25 August 2008

Pengalaman berharga itu....

Hujan renyai-renyai petang jumaat itu...Aku baru tiba di stesen bas shah alam.Sendirian daripada Melaka semata-mata untuk menghadiri kelas agama oleh pakcikku yang kubahasakan dirinya Ayah Li.Tidak lama kemudian,dia tiba untuk menjemputku.Dalam perjalanan ke rumahnya di Sementa,Klang,banyak yang kami bualkan....



Aku sempat bertanya apa yang akan diajar nanti disana dan sebagainya.Ayah Li sempat menyuarakan usahanya dan kawan-kawannya untuk mengadakan sebuah kelas khas untuk pelajar IPT untuk mendalami ilmu agama yang juga dikenali sebagai 'pondok moden'.Setiap pelajar akan diberi sijil pengikhtirafan oleh Tok Guru tanda mereka layak untuk menyebarkan ilmu yang diperoleh dan juga bagi yang berhasrat untuk mendalami ilmu agam seterusnya.Tak semestinya sesiapa yang mengikuti kelas itu akan menjadi ustaz atau ustazah,ilmu yang diajar akan cuba diterapkan dalam kerjaya masing-masing untuk menghasilkan tenaga-tenaga dari pejuang-pejuang Islam kelak.

"Ayah Li buat semua ni utk akak la..",katanya.Terharu juga mendengarnya.

"Macam mana akak nak kaitkan interior design dengan Islam?ada kena mengena ke?",tanyaku.

"Semua ilmu datang dari Allah.Pasti semuanya ada kaitan dengan Islam.Kalau interior design,akak boleh design sesebuah ruangan mengikut hukum syarak Islam.Contohnya pemisahan bilik antara anak lelaki dan anak perempuan,posisi tempat beribadah,warna yang sesuai,pengudaraan dan cahaya,"terangnya panjang lebar.Kalah lecturer aku.heheh...

"Air yang mengalir di bawahnya,ayat tu datang dari mana?,"tanyanya kepadaku.

"Syurga..",jawabku spontan.

"Justeru itu,sekarang ni ramai yang nak buat mini pond dalam rumah tak kisah la rumah melayu ke cina,mereka sebenarnya dapat ilham daripada Islam!Dah diketahui yang air itu dapat menenangkan jiwa.Akak boleh simbolikkan ciri-ciri keindahan yang diterangkan dalam Al-Quran dalam design akak.Secara tak langsung akak dah dikira berdakwah,"dia asyik berhujah sedang aku pula termenung jauh memikirkan kata-katanya yang banyak betulnya.

Sedar tak sedar kami pun sudah tiba di perkarangan rumahnya.Deretan rumah yang biasa sahaja,yang dikelilingi pohon-pohon rimbun.

Ayah Li dan anaknya Isyraq

"Zuhudnya.....",bisik hatiku.

Kemudian aku bersalaman dengan makcikku,Che Ti dan anak-anaknya.Kelas mula jam 9malam,jadi sempat aku bersuai-kenal dengan keadaan sekeliling.Che ti memperkenalkan aku dengan jiran-jirannya.Rupa-rupanya deretan rumah yang hanya ada lebih kurang 10buah rumah itu didiami oleh orang warak-warak belaka!

"Yang sebelah rumah ni kami panggil dia Ummi,isteri kepada Tok Guru Tengku.Dia ada seorang baby",dia memperkenalkanku.Dengar sahaja bahawa rumah itu ada baby,aku terus mengajaknya kesana.

Aku bersalaman dengan ummi.Dia mengendong seorang bayi yang kurasakan raut wajahnya sangat comel.Terus aku menghulur tangan untuk mendukung bayi itu.Dia memberi respons!Bayi bertukar tangan.
Nur Aqilah Darwisyah




"Nama baby ni Nur Aqilah Darwisyah.Dia ni nak kat orang yang pakai tudung je,kalau tak,dia tak nak!",Che ti memberitahu.

"Pandainya dia!!",aku menciumnya.

Kemudian kami dan ummi pergi pula ke rumah jiran-jiran yang lain.Aku berjalan di belakang mereka.

'Macam tak percaya akhirnya aku dalam golongan mereka sekarang',monolog hatiku apabila aku melihatkan semuanya bertudung labuh ke paras punggung belaka.Terasa semacam suatu perasaan tenang dan lega menyelinap di dalam qalbiku.

Setelah berkenalan dengan semua,kami pulang ke rumah dan aku berehat.Aqilah masih ada dalam pangkuanku.Umminya ingin solat sebentar.



'Comel sungguh baby ni.Bukan calang-calang baby pula tu',bisik hatiku.

"Kakak Nadia,Aqilah kan,pandai sebut Allah!,"jerit anak-anak Che Ti kepadaku.

"Yeke???!,"bukan main kaget aku.Masakan tidak,budak tu baru berumur 7bulan.

"Ye,kalau dia main sorang-sorang kan nati dia sebut Allah,Allah,Allah,"terangnya lagi.

"Suruhla dia cakap,akak nak dengar,"paksaku.Tapi bukan rezki,Aqilah tak nak buka mulut.

***********************************


"Kakak,mereka dah sampai,"bilang Che ti padaku.Housemate aku dah pun tiba.Berdebar-debar juga.Di perkarangan,ku lihat seorang muslimat berniqab sibuk mengeluarkan bagasinya.

'Subhanallah.Bagai mimpi jadi kenyataan!',monologku.Tak sangka sungguh aku bakal bersahabat dengan muslimah berniqab.Dia memperkenalkan dirinya,Rafeah.Seorang Ustazah di Sabak Bernam.Kemudian kami menempatkan barang-barang di dalam rumah yang disediakan untuk kami.Kemudian kami berkenalan.Dia merupakan bekas pelajar syariah dan berusia 26tahun.Aku bertanyakan pengalaman dia berniqab.Keluarganya memang menyokongnya,bahkan menyuruhnya.Seronok sungguh!Aku turut berkongsi pengalaman yang aku juga ada juga cuba-cuba untuk berniqab.Tapi keadaan tak mengizinkan sungguh jadi aku terpaksa tangguhkan niatku.Dia bersimpati.

Kemudian kami bergegas ke surau untuk solat Isya' berjemaah.Setibanya di sana,ku lihat pelajar-pelajarnya tak lah begitu ramai.Dalam berbelas sahaja.Kata Ayah Li,selalunya ramai,tapi program ini dibuat khas untukku,jadi ikutkan masa,ramai yang tak boleh hadir.Aku yang paling muda di sana.Kebanyakkannya 25 ke atas.Jiran-jiran di sana pun turut menyertainya.

Kelas bermula.

Memandangkan program ini dipanggil 'Program Intensif Tauhid',kami diperkenalkan dengan asas-asas tauhid dulu.Apa makna Deen,bagaimana nak menghatinya,apa peranan kita sebagai hamba Allah dan sebagainya.Melihatkan suasana dan cara pengajarannya yang berkonsepkan pondok,aku jadi kekok kerana aku belum pernah menghadiri kelas pondok sebelum ini.Tapi aku cuba fokus.Tak lama kemudian,tiba seorang muslimat.Kami berkenalan,namanya Aini Nabihah 25tahun.Dia merupakan seorang lagi housemateku dan Kak Rafeah.Selesai kuliah pada jam 12malam.Kemudian kami pulang ke bilik.

'Banyak lagi rupanya yang aku belum tahu',hatiku gusar.Rasa nak menangis pun ada.Tapi kutahan.

Setibanya di bilik,kami berta'aruf.Rupa-rupanya aku dan Kak Aini saling mengenali cuma tak pernah bersua muka!Kecil sungguh dunia.Kak Aini rupanya dah pun bertunang dan tunangnya juga menghadiri program ini.Begitu juga Kak Rafeah yang sudahpun mempunyai calon yang juga hadir kuliah ini.Seronok melihat mereka menceritakan pengalaman masing-masing.Masing-masing mencari pasangan kerana Allah,Alhamdulillah.Kemudian kami bercerita tentang latar belakang kami.Aku bercerita tentang nasibku yang sentiasa "keseorangan".

"Takpe,Kak Aini jadi kawan Aida ye!",pujuk Kak Aini.Hatiku terharu.
Che Ti,Ummi,Kak Rafeah,aku,Kak Aini.
(muslimin:tunang Kak Aini)




Tiba-tiba telefonku berdering,ada mesej.Sahabatku bertanyakan tentang keadaanku dan juga program tersebut.Takut-takut ilmu yang diajar itu menyeleweng katanya.Tiada apa yang perlu ditakut,everything will be fine don't worry InsyaAllah.Terima kasih kerana risaukan diriku.

Dah lewat.Kami bertiga pun lelap.

****************************************


Kuliah hari ini pula tentang Sifat 20. Segala sifat-sifatNya diterangkan satu persatu.Bagaimana untuk meyakinkan kita dan manusia yang Allah itu wujud.Semuanya hanya dengan hati kita yang membenarkannya dan logik akal.Tidak mungkin alam yang terbentang luas tiada penciptanya.Setiap ciptaan,ada penciptanya.Entah mengapa aku masih tak dapat nak fokus.Ada sesuatu yang menghijab hatiku.Ku cuba istighfar berkali-kali.Alhamdulillah lama-kelamaan aku mula fokus.Kulihat semua pelajar boleh dikatakan warak-warak belaka.Jauh benar beza aku dan mereka.Aku rendah diri sangat.

Selesai kuliah,kami berehat untuk solat dan makan.Begitu juga aktiviti seterusnya sehinggalah habis kuliah.Kata Che Ti aktiviti untuk esok adalah tazkirah bersama Ummi.Tapi memandangkan Kak Aini dan Kak Rafeah nak pulang awal,tazkirah itu tak jadi.Che ti menemani kami ke bilik.Sempat dia memberi sedikit tazkirah.Kebanyakannya tentang perjuangan seorang muslimah dalam Islam.Ianya bukan mudah seperti disangka.Lebih-lebih lagi kalau dah berumah tangga.Hubungan antara suami perlu dijaga sebaik-baiknya.Sedikit kemarahan suami,mardhotillah semakin jauh.

"Che ti masa baru-baru nikah dengan Ayah Li dulu,Che ti biasa-biasa je.Ayah Li selalu marah Che Ti.Ada sekali tu,Ayah Li bermasam muka dengan Che ti,puas Che ti tanya kenapa.Bersalah benar Che ti.Rupa-rupanya hanya kerana berebut sejadah.Tengok,walaupun hanya sedikit sahaja kesalahan,kita dah boleh melukakn hati suami kita tanpa disedari.Betapa sukarnya nak jaga.Masa dulu Che ti pun ingat seronoknya dapat suami baik,nak jadi isteri solehah lah.Tapi bila dah lalui,bukan mudah!Che ti hampir give up.Tapi che Ti tau ni ujianNYA.Pantang ada tak kena,Ayah Li akan tengking.Ada sekali tu,Ayah Li tengking,"Ni la isteri akhir zaman!".Che ti menangis.Tapi lama kelamaan baru Che ti sedar yang Ayah Li buat mcm tu sebab nak didik jiwa Che Ti supaya kental seperti seorang mujahidah.Supaya Che Ti berubah jadi lebih baik.Itulah ciri-ciri suami yang sebenar jika nak bawa isterinya ke syurga.Kalau suami tak marah dan tak tengking isteri,lelaki itu dayus!Alhamdulillah sekarang Ayah Li dah ok dan jadi lembut dengan Che ti."Mcm ni lah isteri awal zaman",gurau Ayah Li,"kami tersentap sesentap sentapnya mendengar pengalaman Che ti.Lebih-lebih lagi aku dan Kak Aini.Kak Rafeah pula,bakal suaminya memang mendidik dia dengan cara begitu pun.Dia dah lali.Aku dah lah sensitif,apatah lagi nak ditengking diherdik sedemikian rupa!

"Ee...kalau mcm tu Aini tak nak kahwin la!,"kata Kak Aini sayu bercampur takut.

"Akak pun......,"aku pun turut mengeluh.

"La....Che ti bukan nak takut-takutkan.Ini pengalaman supaya korang bersedia.Tak semestinya ujian Che ti nanti sama macam ujian korang,"pujuk Che ti.

"Tapi perlu ke diorang nak tengking-tengking kite?",aku tak berpuas hati.

Bagiku,kekasaran bukanlah cara untuk mengajar.Tapi mungkin itu cara Ayah Li.

"Kalau macam tu,lebih baik Aini sorang-sorang berjuang,tak payah nak susahkan siapa-siapa,"terbit keluh kesah di hati kami berdua.

"Diorg kene buat mcm tu untuk didik kita.Kalau tidak nanti kite lembik sampai bila-bila.Baru sikit ujian nak mengaku kalah.Dia marah tanda sayang,"pujuknya lagi.

Mata kami dah bergelinangan.

"Memang la macam tu Kak Aini.Faiz kawan saya pun dia dah layan saya macam tu sebelum saya jadi isteri dia lagi.Memang itu tanggungjawabnya.Seseorang muslimin yang berasakan seseorang muslimah itu layak menjadi isterinya,dia akan menjadi tegas kepada muslimah tu,"terang Kak Rafeah.

Kami berdua sugul.

"Takpelah,korg boleh laluinya.Che Ti doakan.Masing-masing dah pun dapat calon yang baik.InsyaAllah korang ok,"nasihat nya.

Entahlah....mintak-mintak bakal zauj ku tidaklah menengkingku lebih-lebih,silap hari bulan aku angkat kaki baru padan muka!



Sebaik Che Ti pulang,kami masing-masing dilanda kegelisahan yang tak terkata bila mengenangkan tentang pengalaman Che Ti.Macam-macam bermain di fikiran.Fikiranku kacau malam itu lalu tanpa aku sedar aku dahpun melukakan hati seorang sahabatku.Ana asifun jiddan.Ana sungguh tak berniat.

****************************************


Keesokan harinya,Kak Aini dan Kak Rafeah dahpun bersiap untuk pulang.Kami berpelukan.Entah bila boleh berjumpa lagi.AKu bersyukur aku telahpun dapat sahabat-sahabat ang berjiwa Islam.

Mereka pun berlalu.

Aku pula ke rumah Che Ti kerana tiket bas ku pada pukul 9 malam.Ayah Li pula ada kursus haji pagi ni.Sambil Che Ti menggosok baju Ayah Li,aku sempat berkongsi masalah.

"Akak susah nak istiqamahla Che Ti.Masa tu dahla akak takde sape-sape.ambah-tambah lagi akak takde kawan-kawan yang soleh yang boleh sokong akak.Akak takut dan sedih sangat mase tu,"luahku.Ada titisan air di kelopak mataku.Ku cuba tahan cepat-cepat.

"Itulah ujian namanya kak.Allah nak uji akak.Akak kene bersyukur akak dah berubah.Mungkin ni berkat doa nenek moyang akak kan.Moyang akak kan Tok Guru,mungkin dia dah doakan kebaikan untuk 7keturunan.Sebab tu bila kita buat dosa sikit,Allah tarik kita balik.Itu berkat doa mereka lah."sebak sungguh hatiku tak terkata.

"Mungkin lah..Sebab masa akak berubah dulu,kalau nak ikutkan,takde sapa yang dorong akak,akak takde kawan yang soleh,keluarga pulak biasa-biasa,tak pernah join usrah dan dalam keadaan akak study kat limkokwing pula tu....Mungkinlah tu doa nenek moyang akak.....",luahku.

"Tapi Alhamdulillah sekarang Mama Abah dah sokong akak untuk belajar agama kan?",pujuknya.

"Tu lah..Alhamdulillah.Akak pun tak sangka diorg bagi sokongan".

Perbualan kami terhenti disitu kerana Ayah Li dah pun nak keluar.

**********************************************


"Nanti sebentar lagi adik jiran Che Ti hantar akak ke Shah Alam ye...Nak jumpe Ummi dulu tak?",beritahu Che Ti.

"Boleh gak!Nak jumpe Aqilah....",entah kenapa walaupun baru 3 hari jumpa dengan Aqilah,aku dah pun mula sayang kepadanya.Sayang sangat!

"Aqilah dah tidur...",kata ummi sebaik saja aku tba di rumahnya.

"Ala.......boleh tak nak cium dia je?".

"Nanti dia jaga....",tegah Che Ti.

Aku menghiraukannya.

Nyenyak sungguh Aqilah tidur..Perlahan-lahan kukucup dahinya.Entah bila lagi aku kan jumpa dia memandangkan dia akan pulang ke halamannya di Terengganu.Hatiku sayu.Sebak.Cepat-cepat ku tahan,takut Che Ti dan Ummi nampak.Malu aku.

Aku bersalaman dengan Ummi.Sempat dia memberi tazkirah dan nasihat buatku.

Aku tak tertahan lagi.

Air mataku bergelinang lagi..Biarlah...Biar mereka nampak.Aku dah tak sanggup nak tahan lagi.

Kereta dahpun sampai untuk hantarku ke Shah Alam.

Kami bersalaman buat kali terakhir.

Sebuah pengalaman berharga yang kuperoleh di sana takkan ku lupa sampai bila-bila.Kalau ada kesempatan lagi,inginku hadir dan cuba untuk mengajak sahabat-sahabatku untuk mereka seperti apa yang aku rasa....

Permata itu semakin hampir.Dan aku akhirnya dapat menyentuhnya semula.....


1 comment:

muhaMMadaZiZuL said...

salam..
1st of aLL...pndi awk mngarang ayt..wlupn pnjg tp pNuh ngan 'isi y tsirat'..kn bc n phm bTuL..tsNtuh jgk sy bc:)

Post a Comment

Korang ada apa-apa nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...