesha dan umar...hehehe:P



So kesimpulannya...Me?Lambat lagi....Jawapan yang sangat klise...Hehe...So lepas ini siapa lagi kawan-kawan yang nak kahwin ye?Jemputla saya ye...saya suka makan nasi minyak orang ni...hehehe... ^______^ oh,lepas ni pakcik kesayanganku pula akan menikah dengan bakal makcik yang paling best!heheh..Cepat2 ayah su dan kak sarah...weee....:D

2 comments:

nsa said...

aida kapan...?? huehehheheeee...

sarahtebuan said...

:) sabarlah wahai anak saudaraku..masanya kan tiba jua ;) anti jgn lupe dtg kulim skali!

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...