29 April 2009

The Teachings of the Prophet

Salam alayk..

I found these advertisements and i straightly falling in love with it!Why?Because it has a very beautiful messages in every single frame.
These Islamic advertisements proof that media art is another way to spread dakwah and to present the real Islam to the world.
Nowadays,westerns has always take advantage with their advance technologies and spread the fake perspective views of Islam nor the Muslims life.They always judging us,Muslims,as terrorists but they actually did not realize who is the REAL terrorist!Yup,THEY ARE!They are the terrorist they keep talking about!They don't even know(or actually knew it,but still refuse to admit it!) what ISLAM really is.They just assuming about what they felt and thought!

These advertisements is showing about 'The teachings of the Prophet Muhammad PBUH'.We as Muslims should always try to practice it and make it permanent in our daily life.So that we can improve ourselves to be a better Muslims.If we refused to,What will we say in front him soon?I am very sure,all of us want to see him soon,together we struggle for the day.InsyaAllah.




Enjoy the clip and don't forget to praise upon him,Sallallahu'alaihi wassalam.














Al-muallim by Sami Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

CONTINUE >>>

25 April 2009

Photography:Sendiri.....


Salam alayk...
Memandangkan mood saya sekarang berkecamuk dan agak kacau,saya berkeputusan untuk meletakkan beberapa keping gambar yang bagi saya mampu memberi cahaya ketenangan kepada saya.Don't think too much,bloggers!Bukan 'masalah' seperti yang anda fikirkan.Tapi masalah,entahlah,saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu ungkapkan.Yang penting,ada 'sesuatu' yang terperangkap di dalam lubuk hati saya tetapi saya tidak mampu untuk luahkan..



I keep on thinking of it..Saya sendiri tidak tahu apakah suatu dosa jikalau saya kerap memikirkannya walhal niat saya adalah hanya untuk mendekatkan diri kepada Pencipta yang Maha Agung.Saya sendiri runsing.Apabila hal ini menjadi satu masalah bagi saya,berduyun-duyun 'penambah masalah' yang lain datang untuk menambahkan lagi beban yang saya pikul.Saya benar-benar berharap ada sebuah keajaiban berlaku dalam masa terdekat ini.

Tolonglah,wahai 'penambah masalah' sekalian..berapa kali harus saya beritahu,just surrender?Atau perlu saya beritahu lagi atau bertindak kasar?Jangan tunjuk hebat wahai 'penambah masalah' sekalian.Saya naik meluat.Penat.

Cukup.Saya tidak mahu mengomel dan merapu panjang lagi.Takut ada yang tersalah tafsir.Baru-baru ini pun ada artikel saya yang disalah tafsir oleh pembaca.Apa yang harus saya katakan lagi??I write because there's no one can listen to me but Allah..Jangan salah anggap pada saya.Untuk kembali kepada kehidupan yang dahulu adalah tidak mungkin sama sekali!

Ok,mari tenangkan jiwa dengan melihat gambar-gambar dibawah...Yet again,these are NOT my own photography.I took it from flickr.Credit to the photographers.











CONTINUE >>>

22 April 2009

Interior Design:My 3D Rendering

Salam alayk!:D
Ok,for this newest post,i am going to show you guys my own 3D rendering and my own design.The rendering might be slightly stiff and unreal.This is because i am only using 3Dmax software,not Vray.I can't help wondering how to get the software! T_T somebody please help me to find it or just tell me directly because i'm tempted to use it.Huhu..Anyway,here are my OWN rendering.You can drop your 'creative thoughts' if you feel to.However,i really appreciate if you do so,because i want to improve myself either in rendering nor the design...Jazakallah! ^_____^



Living Room


Master Bedroom


Dining Room


Living Room


I am currently designing 2 kitchens,a living room and a dining.InsyaAllah i will upload it soon as long as it finished!:D

CONTINUE >>>

19 April 2009

Antara Pesta Buku dan menziarahi sahabat di hospital



Niat di hati,semalam ingin sahaja saya singgah di PWTC dan melihat pameran buku disana.Memandangkan sudah kebetulan saya di KL,tiada halatuju pula tu.Ceritanya begini,saya ke KL untuk melawat kawan saya excident di Hospital Klang.Saya ke KL dengan abah saya yang kebetulannya dia ada kelas di Universiti Malaya setiap sabtu.Sempatlah abah teman saya melawat kawan saya di hospital itu.Selepas itu beliau terpaksa bergegas ke UM dan terpaksa meninggalkan saya.Jadi,saya kena pandai-pandailah bawa diri.Dah biasa berseorangan..


"Lepas ni kau nak kemana?",tanya abah.

"Akak nak pergi pwtc.Ada pameran buku.",jawabku merengek.

"Kau tahu macam mana nak kesana ke?"

"Tak.Ada train tak kat sini?",jawabku selamba.

"Ada,tapi kat Port Klang lah.Jauh juga dari sini"

"Hm...akak try telefon iqa dulu lah.Mana tahu dia boleh tumpangkan",saya tiba-tiba terfikirkan sahabat baikku sewaktu di Limkokwing dulu.

Looks like Iqa pun ada agendanya tersendiri.Jadi dia hanya boleh menemaniku seketika cuma.Alahai,terliurlah saya nak ke Pameran Buku ni nanti!
Tiba-tiba kawanku,azya mesej ke telefonku dan mengajakku datang ke dormnya di Uitm shah alam,kemudian dia berhajat untuk melawat sahabatku di Hospital Klang itu.Haish......terpaksalah ubah plan ni.Nampak gayanya,tak jadilah saya untuk ke Pameran Buku,memandangkan waktu pun dah petang.Saya memikirkan kesukaran untuk kesana dengan menaiki pengangkutan awam yang sudah tentu sesak!Tambahan pula saya berseorangan.Walaupun berani,tetapi kenalah tengok keadaan juga.Tidak mengapalah,pasti ada hikmahnya saya tidak jadi ke PWTC hari ini.Kesimpulannya,saya hanya melawat kawan saya yang terlantar sakit di Hospital Klang.


CONTINUE >>>

Wahai qalbiku....



"Carilah HATIMU sewaktu membaca al-Quran,jika kamu tak temui,
Carilah HATIMU ketika mengerjakan solat,jika kamu tak temui,
Carilah HATIMU ketika duduk bertafakur mengingati mati,jika kamu tak temui,
Berdoalah pada ALLAH,..
PINTA HATI YANG BARU.. "


Hati saya terasa sakit sekali,tersangat sakit.
Mungkin salah saya kerana tidak pandai menjaganya dalam situasi tertentu.
Sungguh saya tidak mahu ianya hadir lagi dalam hidup ini kerana saya tersangat bahagia dan tenang dengan kehidupan saya sekarang ini..
Pelbagai cara telah saya lakukan untuk memuhasabahkan diri,terasa sungguh sukar kerana saya berada dalam situasi yang sangat 'opposite'.



Saya bagaikan terlalu sukar untuk mengingati 'cinta hati' saya yang satu pada ketika itu.Betapa perit rasanya bila berjauhan denganNYA!Ah,syaitan itu ternyata sentiasa mengambil peluang dikala manusia sedang lemah dan leka.Saya tak putus-putus berdoa dan muhasabah diri walaupun saya tahu terasa sukar.Terasa ia bagaikan 'bernafas dalam lumpur'.Ya,bagaimana boleh bernafas jika tiada oksigen disekeliling?Namun saya kuatkan iman.

Saya mengambil inisiatif lain yang boleh mendekatkan saya denganNYA.Saya cuba membayangkan wajah-wajah yang boleh mengingatkan saya kepadaNYA.Saya cuba menyebut nama-nama yang boleh membuatkan saya berasa tenang di dalam lembayung rahmatNYA.Saya membayangkan insan-insan yang boleh menjadi jambatan untuk saya mendekatiNYA.Saya cuba mengingatkan diri saya yang saya telahpun berjumpa dengan insan yang jauh lebih baik walaupun ianya mungkin hanya ilusi saya sahaja.Saya menghela nafas lega,walaupun tidaklah dapat sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya hati saya kembali tenang.Tapi ia hanya bertahan seketika cuma,oleh itu saya terpaksa kerap melakukannya.Ah,terseksanya!!Timbul pula rasa menyesal,kenapa saya 'menjemput' diriku kedalam situasi sebegini.Tapi saya redha,dua kakiku telahpun jejak disitu.Tidak mungkin untuk berpatah balik.Saya ikhlas melakukannya hanya kerana Allah,bukan selain daripada itu.

YA ALLAH,
TEMUKAN AKU DENGAN INSAN YANG BOLEH MENJADI JAMBATAN BAGIKU UNTUK BERADA DEKAT DENGANMU....

YA ALLAH,
TEMUKAN AKU DENGAN INSAN YANG BOLEH MEMBUATKAN AKU UNTUK LEBIH MENCINTAIMU...

CONTINUE >>>

16 April 2009

Maksud tersirat lagu "Umbrella" nyanyian Rihanna

Ekoran daripada rasa keperhatinan sahabat saya yang juga merupakan blogger,Miza menyiasat erti sebenar lagu-lagu Barat,saya tergerak untuk membantu usaha beliau.Ternyata,memang banyak maksud tersirat dalam lagu-lagu mereka dan kebanyakannya lebih kepada pemujaan syaitan selain daripada dakyah kristian mereka of course!

Jadi tidak hairanlah remaja kini terlalu leka dan asyik dengan MP3 player mereka,mendengar lagu-lagu barat yang belum tentu tahu apa maksudnya dan sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda enjoy.Lirik-lirik lagu mereka juga sudah menjadi hafalan (kalau suruh hafal al-Quran,liat pula!).





Ingin tahu apa maksud sebenar lagu "Umbrella"?Yang hangat dinyanyikan oleh penyanyi 'seksi' Rihanna?Ya,penyanyi yang kononnya konsert beliau dinanti-nanti oleh anak muda di KL nanti.Klik sini.Fuh,nasib baik saya tak suka lagu-lagunya.

Saya ingin memetik beberapa ayat-ayat Quran yang bermaksud..

"Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya."(Surah At-Taubah:48)


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman."(Surah A-li 'Imraan:100)

Ini baru dikupas tentang sebuah lagu.Belum lagi lagu-lagu yang lain.Pasti lebih banyak dan mungkin juga lagu-lagu tersebut ada terselit dalam folder muzik saya dan anda!Janganlah kita menjadi mangsa penipuan mereka.

Berhati-hati.

CONTINUE >>>

13 April 2009

Spreading Islam thru Photography:Ustaz Azhar

Salam..
Kalau saya tanya pendapat kalian,
Bagaimanakah imej seorang ustaz?
Pasti ramai yang berpendapat,

"Oh,mereka berjanggut dan berjubah"

"Mereka asik duduk di surau-surau sahaja!"

"Kerja mereka berdakwah"

"Perwatakan mereka serius dan hanya memikirkan ukhrawi sahaja"



Tidak dinafikan memang ada benar pendapat-pendapat sedemikian,tetapi,medan dakwah itu luas.Kita tidak boleh terhadkan dengan satu cara sahaja walhal manusia ini mempunyai ragam dan cara hidup yang pelbagai.Justeru itu,corak dakwah mestilah searus dengan cara dan 'pattern' manusia agar mereka tidak rasa kekok dan mudah 'masuk'.Itulah mencabarnya tugas dakwah ini.Bukan semua juga boleh terima dakwah kita,tetapi Allah itu tidak menilai kegagalan atau kejayaan hambaNYA,tetapi DIA melihatkan kepada usaha kita.

Justeru itu,saya ingin memperkenalkan seorang ustaz yang pada saya,dia HEBAT!
Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu.

Ya,beliau berjubah dan berjanggut.

Beliau juga berdakwah dengan memberi ceramah agama kesana kemari.

Tetapi,beliau juga menjadikan medan Fotografi sebagai satu lagi cabang dakwahnya.

Saya secara peribadinya sangat mengkagumi hasil karyanya.Sangat cantik dan banyak dikaitkan dengan alam semesta,kehidupan manusia dan berbagai lagi.Lebih unik lagi,beliau juga menyelitkan unsur-unsur humor dalam sebahagian fotografinya.Kenapa?
Mungkin juga kerana pandangan stereotaip manusia kepada golongan ustaz sepertinya yang mengatakan ustaz mestilah berperwatakan serius,tidak mudah untuk didekati dan pelbagai lagi.Tetapi beliau membuktikan yang ustaz juga boleh melawak dan hidup seperti biasa seperti kalangan manusia-manusia lain juga.Cuma yang membezakan ialah,mereka lebih mementingkan kehidupan ukhrawi berbanding duniawi.Ini cuma pendapat peribadi saya,mungkin juga Ustaz Azhar punyai sebab tersendiri.

Lihatlah sendiri hasil karya beliau,memang clueless!Tak sangka seorang ustaz juga punya bakat besar dalam Seni Fotografi!Mabruk ya Ustaz!Moga Allah mengiringi perjuanganmu...


Inilah Ustaz Azhar.Tak dapat tengok muka?Tengoklah colour mode picture ni.Cantikkan?




Haha..ini bukan Ustaz Azhar,tapi sahabatnya barangkali yang juga dikenali sebagai Pok Man



Untuk view lebih banyak lagi hasil beliau,layari:
Digital Mukmin

atau jika anda punya kemusykilan tentang agama,layari website beliau yang ini,disana banyak disediakan maklumat tentang agama.
Ustaz Azhar

Jangan lupa tonton ceramah beliau di YouTube.Search sahaja nama Ustaz Azhar.Memang seronok,isi yang mantap dan dekat dengan remaja.Memang sempoi.

Saya juga ada linkkan website beliau di dalam column 'Islamic Art Sites' saya.So,rajin-rajinkanlah jari anda untuk menge'klik'nya yah!

Ingatlah dakwah itu bukan hanya pekerjaan para ustaz atau alim ulama sahaja.Tetapi ianya adalah tugas kita semua yang bergelar muslim!Kita dihantar kedunia dengan dua tujuan iaitu,menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah.Maka,adalah tugas kita untuk meneruskan perjuangan Para nabi untuk menegakkan agama kita yakni Islam ad-deen.Janganlah sempitkan fikiran anda yang "Kerja dakwah ini hanya kerja ustaz.Biar mereka sahaja yang berdakwah!".Tanamkan semangat jihad dalam diri kita supaya kita menjadi da'ie muda seterusnya memperjuangkan agama tercinta.

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dua kaki anak Adam itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."

Salam perjuangan dari saya....

CONTINUE >>>

09 April 2009

Spreading Islam thru Photography

Salam alayk..
Buat julung-julung kalinya saya selitkan keindahan seni dalam blog saya.Pada mulanya saya fikirkan untuk create blog baru untuk mengasingkan topik ini.Tapi bila fikirkan balik,Islam dan Seni tidak boleh dipisahkan.Lebih-lebih lagi inilah tujuan saya,"Berdakwah melalui seni",InsyaAllah.Mungkin sambil-sambil blogger membaca entry saya yang lain,mereka juga boleh melihat keindahan seni islam itu sendiri.So dibawah ini merupakan gambar-gambar yang bagi saya mempunyai mesej dakwah tersirat.Ingin saya katakan,"These are not my own pictures".InsyaAllah,saya akan upload koleksi saya disini ataupun kalian boleh klik pada gambar "Photography" pada ruang 'My passion' di sebelah kanan blog untuk melihat hasil kerja saya yang tak seberapa.Jom kita lihat keindahan Islam!:) Credit for the photographers!:D





"Islam and Jews"
What a beautiful contrast.


"Niqab"
Niqab is not a must.But if you wear it,you will feel safe just by 'that piece of cloth'.


"They can,we can!"
People always judge muslim women by our appearances,the fact is,we can do almost everything like others but still,we are obeying Allah's rules.


"Only YOU"
Although this picture was not taken by a high-quality camera,but for me,the message and the focus is so strong.


"Woman in Islam"
Proud to be muslim,woman.Celebrate it with your hijab.

CONTINUE >>>

08 April 2009

GemersikSufi berubah wajah

Salam alayk..
Taraaa..!
New Layout....hehe.

Rasanya sudah sampailah masanya saya mengubah layout blog ini.Jemu pula dan terlalu 'pink'.Bila fikir-fikir semula,macam budak-budak pula sedangkan umur dah 22tahun.Haish..
Tetapi,pink tetap dihatiku......:)

I made this transformation for all bloggers.Biar semua selesa melawatinya.Jika terhad kepada warna pink,mungkin kaum rijal 'meluat' untul melayari blog saya.Huhu....T_T.Lagipun blog saya dulu nampak tidak teratur dan tangkap muat.Bersepah rasanya!

So,saya tukar kepada yang lebih simple dan kemas.Matured and professional la kiranya.Tetapi jika kalian perasan,saya masih mengekalkan ciri-ciri 'artistic'nya dimana ada sedikit graphic pada bahagian tertentu.(I love graphics!).

Brown juga merupakan recent warna favourite saya.Tentang navbar diatas (Myphotgraphy,etc),i am still working on it.Sabar ye.Bukannya senang nak tukar layout blog ini.Kena buang semua widget kalau kodnya ialah xml,kemudian create semula satu per satu.Aduh..banyak setting yang berubah.Perlukan banyak masa untuk mengubahnya!Tidak semudah menukar layout friendster.

Apapun,AHLAN WASAHLAN to my blog!^__________^

CONTINUE >>>

07 April 2009

Review:Syabab Musafir Kasih


Syabab musafir kasih...

Novel ini ku beli sewaktu berlangsungnya Karnival Halal di MITC Melaka ahad lepas.

"Kak,jomlah ke MITC.Ada pameran buku tau!Banyak novel.Kau mesti suka!!",beritahu Amir,adik bujangku berseloroh.

"Pameran buku??Novel?!JOM!!!!",saya tidak berlengah lagi.Memang saya suka benar membaca novel..lebih-lebih lagi novel islamik.

Alhamdulillah buku yang kucari,'Syabab musafir kasih daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin' selamat dalam genggaman tanganku.Saya tersengih kegirangan.Puas rasanya!



Saya terus mula membuka lembaran buku tersebut.Tabiatku,kalau isi ceritanya menarik,pantang masa terluang saya pasti terus membaca.Itulah responku terhadap 'Syabab musafir kasih' ini.Ternyata 'taring' Fatimah Syarha masih berbisa dalam penulisan dan butir dakwahnya,sehinggakan mataku 'melekat' tidak berganjak menilik sehelai demi sehelai muka surat novel itu sehinggakan saya hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk menghabiskannya.Hebat!

Buku ini mengisahkan seorang anak yatim yang bernama Syabab.Beliau sering diperlekehkan orang kampung dek kerana hidupnya yang daif dan penampilan yang comot.Namun,ada insan yang masih merasakan Syabab membawa sebutir permata yang berharga,iaitu Nur Mumtazah.
Boleh dikatakan beliau membesar dengan bimbingan Nur Mumtazah,lebih daripada didikan ibunya sendiri.Walaupun beliau pernah tersungkur,namun 'penyungkuran' itu beliau jadikan iktibar dan kekuatan untuk bangkit lebih tinggi lagi.Akhirnya,bersinarlah permata seorang pemuda yang bernama Syabab,iaitu Syabab agama.Keberanian dan kewibaannya sebagai daie muda sangat mengagumkan dan memberi semangat kepada saya.Moga Allah pertemukan kepada saya dan semua muslimat seorang syabab seberani SYABAB.Amin...

Pada permulaan cerita,cara penyusunannya agak santai supaya pembaca dapat merasai watak dan suasana ceritanya dahulu.Ternyata,pada klimaks dan penghujung cerita novel ini amat memberi suntikan mujahadah,kesedaran dan keinsafan yang amat dalam sehingga membuatkan saya teresak-esak membacanya.Tidak tertahan lagi rasa kerdil saya di 'mataNYA'.

Harapan saya agar syabab-syabab islam diluar sana menjadi seberani dan setabah Syabab di dalam novel ini.Jika 'Tautan Hati' hasil daripada penulis yang sama,sesuai untuk muslimat,'Syabab Musafir Kasih' ini pula sangat sesuai untuk muslimin untuk meningkatkan semangat mujahid mereka.

Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penulis FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN kerana berjaya menghasilkan karya yang sangat bagus dan dekat dengan jiwa para remaja.Butir-butir dakwah ukhti sangat 'berbisa'!Teruskan usaha.Mabruk alaiki!!

Fatimah Syarha Mohd Noordin

CONTINUE >>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...